Apa Itu Diabetes Mellitus Dan Faktor

Apa itu Diabetes Mellitus dan faktor penyebab Diabetes Mellitus. Apabila sebut sahaja Kencing Manis atau Diabetes pasti ramai yang memikirkan bahawa TIDAK boleh makan manis sahaja. Tetapi sebenarnya diabetes merupakan penyakit metabolik yang menyebabkan gula dalam darah tinggi. Hal ini di sebabkan oleh, hormon insulin memindahkan gula dari darah ke dalam sel untuk disimpan atau digunakan sebagai tenaga. Bagi pesakit diabetes, badan tidak mampu menghasilkan insulin yang mencukupi atau tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkannya dengan berkesan lalu menyebabkan gula dalam meningkat dan tidak boleh dikawal. 



Diabetes terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:-

a) Diabetes Mellitus Jenis 1

Diabetes Mellitus

Diabetes ini bergantung kepada insulin kerana organ yang bernama pankrease tidak mampu mengeluarkan insulin yang mencukupi dalam tubuh badan. Kebiasaanya remaja lebih kerap nendapat Diabetes Jenis 2 ini.

 

b) Diabetes Mellitus Jenis 2

Diabetes Mellitus

Diabetes ini Tidak bergantung kepada insulin TETAPI sekiranya organ pankrease TIDAK mampu mengeluarkan insulin yang mencukupi disebabkan oleh faktor:-

  • Sel-sel badan tidak bertindakbalas kepada insulin dengan berkesan dan
  • Badan tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi untuk mengatasi kerintangan insulin (insulin resistant)

c) Gestational Diabetes Mellitus (GDM)

Pesakit mendapatkan Kencing Manis (paras gula dalam darah meningkatkan) semasa mengandung SAHAJA. Hormon penyekat insulin yang dihasilkan oleh plasenta menyebabkan diabetes jenis ini berlaku. Kebiasaannya, GDM ini berlaku semasa trimester kedua (minggu ke 14-26 kehamilan).

Bagi mereka yang mempunyai SEJARAH GDM ini anda perlu sentiasa membuat medical check up di hospital kerana mereka yang mempunyai sejarah GDM lebih mudah mendapat penyakit Diabetes Mellitus pada masa akan datang berbanding dengan mereka yang tiada sejarah penyakit Diabetes Mellitus ini.

Tanda-tanda dan gejala Diabetes Mellitus yang mudah untuk dilihat:-


1) Mudah berasa dahaga
2) Kerap membuang air kecil pada sebelah malam
3) Luka lambat untuk pulih
4) Letih dan Lesu
5) Berat badan menyusut WALAUPUN mempunyai selera makan yang baik
6) Kebas atau mudah berasa sakit kaki dibahagian telapak kaki
7) Kegatalan tanpa ruam

Sekiranya terdapat tanda-tanda ini, anda dinasihati untuk berjumpa dengan doktor TERUTAMANYA bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit Diabetes Mellitus ini.

Faktor risiko penyakit Diabetes Mellitus:-

  • Keturunan

Sekiranya terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit Diabetes Mellitus ini kebarangkalian anda untuk mendapatkan penyakit ini adalah lebih tinggi berbanding dengan mereka yang tiada sejarah keluarga berkaitan dengan penyakit ini.

  • ​Berlebihan berat badan / Obesiti

Berlebihan berat badan atau Obesiti merupakan salah satu faktor penyebab penyakit Diabetes Mellitus ini boleh berlaku. Hal ini kerana berlebihan berat badan / Obesiti ini akan menyebabkan lemah berkumpul secara berlebihan dan akan menghalang insulin daripada bertindakbalas dengan sel-sel tubuh badan.

  • Peningkatan usia

Semakin meningkat usia semakin banyak penyakit yang akan didapati oleh mereka. Justeru itu, penjagaan pemakanan yang betul dari awal PENTING bagi memastikan kelestarian hidup semasa tua.

  • Gaya hidup yang kurang sihat

Lebih mengambil makanan yang manis dan kurang mengambil makanan yang tinggi serat juga boleh menyebabkan paras gula dalam darah meningkat tanpa kawalan.

  • Kurang melakukan aktiviti fizikal

Aktiviti fizikal merupakan salah satu aktiviti yang mampu meningkatkan atau mengekalkan berat badan secara keseluruhannya bagi memastikan tubuh badan sentiasa sihat.

Aktiviti fizikal ini boleh dilakukan disebabkan pelbagai sebab antaranya:-

√ Meningkatkan pertumbuhan dan pembesaran,

√ Mencegah penuaan

√ Menguatkan otot dan sistem jantung

√ Menurunkan berat badan

Aktiviti fizikal ini juga mampu MENCEGAH diri daripada mendapatkan penyakit TIGA SERANGKAI (Diabetes, Kolesterol Tinggi, Darah tinggi).

“Mencegah lebih baik daripada merawat”

Antara Fizikal Aktiviti yang digalakkan adalah:- 

a) Berjogging selama 15-30 minit dalam sehari, 5kali seminggu (Tingkatkan intensiti mengikut kemampuan individu)

b) Berjalan pantas 

c) Berbasikal sama ada menggunakan atas track atau berbasikal di taman

Kawalan dan rawatan awal bagi pesakit Diabetes Mellitus mampu MENGELAKKAN pesakit daripada mendapat komplikasi yang teruk pada masa akan datang. Tiada yang mustahil dalam mengawal penyakit ini. Ianya akan mudah dikawal sekiranya pesakit itu sendiri yang mahu mengawal.

***SELAMAT MENYAMBUT HARI DIABETES SEDUNIA***

Rujukan:
1) http://www.myhealth.gov.my/kencing-manis-2/

2) https://www.healthline.com/health/diabetes#:~:text=Diabetes%20mellitus%2C%20commonly%20known%20as,the%20insulin%20it%20does%20make.

3) http://www.moh.gov.my

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh