Cara lindungi anak daripada bahaya di internet yang kita tidak kita kenali. Justeru itu, sebagai ibu bapa anda perlu BIJAK dalam melakukan sesuatu tindakan agar anak anda selamat daripada ancaman luar. Dalam keghairahan anda mendapat anak, terkadang kita lupa akan manusia yang mempunyai hasad yang TIDAK terlihat. Maka sebagai ibu bapa anda WAJIB melindungi anak daripada bahaya di luar.
***MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT***
Cara Lindungi Anak Daripada Bahaya Internet
Ihsan Gambar daripada PHM
Antara cara lindungi anak daripada bahaya interner adalah seperti:-
1) ELAKKAN berkongsi nama dan maklumat peribadi saya
Elakkan diri daripada berkongsi nama dan maklumat peribadi anak. Hal ini akan menyebabkan penjahat yang mempunyai hasad dengki secara tersembunyi boleh melakukan sesuatu. Justeru itu, ELAKKAN diri daripada berkongsi nama dan maklumat peribadi diri anda kepada umum TERUTAMANYA media sosial.
2) ELAKKAN sebarkan gambar atau video saya dihukum, didenda atau dimalukan
Elakkan diri daripada menyebarkan gambar atau video anda dihukum atau didenda bagi MENGELAKKAN anda daripada malu kemudian hari. Sekiranya anda menyebarkan gambar atau video seperti itu maka ianya akan menyebabkan anak anda akan lebih mudah untuk dimalukan atau berasa rendah diri akan sesuatu perkara.
“Didik anda untuk mensyukuri akan sesuatu yang ALLAH SWT kurniakan dan JANGAN menghina sesuatu ciptaan ALLAH SWT”
3) ELAKKAN berkongsi lokasi saya menunggu kenderaan untuk pulang
Perkongsian lokasi merupakan satu perkara yang bahaya kerana dengan perkongsian itu mudah untuk orang melakukan sesuatu perkara yang sukar untuk dijangka. Justeru itu, ELAKKAN perbuatan gemar berkongsi lokasi keberadaan anak anda TERUTAMANYA keberadaan mereka ketika menunggu kenderaan untuk pulang ke rumah.
4) ELAKKAN berkongsi di mana saya bersekolah
PENTING!!!
ELAKKAN perkongsian keberadaan anak di sekolah kerana dengan perkongsian ini memudahkan urusan jahat seseorang itu terhadap diri kita. Justeru itu, ELAKKAN aktiviti ini semasa saya berada di luar berseorangan TANPA pantauan orang dewasa atau mereka yang dikenali.
Sekiranya BOLEH, jangan pernah berkongsi lokasi di mana anda berada kerana ianya sangat BAHAYA. Disebabkan dunia kini hanya di hujung jari maka keselamatan anda juga mungkin hanya dihujung jari.
5) ELAKKAN nama kelas dan maklumat di sekolah
Maklumat diri seperti nama kelas dan maklumat di sekolah merupakan slaah satu perkara yang perlu dirahsiakan. Hal ini disebabkan ianya akan memudahkan sesuatu perkara yang BAHAYA dariapda berlaku tanpa kita sedari.
6) ELAKKAN gambar saya dalam keadaan TIDAK berpakaian sempurna
PENTING!!!
ELAKKAN menyebarkan gambar anak separuh bogel atau TIDAK berpakaian TIDAK sempurna. Hal ini disebabkan terlalu banyak teknik kotor yang menyebabkan jenayah siber pada masa kini. Justeru itu, ELAKKAN diri daripada memaparkan gambar anak yang TIDAK sempurna.
Setiap gambar anak biarlah menjadi salah satu memori terindah ibu bapa sahaja. JANGAN terlalu suka berkongsi gambar sehingga menyebabkan anak berada di dalam bahaya. Sayangi anak dan ELAKKAN diri daripada terjebak denagn mara bahaya ini.
7) ELAKKAN gambar saya dengan duit, barang kemas atau barang berharga
Ibu bapa juga perlu MENGELAKKAN gambar anak dengan duit, barang kemas atau barangan mewah kerana semua itu akan membahayakan diri anak. Kemewahan yang ditunjukkan di public biasanya membahaya nyawa kerana ianya menarik minat penjahat untuk membuat sesuatu yang berbahaya kepada anak.
Sekiranya benar sayang dan kasihi anak maka ELAKKAN semua di atas daripada dilakukan. Sayangilah anak sepenuhnya denagn melindungi mereka sesungguhnya BUKAN melindungi dalam kesukaan yang membahayakan.