Cara gembirakan hati anak yang masih kecil. Kadang-kadang kita anggap anak-anak tidak memahami dan tidak mempunyai perasaan. Kesilapan yang perlu kita tahu dan sedar. Kanak-kanak juga perlu rasa gembira untuk perkembangan fizikal, emosi, intelek dan spiritual yang stabil. Kita lihat apa yang boleh kita lakukan untuk gembirakan hati anak-anak kecil.
Ada masa bersama
Walau sesibuk mana ibu bapa bekerja,sediakan sedikit masa dalam sehari masa untuk bersama mereka. Ada masa untuk bersama dan temani mereka beraktiviti seperti makan, mandi atau bermain.
Ciuman
Beri ciuman dengan penuh kasih sayang. Anak-anak juga dapat merasai keikhlasan kasih sayang dari ibu bapanya. Contohnya sebelum pergi dan balik kerja,cium pipi dan dahi mereka. Anak-anak yang selalu rasa disayangi akan menunggu kepulangan ibu bapa mereka. Ajar juga mereka mencium pipi kita.
Sediakan masa dan ruang untuk bermain
Anak-anak mempunyai rasa yang tinggi untuk bermain dan meneroka benda baru dijumpai. Beri mereka masa itu untuk mereka bermain dan meneroka benda baru kerana dari situ mereka mula belajar dan memahami sesuatu serta menjadi lebih kreatif. Mereka akan rasa teruja dan gembira bila dapat bermain sesuka hati tetapi dengan perhatian dan kawalan keselamatan dari ibu bapa.