Apa Itu Hypoglycemia

Hypoglycemia sering berlaku kepada pesakit kencing manis yang tidak tahu bagaimana hendak mengawalnya. Justeru itu, sebagai pesakit kencing manis mereka WAJIB ketahui cara untuk mengawal masalah Hypoglycemia. Sebelum anda meneruskan pembacaan mengenai Hypoglycemia itu apa?

Apa Itu Hypoglycemia

Hypoglycemia adalah masalah di mana kandungan gula dalam darah yang rendah daripada paras normal (Bawah 4.0 mmol/L). Justeru itu, bagi pesakit kencing manis anda DIGALAKKAN untuk ketahui paras normal gula dalam darah anda dengan memantau sentiasa paras gula dalam darah. 

PERINGATAN!!!

Walaupun parah rendah gula dalam darah BIASANYA adalah bawah 4.0 mmol/L. TETAPI setiap tubuh badan mempunyai masalah yang berbeza, justeru itu bagi pesakit yang sudah terbiasa mempunyai kandungan gula yang SANGAT TINGGI mungkin kadar hypoglycemia anda akan berbeza dengan pesakit lain.

Target Gula dalam darah (Kencing Manis Jenis 2)

  • Ketika berpuasa : 4.4-7.0 mmol/L
  • 2 jam selepas makan : 4.4.-8.5 mmol/L
  • HbA1c : ≤ 6.5%
  • Sebelum tidur : 6.1-8.3 mmol/L

INFO TAMBAHAN!!!

Target Gula dallam darrah bagi wanita mengandung :-

  • Berpuasa/ pre-prandial : ≤ 5.3
  • 1 hr selepas makan : ≤ 7.8
  • 2 hr selepas makan : ≤ 6.7

Faktor Penyebab kita perlu MENGAWAL paras gula dalam darah adalah disebabkan untuk MENGELAKKAN:-

  • Retinopathy (mata yang rosak)
  • Stroke
  • Penyakit Buah Pinggang
  • Serangan Jantung
  • Amputasi kaki (Pemotongan kaki kerana luka yang tidak dirawat)
  • Mati Pucuk
  • Luka kaki (Foot ulcer/ gangrene)

Justeru itu, sangatlah penting untuk kita mengawal paras gula dalam darah. Dengan pengawalan paras gula dalam darah kita mampu untuk MENGELAKKAN diri daripada mendapat masalah ini. 

“PERINGATAN, sakit itu penghapus dosa makka sekiranya anda mendapatkannya makka redhalah akan dugaan yang ALLAH SWT berikan”

Simptom Hypoglycemia

Hypoglycemia

Ihsan daripada WebMed

Antara simptom hypoglycemia adalah:-

1. Mengigil
2. Berpeluh
3. Risau
4. Pening
5. Lapar
6. Jantung berdegup kencang
7. Rasa pitam
8. Tidak bertenagan atau mudah letih
9. Sakit kepala
10. Fikiran bercelaru

Baca Juga :   Persiapan Ibu Bapa Untuk Anak Masuk Ke Alam Sekolah


Setiap simptom manusia adalah berbeza dan BUKAN semua simptom di atas akan dirasai oleh peskait kencing manis. Justeru itu, sekiranya anda mendapatkan 2 sehingga 3 simptom daripada di atas anda SANGAT DINASIHATKAN diri untuk periksa paras gula dalam darah.

Cara Menguruskan Hypoglycemia


Sebagai pesakit yang mempunyai penyakit kenicng manis, anda WAJIB untuk ketahui cara menguruskan masalah ini. Antara cara atau langkah menguruskan hypoglycemia adalah dengan:-

Langkah 1

  • Periksa paras gula dan sekiranya paras gula BAWAH (≤ 4.00 mmol/L) 

Langkah 2

  • Ambil hidangan (15g) karbohidrat
  • Cadangan pengambilan karbohidrat adalah seperti :-
  • 1/2 gelas jus buah-buahan/ Air kotak ATAU
  • 3 sudu teh madu/ gula/ glukosa ATAU
  • 3 biji gula-gula

Hypoglycemia

Pilih mana yang sesuai untuk keadaan semasa, BUKAN ambil ketiga-tiga cara ini PILIH salah satu cara sahaja. 

Langkah 3

Ulangi ujian darah gula selepas 15 minit anda mengambil karbohidrat. Sekiranya paras gula dalam darah masih rendah ulangki lagi langkah kedua itu. 

Langkah 4

Teruskan sajian anda, sekiranya waktu makan sudah tiba. Tetapi sekiranya belum, anda DISARANKAN untuk mengambil 15g karbohidrat seperti di langkah 2. Sekiranya paras gula dalam darah masih TIDAK naik, bersegeralah untuk pergi ke hospital atau klinik yang berdekatan untuk mendapatkan rawatan di Hospital.

Info Tambahan berkenaan dengan pesakit kencing manis.


Anda sering mendengar hypoglycemia sahaja apabila sebut pesakit kencing manis. Tetapi tahukah anda, selain daripada hypoglycemia anda juga boleh mengalami hyperglycemia. Hyperglycemia adalah masalah pada paras gula anda terlalu tinggi daripada biasa.

Antara simptom hyperglycemia adalah:-

  • Dahaga yang keterlaluan
  • Kerap buang air kecil
  • Kulit kering
  • Mudah berasa lapar
  • Penglihatan menjadi blur
  • Pening/ mengantuk
  • Mual
  • Sakit perut

Ketahuilah bahawa setiap pesakit TIDAK akan mendapatkan masalah yang sama. Justeru itu amatlah penting untuk sentiasa memantau paras gula dalam darah sekiranya anda mempunyai maslaah kencing manis yang tidak terkawal. 

Baca Juga :   Krim Herba Bayi Tropika

PERINGATAN!!!

Pemantauan paras gula dalam darah sangat PENTING bagi MENGELAKKAN daripada masalah hypoglycemia atau hyperglycemia kerap berlaku kepada pesakit kencing manis.

Diharapkan setiap satu perkongsian ini bermanfaat kepada semua. Bukan sekadar mengawal tetapi anda juga pelru bijak dalam mengawal setiap satu masalah yang dihadapi oleh peskait kencing manis.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh