Cara Elakkan Diri Daripada Dehidrasi Semasa Berpuasa

Cara yang betul untuk elakkan diri daripada dehidrasi semasa berpuasa amatlah penting. Hal ini disebabkan semasa berpuasa kita perlu menahan diri daripada lapar dan dahaga. Justeru itu, anda perlu kekal hidrasi bagi mengelakkan tubuh badan menjadi lemah dan lesu. bagi memastikan diri kita kekal bertenaga dan sihat semasa menjalani ibadah puasa, anda perlu ketahui cara terbaik untuk mengelakkan diri daripada dehidrasi semasa berpuasa.

Cara Elakkan Diri Daripada Dehidrasi Semasa Berpuasa

Dehidrasi

Antara cara elakkan diri daripada hidrasi semasa berpuasa adalah:-

1) Minum lebih air semasa berbuka dan bersahur

Kita sering mendengar, ambil air atau minum air lebih semasa berbuka dan bersahur, tetapi tubuh masih rasa tidak mencukupi air TERUTAMANYA ketika cuaca panas. Justeru itu, bagi memastikan tubuh kekal hidrasi, anda perlu ketahui beberapa cara mudah untuk mendapatkan jumlah pengambilan air yang mencukupi dalam sehari.

Antara cara yang paling mudah untuk mendapatkan jumlah air yang mencukupi dalam sehari adalah:-

  • Pecahkan 8 gelas air kepada 4 bahagian iaitu :-
    • 2 gelas semasa berbuka
    • 2 gelas selepas solat Maghrib
    • 2 gelas selepas terawih
    • 2 gelas semasa bersahur

(1 gelas = 250ml )

PERINGATAN!!!

Ini sebagai cadangan sahaja bagi memastikan orang awam mampu mengambil air yang secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Walau bagaimana sekalipun, pengambilan air yang lebih daripada 8 gelas sehari adalah DISARANKAN mengikut kemampuan. 8 gelas hanyalah cadangan bagi mereka yang kurang mengambil air semasa berpuasa.

    • Gunakan botol air yang mempunyai sukatan bagi memastikan pengambilan air semasa berpuasa mencukupi
    • Tingkatkan pengambilan makanan yang berkuah semasa berbuka dan bersahur sekiranya TIDAK mampu mengambil air kosong dalam kuantiti yang banyak

2) ELAKKAN mengambil minuman yang berkafein dan berkarbonat 

Dehidrasi

Kafein mempunyai mampu menyebabkan cecair di dalam badan semakin berkurangan. Justeru itu, semasa berpuasa sangat DISARANKAN untuk KURANGKAN pengambilan minuman yang tinggi kafein

3) Tambahkan buah-buahan dalam pemakanan seharian

Sekiranya, kita TIDAK mampu untuk mengambil air yang terlalu banyak semasa berbuka maka anda boleh mengantikan air dengan buah-buahan yang TINGGI kandungan air.

Antara contoh buah-buahan yang TINGGI kandungan air adalah seperti:-

  • Tembikai
  • Buah Oren (Tetapi sekiranya buah masa KURANGKAN pengambilannya)
  • Appel
  • Betik 
  • Tembikai susu

4) KURANGKAN makanan yang tinggi garam

Makanan yang tinggi garam mampu menyebabkan seseorang itu mudah kekurangan air dalam tubuh badan. Hal ini disebabkan, pengambilan sodium yang berlebihan akan menyebabkan tubuh badan akan mengeluarkan sodium melalui air kencing. 

TAHUKAH ANDA!!!

Semasa mengeluarkan air kencing yang tinggi sodium, tubuh BUKAN sahaja mengeluarkan sodium yang berlebihan tetapi ianya juga disertai dengan Kalsium. Justeru itu, kandungan kalsium di dalam darah akan berkurangan dan akan menyebabkan kerapuhan tulang yang dipanggil Osteoporosis.

5) KURANGKAN minuman manis semasa berpuasa dan sahur 

Kurangkan pengambilan gula atau makanan yang manis semasa berpuasa. Hal ini disebabkan, pengambilan makanan atau minuman yang manis ketika berpuasa TERUTAMANYA ketika bersahur mampu menyebabkan seseorang itu mudah berasa lemah kerana tubuh kekurangan air. Semua ini berlaku kerana makanan yang manis menjadi penyebab utama seseorang itu mudah berasa haus ketika berpuasa. 

***ELAKKAN ATAU KURANGKAN MAKANAN YANG MANIS KETIKA BERPUASA***

6) Gunakan lipbalm, losyen dan pelembap

Selain daripada mengawal pemakanan, kita juga boleh menggunakan inisiatif luar bagi memastikan tubuh sentiasa kekal hidrasi semasa berpuasa. Antara cara penggunaan luar yang TIDAK melibatkan pemakanan adalah dengan menggunakan lipbalm di mulut bagi MENGELAKKAN bibir menjadi kering. Anda perlu cuba menggunakan teknik pelembap daripada luar bagi memastikan kulit sentiasa kelihatan cantik dan lembab walaupun ketika berpuasa.

Diharapkan dengan beberapa cara ini mampu membantu anda kekal hidrasi walaupun semasa berpuasa. Hal ini disebabkan kekurangan air semasa berpuasa boleh menyebabkan seseorang itu lemah atau lesu. Amalkan cara ini sekiranya anda mahukan diri kekal hidrasi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh