Apa Itu Intermitent Fasting (IF) 2021

Intermitent Fasting (IF) adalah salah satu diet yang berkonsepkan pengaturan semula pola pemakanan pesakit mengikut jadual yang tertentu. Justeru itu, Intermitent Fasting meenggunakan konsep puasa sebagai salah satu medium utama diet. Disebabkan oleh itu, diet IF ini mudah diterima atau diguna pakai oleh individu yang beragama islam. 

TAHUKAH ANDA!!!

Intermitent Fasting ini merupakan salah satu diet yang popular di Negara Barat. Kebanyakan diet IF ini digunakan dalam kalangan atlet dan selebriti.

Walaupun IF hanyalah diet yang berasaskan puasa tetapi anda perlu mendapatkan khidmat nasihat pakar sebelum menggunakan diet ini dalam kehidupan seharian. Tanyalah doktor atau Dietitian dalam mengatur diet IF anda. 

PERINGATAN!!!

Intermitent Fasting ini BERBEZA dengan pendekatan diet yang popular suatu ketika dahulu seperti Diet Atkins atau Diet Keto. Diet jenis ini lebih mengutamakan PENGATURAN MENU DIET dan jenis makanan diet yang dipilih.

Cara Untuk Mengamalkan Intermitent Fasting (IF)

Intermitent Fasting ini akkan membahagikan rutin seseorang kepada dua bahagian atau tempoh waktu. Dua bahagian itu adalah:-

  • Waktu Makan
  • Waktu Berpuasa

Dua bahagian ini yang menentukan cara seseorang itu mengamalkan IF ini. Dan diet bagi IF ini tiada menu yang khusus walaubagaimana sekalipun amatlah DISARANKAN untuk mengambil makanan yang seimbang dan sihat bagi memastikan anda kekal sihat semasa mengamalkan diet IF ini. Dalam SARANAN diet yang sihat anda perlu melakukan aktiviti fizikal agar kekal sihat. Justeru itu, kekal aktif juga menjadi salah satu kunci untuk anda kekal sihat.

Intermitent Fasting



Bagi tempoh waktu berpuasa IF :-

  • Waktu tidur (8 jam) dikira sebahagi tempoh berpuasa
  • Dalam tempoh berpuasa anda hanya boleh mengambil air masak, teh hijau dan lain-lain yang TIDAK mengandungi GULA atau SUSU
  • Anda DIGALAKAN meneruskan aktiviti harian seperti biasa
Baca Juga :   Tips Kulit Kelihatan Cantik

Bagi tempoh makan IF :-

  • Anda DIGALAKAN makan makanan utama 3 kali sehari dalam tempoh 4-16 jam
  • Pilih makanan dan minuman yang sihat dan seimbang perlu DIUTAMAKAN.
  • TAMBAHKAN sayur-sayuran & buah-buahan dalam pengambilan makanan utama
  • DIGALAKKAN untuk TIDAK mengambil makanan dan minuman yang TINGGI kandungan gula, garam, lemak dan minyak
  • DIGALAKKAN untuk TIDAK MENGAMBIL makanan & minuman yang diproses dari kilang

Jenis-jenis IF Yang Boleh Diamalkan

Setiap individu mempunyai tahap metabolisme yang berbeza. Justeru itu, terdapat pelbagai jenis IF yang boleh diamalkan mengikut kesesuai individu tersebut.

Antara jenis-jenis IF yang boleh diamalkan adalah:-

1) Overnight Fasting

Overnight Fasting merupakan salah satu IF yang memerlukan anda untuk berpuasa selama 12 jam sehari. Anda hanya perlu berpuasa bermula 8 malam dan berbuka pagi keesokkan harinya. Bagi jenis Overnight Fasting ini, ianya melibatkan masa tidur anda, bermaksud masa tidur anda adalah masa untuk berpuasa. 

2) Time-Restricted Fasting

Bagi pilihan jenis IF Time-Restricted Fasting ini merupakan salah satu jenis diet IF yang sama seperti berpuasa di bulan Ramadhan. Justeru itu, kebanyakan individu akan memilih Time- Resited Fasting kerana ianya lebih mudah untuk diamalkan. 

3) Whole Day Fasting

Whole Day Fasting merupakan salah satu diet IF yang memerlukan seseorang itu berpuasa selaam 24 jam sehari. Walaubagaimana sekalipun, Whole Day Fasting ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental kerana ianya bukanlah puasa yang biasa diamalkan oleh orang ramai. 

PERINGATAN!!!

JANGAN amalkan Whole Day Fasting sekiranya anda TIDAK bersahur atau mengambil apa-apa jenis makanan yang seimbang. PASTIKAN mengambil makanan yang mencukupi dan seimbang sebelum mengamalkan Whole Day Fasting ini.

Intermitent Fasting

4) Alternate Day Fasting

Alternate Day Fasting merupakan salah satu cara berdiet IF yang diamalkan secara berselang seli pada hari yang ditetapkan untuk berpuasa. Bagi jenis diet ini, anda perlu memastikan pemakanan atau kalori yang diambil adalah rendah (500 – 600 kalori SAHAJA pada hari anda berpuasa). 

Baca Juga :   Menu Makanan Berpantang Bersalin Pembedahan atau Czer

5) 5:2 Fasting

5:2 Fasting merupakan salah satu jenis diet berpuasa 2 hari dalam seminggu. Jenis diet IF 5:2 Fasting ini boleh di lakukan seperti amalan sunah iaitu berpuasa pada hari Isnin dan Khamis. Pengambilan kalori adalah rendah seperti Alternate Day Fasting iaitu 500-600 kalori sehari pada masa anda berpuasa. 

6) Skipping Meals Fasting

Skipping Meals Fasting merupakan salah satu jenis diet IF yang mengamalkan diet skip makanan utama seperti skip sarapan pagi dan tengah hari. Walaupun anda skip dua makanan utama ini TETAPI anda perlu memastikan pengambilan makanan ketika tengah hari TIDAK melebihi kuantiti yang sepatutnya. ELAKKAN BINGE EATING semasa mengamalkan skipping meals fasting ini.

Intermitent Fasting

7) Choose Your Day Fasting 

Bagi jenis IF diet choose your day fasting ini merupakan salah satu diet IF yang paling ringan iaitu anda boleh memilih hari yang anda mahu berpuasa. Bagi jenis diet ini, anda hanya DIGALAKKAN untuk berpuasa mengikut cara anda walau bagaimana sekalipun anda DINASIHATI untuk berpuasa mengikut garis panduan umum. Pada masa yang sama, jumlah hari dan waktu berpuasa adalah lebih fleksible mengikut kemampuan setiap individu.

PENTING!!!

Dapatkan nasihat pakar sebelum anda melakukan Intermitent Fasting ini. Ianya bagi MENGELAKKAN sebarang risiko kepada individu yang sedang diamalkan.


Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk meneruskan diet IF ini. Ianya bagi memastikan setiap individu dapat menurunkan berat badan dengan lebih selamat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh