Apa Itu Disleksia Dalam Kalangan Kanak-kanak

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Disleksia ini pada asasnya merujuk kepada perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Justeru itu, kebanyakan anak disleksia ini akan mempunyai masalah dalam pembelajaran. 

TAHUKAH ANDA!!!

Kanak-kannak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh. Kanak-kanak ini mempunyai keupayaan intelek yang normal tetapi mendapat rangsangan dan pembelajaran yang mencukupi.

Masalah asas bagi kanak-kanak disleksia ini adalah menerusi perbezaan cara otak mereka berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi. Justeru itu, dalam masalah ini mereka akan mengalami masalah:-

  • Membaca
  • Menulis
  • Memahami
  • Mengeja
  • Mengira
”Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah disleksia berbanding perempuan”

Ciri-ciri Disleksia

1) Di peringkat pra sekolah pelajar mungkin:-

  • Lambat bertutur
  • Mengalami kesukaran sebutan atau rima
  • Sukar menulis nama sendiri
  • Sukar mengenal bentuk atau warna
  • Sukar memberitahu cerita yang telah di dengarinya

2) Di peringkat persekolahan, kanak-kanak disleksia mungkin akan:-

  • Gagal menguasai setiap tugasan sekolah yang diberikan oleh guru. Antara tugasannya adalah:-
    • Membaca
    • Menulis
    • Mengeja
    • Mengira
  • TIDAK suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
  • Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :-
    a) 15 dengan 51
    b) Perkataan “WAS” dan “SAW”
    c) Huruf “b” dengan “d”
  • Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
  • Keliru dengan konsep masa seperti “semalam” dengan “esok”
  • Sukar memahami, megingati atau mengikut arahan yang diberikan oleh guru
  • Selalu tersalah atau terlupa meletakkan barang

Dalam setiap kehidupan pasti ada kebaikan dan keburukan. Sama juga dengan kanak-kanak disleksia ini, mereka mempunyai kelebihan disebalik kekurangan. Justeru itu, sebagai ibu bapa anda perlu memandang kedua-dua sisi anak-anak.

Antara kelebihan anak disleksia ini adalah:-

  • Mempunyai imaginasi yang tinggi
  • Kreatif
  • Mampu berfikir dari pelbagai sudut/ dimensi
  • Baik dengan kemahiran tangan atau sukan 
“Hargai setiap anugerah yang ALLAH ciptakan kerana setiap anugerah itu mempunyai kelebihan yang kita tidak mampu lihat dengan mata kasar”

Cara Membantu Anak Disleksia

Disleksia

Cara mudah untuk membantu anak disleksia adalah dengan:-

1) Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendalikan permasalahan disleksia ini dan bina keyakinan diri anak

Ibu bapa perlu sentiasa memberi dorongan yang gitu untuk membantu anak membina keyakinan diri. Hal ini disebabkan ibu bapa merupakan salah satu ahli keluarga yang sentiasa bersama dengan mereka.

2) Rawat penyakit lain yang mungkin berkaitan seperti :-

  • Masalah hiperaktif
  • Kurang daya tumpu di dalam kelas
  • Menyendiri

3) Pertingkatkan potensi pembelajaran anak menerusi:-

  • Bawa anak berjumpa dengan terapi pertuturan
  • Melatih pendengaran anak dengan bantuan komputer atau ibu bapa sendiri mengajar anak menggunakan perkataan yang betul 
”Kunci mendidik anak ini adalah sabar kerana sesungguhnya sabar sahaja mampu meningkatkan semangat anak”
  • Didik anak menggunakan pendekatan pelbagai deria untuk belajar fahami akan sesuatu. Antara deria yang boleh digunakan adalah:-
    • Deria sentuhan (menggunakan lakaran atau kertas pasir)
    • Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
    • Gunakan pergerakan bibir
    • Menulis huruf atau perkataan

Langkah pemulihan masalah disleksia

Antara langkah pemulihan adalah dengan :-

a) Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
b) Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar secara berlebihan)
c) Gunakan video atau kaset untuk mereka belajar

“Zaman teknologi ini, gunakan youtube sebagai medium pembelajaran anak-anak”

d) Masukkan anak ke program pemulihan khusus disekolah atau kelas Pendidikan Khas Integrasi.

Program Pemulihan Khusus ini memberikan ruang kepada para guru mengajar anak-anak istimewa ini membaca mahupun menulis dengan betul. Dengan wujudnya program ini maka anak-anak akan lebih menguasai pembelajaran dengan lebih cepat. 

“Tiada ibu bapa yang mahukan anak mereka gagal justeru itu ambil langkah pemulihan dengan lebih awal agar anak anda tidak tercicir dalam mendapatkan ilmu pengetahuan”

Rujukan:-

http://www.myhealth.gov.my/disleksia/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh