Ibu

BPR 2021: Kemaskini Dan Permohonan Baru Bantuan Prihatin Rakyat

Menerusi pembentangan belanjawan 2021, Menteri Kewangan telah mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) akan digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021. Jumlah bantuan yang disediakan oleh kerajaan adalah mengikut isi rumah serta pendapatan isi rumah. Justeru itu, pemohon WAJIB ketahui syarat permohonan BPR ini.

BPR 2021: Kemaskini Dan Permohonan Baru Bantuan Prihatin Rakyat

BPR 2021

Jumlah bantuan yang disediakan oleh kerajaan adalah seperti berikut:-

BPR 2021

1) Isi Rumah 

Isi Rumah berpendapatan kurang daripada RM2,500(<RM2,500)

  • 1 orang anak RM1,200
  • 2 orang anak atau lebih RM1,800

Isi Rumah yang berpendapatan RM2,1001 sehingga RM4,000

  • 1 orang anak RM800
  • 2 orang anak atau lebih RM1,200

SYARAT PERMOHONAN ISI RUMAH

  • Pemohon

– Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia SAHAJA
– Lelaki atau Wanita yang menjadi ketua keluarga dan bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah

  • Pasangan

– Warganegara Malaysia (MyKad) atau memiliki kad pengenalan Malaysia (MyPR/ MyKAS)
– Bukan Warganegara Malaysia (selain pengenalan MyPR/ MyKAS)

– Hubungan mestilah anak kandung (termasuklah anak tak sah taraf) atau anak angkat yang berdaftar dengan JPN SAHAJA
– Warganegara Malaysia yang mempunyai pengenalan Malaysia (MyKad/ MyKid) SAHAJA
-TIdak bekerja atau tiada pendapatan yang berumur :-

  • 17 tahun dan kebawah
  • 18 tahun dan keatas bagi mereka yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta

2) Bujang

Bujang yang berpendapatan RM2,500 dan kebawah (<RM2,500) dan berumur 21 tahun dan keatas layak mendapat bantuan BPR sebanyak RM350

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia SAHAJA
  • Bekerja di Malaysia dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan kebawah bagi mereka yang berumur 21 tahun sehingga 50 tahun dan OKU berumur 18 tahun sehingga 59 tahun

Tarikh Kemaskini dan Permohonan baru bantuan Prihatin rakyat bagi tahun 2021 mulai 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021.

“Tarikh tutup kemaskini dan permohonan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa”

“Permohon amatlah DISARANKAN untuk membuat permohona secara atas talian bagi mengelakkan perhimpunan secara beramai-ramai di kaunter Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)”

Sekiranya pemohon mahu melakukan permohonan menerusi kaunter LHDN, pemohoan di WAJIB kan mematuhi setiap satu Standard Operation Practice (SOP) yang telah disediakan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Hal ini bertujuan bagi membendung penyebaran virus COCID -19 dalam kalangan pemohon dan pekerja LHDN.

Antara SOP yang perlu dipatuhi adalah:-

  • Amalkan Penjarakkan sosial sekurang-kurangnya 1 meter dari individu yang lain
  • Penggunaan pelitup hidung dan mulut di kawasan yang ramai 
  • Sentiasa mencuci tangan menggunakan hand sanatizer atau kerap cuci tangan ketika berada di luar

Bagi pemohon yang mahu memohon menerusi kaunter LHDN, anda perlu mencetak borang permohonan melalui portal rasmi BPR

Pemohon boleh menghadirkan diri ke 3 tempat ini bagi penghantaran dokumen sokongan secara manual di kaunter LHDN. 3 tempat itu adalah:-

  • Cawangan LHDNM yang berdekatan
  • Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

BPR 2021

PERHATIAN!!!
Bagi pemohon BSH 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 yang lulus dan menepati syarat kelayakan BPR 2021 WAJIB membuat kemaskini pemohonan BPR 2021

“Bagi mereka yang TIDAK LAYAK menerima Bantuan BSH atau BPN 2020, anda perlu membuat permohonan semula untuk mendapatkan bantuan BPR 2021 ini”

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang diperlukan bagi Permohonan yang baru adalah:-

1) Pemohon

  • Salinan sijil perkahwinan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/ JPN
  • Salinan Sijil Kematian pasangan yang dikeluarkan oleh JPN (Bagi pasangan yang sudah meninggal dunia)
  • Salinan Sijil Perceraian yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri/ JPN
  • Salinan Sijil Dekri Nisi/ Dekri Nisi Mutlak yang dikeluarkan oleh makamah

2) Pasangan

  • Salinan pengenalan pasangan (MyKad/ MyPR/ MyKASI)
  • Salinan pasport/ Visa/ UNCHR/ Pas Sempadan/ Sijil Lahir/ KP lama

3) Anak

  • Anak Kandung
    – Salinan MyKad/ MyKid dan salinan sijil lahir yang dikeluarkan oleh JPN
  • Anak Angkat
    – Salinan MyKad/ MyKid dan salinan sijil daftar anak angkat yang dikeluarkan oleh JPN

 

Sebarang  Pertanyaan

  • Hotline BPR MOF
    03-8882 4565/ 03-8882 4566
    Hotline BPR LHDNM
    1-800-88-2747
  • Alamat Kementerian Kewangan
    Sekretariat BPR
    Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
    Presint 2, 62592 WP Putrajaya.


Rujukan:

https://bpr.hasil.gov.my

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh