Ayam Dicemari Bakteria Menyebabkan Keracunan Makanan

Keracunan makanan boleh berlaku jika kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga. Ayam merupakan pilihan makanan yang paling popular dalam kalangan kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Hal ini disebabkan ayam merupakan salah satu jenis makanan yang mudah didapati di Malaysia. Walaubagaimana sekalipun, ayam yang dicemari bakteria boleh menyebabkan keracunan makanan.

Ayam merupakan salah satu sumber protein yang mudah untuk di dapati tetapi sekiranya cara pengendalian ayam itu salah maka mudahlah mereka terkena keracunan makanan.
Keracunan makanan

Ayam Dicemari Bakteria Menyebabkan Keracunan Makanan

TAHUKAH ANDA!!!
Ayam merupakan pilihan protein yang sihat dan berkhasiat kerana ayam merupakan salah satu sumber protein yang rendah kadar lemaknya SEKIRANYA lemak dan kulitnya di buang. Sekiranya lemak dan kulit tidak di buang kadar maka kadar lemak akan menjadi tinggi.

Cara penyediaan ayam yang betul amatlah penting bagi mengelakkan keracunan makanan menerusi penyediaan makanan. Justeru itu, terdapat beberapa cara menyediakan makanan dengan betul. Antara caranya adalah:-

1) Defrost ayam di bawah aliran air

 

“ELAKKAN defrost ayam BUKAN dibawah aliran air. Hal ini akan menyebabkan pembiakan bakteria akan lebih mudah kerana peralihan suhu ayam daripada suhu yang rendah kepada suhu bilik”

Sekiranya mahu defrost ayam bukan dibawah aliran air boleh rendamkan ayam mengunakan air bersuhu bilik atau sejuk kerana jika menggunakan air panas pembahagian suhu tidak sekata dan akan menyebabkan kuman mudah membiak.

2) Pastikan ayam berada di dalam plastik kedap udara

Tujuan menggunakan plastik yang kedap udara bagi memastikan ayam berada didalam keadaan fresh dan bebas daripada pembiakan microorganism.

PERINGATAN!!!
Pastikan ayam disimpan di dalam plastik kedap udara dan air yang mengalir tidak bersuhu panas (sekiranya defrost). Plastik yang bocor atau berlubang boleh menyebabkan daging ayam tercemar dengan kuman/ bakteria.

3) Pindahkan ayam dari peti beku ke peti sejuk

Cara ini merupakan salah satu cara yang paling mudah untuk defrost ayam tetapi ianya mengambil masa yang lama kerana memerlukan perancangan awal. Ayam beku hendaklah dipindahkan ke peti sejuk sehari sebelum digunakan bagi memastikan penyahbekuan terjadi dengan jayanya. ELAKKAN dari membekukan ayam buat kali kedua setelah dinyahbekukan.

“Ianya akan merangsang pembiakan bakteria atau kuman dengan mudah kerana pertukaran suhu”

PERINGATAN!!!
Ayam yang beku hendaklah diletakkan di bahagian peti sejuk yang paling bawah bagi mengelakkan air ayam menitik dan mencemarkan makanan lain di dalam peti sejuk.

Keracunan makanan

Ayam perlu dimasak sehingga suhu dalaman 74°C, dengan suhu ini ianya dapat membunuh mikroorganisma yang menganggu penghadaman.

Mengapa Makan Ayam Yang Tidak Masak Dengan Betul Ini Bahaya?

1) Bakteria Salmonella

Bakteria ini pada kebiasaanya hidup dalam usus haiwan ternakan, terutamanya ayam, lembu, khinzir, kambing. Justeru itu, ianya boleh menyebabkan jangkitan pada saluran usus manusia. Sekiranya ia menjangkiti saluran usus manusia ini boleh menyebabkan keracunan makanan.

Terdapat tanda-tanda ayam yang dicemari bakteria boleh menyebabkan keracunan makanan pada manusia. Antara tanda-tandanya adalah:-

  • Cirit-birit
  • Loya
  • Muntah
  • Demam
  • Sakit kepala
  • Sakit otot

Tempoh jangkitan keracunan makanan antara 6 jam hingga 72 jam (tetapi kebiasaannya kesan keracunan makanan adalah 12 – 36 jam selepas makan).

Cara PENCEGAHAN bagi mengelakkan diri daripada berlakunya keracunan makanan. Antara PENCEGAHAN adalah:-

  • Masak daging, ayam dan telur dengan sempurna (masak menggunakan suhu >74°C)
  • ​ELAKKAN mengambil daging atau stik yang mentah atau separa masak
  • ​​Gunakan peralatan yang berbeza (pisau & papan pemotong) ketika penyediaan daging mentah dan yang telah dimasak bagi mengelakkan pencemaran silang
    ​​Simpan makanan mentah dan yang telah dimasak dalam bekas yang berasingan
  • ​​Cuci tangan selepas menyentuh haiwan bagi mengelakkan bakteria daripada melekat di tangan.
***Bakteria biasanya mudah melekat pada bahagian tangan***

​​Cuci tangan sebelum, semasa dan selepas mengendalikan makanan kerana bakteria barada di mana-mana

***mencegah lebih baik daripada merawa***
“Stik separa masak boleh di makan sekiranya cara penyediaan makanan yang disediakan adalah betul dan mampu mengelakkan daripada berlakunya pencemaran silang”

TIPS TAMBAHAN!!!
Balut ayam mentah yang dibungkus dalam beg plastik tambahan sebelum sejuk beku. Ianya bagi menghalang cecair yang keluar daripada ayam mencemari barangan makanan lain.

2) Campylobacter

Campylobacter adalah 1 daripada 4 penyebab utama penyakit cirit-birit (diarrhea). Ia dianggap bakteria manusia yang paling biasa mencemari kawasan penghadaman manusia.

 

INFO!!!
Jangkitan Campylobacter biasanya ringan dan tidak membahayakan manusia yang mempunyai sistem imun yang tinggi, TETAPI ia boleh MEMBAWA MAUT di kalangan kanak-kanak dan orang tua. Hal ini disebabkan sistem imun tubuh mereka sudah lemah.

Campylobacter bakteria boleh dibunuh dengan cara penyediaan makanan yang betul (gunakan suhu memasak yang betul) dan teliti, ikuti setiap satu step seperti diatas.

“Gejala campylobacter biasanya HILANG SELEPAS 4 hari. Walaubagaimana sekalipun, dalam kes-kes yang tertentu jangkitan Campylobacter memerlukan penggunaan antibiotik kerana imun tubuh tidak dapat melawan bakteria yang menyerang tubuh.

3) Escherichia Coli (E-coli)

Bakteria E-coli ini biasanya di jumpai pada air yang tercemar. Tetapi buat pengetahuan umum, E-coli juga boleh terdapat di dalam :-

√ Makanan yang tidak di masak dengan sempurna terutamanya di dalam daging
√ Disebabkan pencemaran silang.

Antara tanda-tanda seseorang itu telah di jangkiti bakteria e-coli adalah:-

– Cirit-birit
– Sakit perut yang teruk
– Loya

Ayam yang dicemari bakteria boleh menyebabkan keracunan makanan justeru jangan pernah mengambil mudah akan sesuatu perkara itu. Walaupun kelihatan perkara itu mudah tetapi ianya tidaklah semudah yang disangka. Pastikan kita mengamalkan cara penyediaan pemakanan yang betul bagi mengelakkan daripada berlakunya keracunan makanan.

***Anda yang memilih akan sesuatu perkara yang berlaku***


Rujukkan:-
1) https://www.healthline.com/health/what-happens-if-you-eat-raw-chicken#takeaway
2) https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/campylobacter
3) http://www.myhealth.gov.my/keracunan-makanan-oleh-bakteria-salmonella/
4) 


Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh