Cara Membantu Anak yang Mempunyai Masalah Disleksia

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku pada kanak-kanak. Sebagai pendidik mahupun ibu bapa mereka WAJIB fahami dan ketahui cara membantu anak yang mempunyai masalah disleksia.

Kanak-kanak ini mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya. Mereka mempunyai keupayaan intelek yang normal tetapi mempunyai sedikit kekurangan dari segi IQ.

Masalah asasnya anak disleksia adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Justeru itu, mereka mungkin mengalami akan mengalami masalah kesukaran dalam:-

  • Membaca
  • ​Menulis
  • ​Memahami
  • ​Mengeja
  • ​Mengira

Disleksia

Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah mempunyai bermasalah disleksia ini. Jadi sebagai pendidik mereka perlu bijak dalam mengajar anak ini dalam pembelajaran agar mereka menjadi minat untuk belajar.

“Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan”

Ciri-ciri Disleksia

Pada kebiasaanya ibu bapa mahupun pengajar sukar untuk melihat kanak-kanak tersebut mempunyai masalah disleksia atau tidak. Tetapi sekiranya mereka sering bersama anak-anak mungkin mereka boleh mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut mempunyai masalah disleksia atau tidak.

“Disleksia bukan satu penyakit tetapi ianya lebih tertumpu kepada kekurangan dari segi pembelajaran. Jangan menganggap anak ini cacat tetapi lebih kepada kekurangan”

TAHUKAH ANDA!!!
Ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein) juga mempunyai masalah disleksia TETAPI mereka semua berjaya dalam bidang yang diceburi. Hal ini disebabkan mereka mendapatkan sokongan yang padu daripada orang sekeliling.

Ciri-ciri disleksia:-

1) Di peringkat pra sekolah

Para pengajar boleh melihat kekurangan anak yang mungkin mengalami masalah disleksia ini. Mereka boleh melihat melalui :

  • Lambat bertutur
  • ​Mengalami kesukaran sebutan sesuatu perkataan
  • ​Sukar menulis nama sendiri
  • ​Payah mengenal bentuk atau warna
  • ​Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
Baca Juga :   Menu Seharian Bagi Bayi 6 Bulan Dan Ke Atas

PERINGATAN!!

Setiap kanak-kanak disleksia mempunyai ciri-ciri yang berbeza tetapi hampir sama.

2) Di alam persekolahan

Seterusnya, di alam persekolahan kanak-kanak Disleksia mungkin :

  • Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
  • ​Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
  • ​Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :

√ 19 dengan 91
√ “was” menjadi “saw”
√ ‘b’ dengan ‘d’

  • Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
  • ​Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’.

Dengan itu menyukarkan mereka menyampaikan sesuatu maklumat yang diberikan oleh pihak sekolah atau guru

  • Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
  • ​Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

 

Cara Membantu Anak yang Mempunyai Masalah Disleksia

Anak ini merupakan hadiah terindah buat ibu bapa agar mereka menjadi ibu bapa yang lebih penyabar dalam menjaga anak-anak ini. Hal ini disebabkan anak-anak ini merupakan anak istimewa yang bukan semua ibu bapa dapat merasai untuk menjaga mereka. Justeru itu, pelajari bagaimana hendak menjaga dan mendidik mereka bukan menyalahkan mereka atas kelahiran mereka di dunia ini.

Disleksia

“Anak anugerah tuhan yang tidak terhingga, maka jaga dan didiklah mereka sesempurna mungkin kerana mereka adalah hadiah yang bakal membawa kita ke syurga”

Cara membantu anak yang mempunyai masalah disleksia:-

1) Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan disleksia dan bina keyakinan diri anak yang mempunyai masalah ini 

2) Rawat masalah lain yang mungkin mampu menghalang tumpuan seperti masalah Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan

Tips mengurangkan masalah hiperaktif:-

a) ELAKKAN memberikan anak-anak makanan yang manis seperti chocolate secara berlebihan
b) Tetapkan MASA REHAT anak yang hiperaktif bagi MENGURANGKAN masalah hiperaktif
c) AJARI anak hiperaktif menjadi lebih kreatif berbanding hiperaktif tanpa kawalan

Baca Juga :   6 Kriteria Bagi Menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Tips mengurangkan masalah kurang daya tumpuan:-

a) TARIK MINAT anak dalam melakukan sesuatu aktiviti
b) ELAKKAN suasan yang bising semasa memberikan pengajaran dan pembelajaran
c) SEDIAKAN HADIAH setiap kali mereka berjaya melaksanakan tugas yang diberikan

3) Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :

  • Terapi pertuturan

Hantar anak berjumpa pakar pertuturan sekiranya mempunyai masalah pertuturan. Ianya mampu memercepatkan penyelesaian masalah pertuturan.

“Pakar pertuturan dikenali sebagai speech patology”
  • Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
  • ​Pendekatan pelbagai deria
    Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran seperti :-

– Deria mata untuk melihat dan menganalisi gerak kata manusia
– Deria sentuhan menggunakan lakaran atas kertas pasir
– Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf) ianya membantu anak lebih fokus untuk belajar

  • Merasa pergerakan bibir

Cara ini membantu anak belajar menyebut suatu perkataan yang baru. Ianya seumpama mereka belajar membaca tetapi menggunakan pergerakaan bibir.

  • ​Menulis huruf atau perkataan

4) Langkah-langkah pemulihan :
Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur

***Jangan paksa anak disleksia ini sekiranya mereka tidak mahu belajar, ibu bapa/ pendidik perlu bijak dalam mengajar anak disleksia ini belajar***

​Pengulangan semasa mengajar
Memerlukan masa yang lebih semasa mengajar anak disleksia. Dalam erti kata mudah, perlu ajar berlebihan mereka dengan lebih sabar lagi.

5) Program pemulihan khusus :
Hanya ke sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia

Program ini dapat membantu anak disleksia ini agar lebih terjamin masa hadapan. Selain itu, dapat membantu mereka fahami erti kehidupan dalam pembelajaran dengan lebih mudah.

“Sesungguhnya hargai segala yang diperolehi dalam hidup ini, kerana sesungguhnya apa yang Allah sediakan adalah suatu yang terbaik buat setiap insan”

Mereka juga tidak mahu lahir sebegitu, justeru itu jangan menyalahkan takdir atau mereka. Fahami isi hatinya dan teruskan berjalan. Sesungguhnya akan ada jalan yang terbaik buat merek.

Rujukan:-
1) http://www.myhealth.gov.my/disleksia/
2) https://scholar.google.com.my/scholar?q=cara+mengajar+anak+disleksia&hl=en&as_sdt=0&as_vis=1&oi=scholart#d=gs_qabs&u=%23p%3DnZwvZSXe4VgJ

Baca Juga :   Pemulihan Post COVID -19

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh