Cara Membaca Label Makanan Di Pasaraya

Terlihat di pasaraya mempunyai pelbagai jenis makanan tetapi bagaimanakah cara membaca label makanan yang mudah agar ibu bapa mampu mengajar anak membaca label makanan. Hal ini kerana bagi sesetengah ibu bapa pemilihan makanan yang sihat adalah satu perkara yang perlu dititikberatkan.

Hal ini kerana pemilihan makanan adalah salah satu aspek yang terpenting bagi tumbesaran mereka. Justeru itu, pendidikan awal bagi memberikan anak bijak dalam pemilihan makanan adalah sangat penting.

Tahukah Anda?

Label makanan meliputi apa-apa jenama, tanda, bahan bergambar atau lain-lain info yang bertulis atau bercetak pada sesuatu bungkusan makanan.

INFO TAMBAHAN!!!

Label makanan bukan sahaja berfungsi sebagai pelengkap hiasan pembungkus makanan, tetapi label makanan juga mampu membantu kita membuat pilihan pemakanan yang bijak sekiranya kita mengetahui cara menggunakan maklumat yang disediakan.

Secara jujurnya, tidak sukar untuk ketahui cara membaca label makanan TETAPI apa yang penting adalah ilmu untuk membaca label makanan tersebut. Sebenarnya, menerusi label makanan kita boleh ketahui perbezaan kandungan makanan diantara pelbagai jenama walaupun makanan yang dikeluarkan sama.

Antara label makanan yang dititikberatkan adalah:-
√ Ramuan (Ingredient) yang digunakan
PENTING bagi mereka yang mempunyai alergy pada sesetengah bahan
√ Kandungan gula
√ Kandungan lemak dalam makanan
√ Kandungan karbohidrat bagi mereka yang INGIN kurus

Cara Membaca Label Makanan

1) Maklumat Pemakanan

Pada kebiasaanya, maklumat pemakanan menyediakan maklumat berkenaan dengan senarai tenaga perserving / per 100g. Dan terdapat beberapa jenis maklumat tambah yang lain seperti karbohidrat, protein, dan lemak dalam sesuatu produk makanan.

Dibawah ini contoh maklumat label pemakanan:-
Cara membaca label makanan

INFO!!!

Dibawah Peraturan Makanan 1985 syarikat yang mengeluarkan makanan boleh mengistiharkan maklumat berkenaan dengan kandungan vitamin di dalam makanan sekiranya kandungannya signifikan sahaja.

Baca Juga :   Cara Didik Anak Solat

Kandungan Natrium (sodium) dan kolesterol juga TIDAK WAJIB untuk istiharkan pada label pemakanan. TETAPI terdapat sesetengah syarikat mengistiharkan kandungan kolesterol dalam makanan bagi menarik pelangan untuk membeli produk makanan mereka.

2) Akuan pemakanan pada label

Cara membaca label makanan

Akuan pemakanan adalah sebarang akuan yang dibuat oleh pihak syarikat bagi menarik pelanggan membeli makanan pada label makanan.

Pada kebiasaanya, akuan pada label makanan adalah seperti “bebas lemak” atau “30% kandungan gula dikurangkan” boleh dijumpai pada produk yang memenuhi syarat-syarat tertentu untuk membuat akuan berkaitan.

Antara jenis-jenis dan penerangan berhubung akuan pemakanan adalah seperti berikut:

a) Akuan fungsi Nutrient

Akuan fungsi nutrient biasanya menerangkan akan perihal peranan nutrient dalam tubuh badan berdasarkan kajian dan bukti secara saintifik.

PENTING!!!

AKUAN TIDAK menyatakan NUTRIENT tersebut MAMPU MERAWAT, MENYEMBUH atau MELINDUNGI daripada PENYAKIT tertentu

PERINGATAN!!!

Hanya senarai akuan yang dibenarkan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 mengikut syarat-syarat tertentu yang melibatkan:
√ Fungsi nutrient klasik
√ Komponen-komponen lain yang telah dikenal pasti seperti lutein, beta glukan, sterol tumbuhan, asid sialik dan sebagainya

b) Akuan perbandingan nutrinet dalam makanan

Kebiasaanya, akuan perbandingan nutrient melibatkan formulasi baru sesuatu produk di dalam satu-satu syarikat dimana nutrien tertentu dikaitkan sebagai tidak baik untuk kesihatan telah dikurangkan berbanding formulasi yang asal.

c) Akuan kandungan nutrinet

Bagi akuan kandungan nutrient, ianya sering digunakan bagi menyatakan kelebihan sesuatu produk yang baru sahaja diperkenalkan.

Contoh:-
“rendah dalam” (low) “bebas” (free / zero / no)

3) Senarai ramuan (ingredient)

Senarai ramuan pada label makanan merupakan salah satu cara terbaik untuk pengguna mengetahui isi kandungan dalam sesuatu makanan yang terdapat di dalam bungkusan.

Dengan cara membaca senarai ramuan, kita boleh ketahui ramuan yang boleh menyebabkan alahan makanan seseorang itu melalui senarai ramuan yang disediakan. Justeru itu, penting bagi pengguna membaca senarai ramuan yang digunakan.

Dibawah ini terdapat contoh senarai ramuan yang digunakan :

Baca Juga :   Perbezaan Antara Beras Putih Dan Beras Perang


4) Penanda tarikh

Penanda tarikh adalah salah satu tanda aras bagi memastikan makanan tersebut selamat untuk dimakan.

Peraturan-peraturan Makanan 1985 mewajibkan makanan mudah rosak menyatakan penandaan tarikh seperti
“GUNA SEBELUM”, “MAKAN SEBELUM”, “MINUM SEBELUM” atau “BAIK SEBELUM”.

Setelah ketahui cara membaca label makanan pengguna seharusnya peka dengan label makanan tersebut. Dengan bijaknya pengguna membaca label makanan maka pengguna mampu untuk memilih makanan yang sihat dan berkualiti.

***Pengguna bijak, generasi sihat***

Rujukan:-
1) http://www.jknselangor.moh.gov.my/index.php/bahagian/bahagian/bahagian-keselamatan-dan-kualiti-makanan?showall=1
2) http://www.myhealth.gov.my/panduan-membaca-label-makanan/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh