Apa Itu Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)

ADHD adalah Attention Deficit Hyperactive Disorder atau di dalam bahasa Melayu dikenali sebagai Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif. ADHD adalah satu kecelaruan tingkahlaku yang biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak. Justeru itu, sekiranya doktor mengesahkan anak anda mempunyai masalah ini jangan terkejut malahan ketahui dahulu apa itu ADHD.

TAHUKAH ANDA!!!

Terdapat 3 jenis keadaan anak ADHD iaitu mereka yang kurang tumpuan, hiperaktif atau jenis yang menurut kata hati. Justeru itu, sebagai ibu bapa ketahui dahalu anak anda di dalam kumpulan ADHD yang mana agar anak mudah untuk mengawal mereka.

Kanak-kanak ADHD ini mempunyai masalah hiperaktif serta sukar memberikan tumpuann kerana kebolehannya yang terhad untuk memberi tumpuan. Pada masa yang samma, tumpuan mereka akan lebih tertumpu kepada apa yang mereka mahukan sahaja. Justeru itu, bagi anak seperti ini ibu bapa perlu lebih bersabar dalam mendidik mereka.

Masalah ini menjadi ketara pada sesetengah kanak-kanak terutamanya pada peringkat prasekolah dan sekolah rendah. Justeru itu, ketahui cara penjagaan kanak-kanak ADHD ini agar mereka boleh dikawal dan dijaga seperti anak-anak yang lain.

Simptom kanak-kanak ADHD

Antara simptom yang boleh dilihat oleh ibu bapa adalah:-

1) Hiperaktif

ADHD

  • Kerap mengerakkan tangan atau kaki
  • Tidak boleh duduk di suatu tempat dalam jangka masa yang lama
  • Gemar berlari dan melakukan aktiviti yang ekstrem
  • Sukar melakukan aktiviti di dalam keadaan senyap dan sunyi

2) Kurang daya tumpuan

ADHD

  • Sukar memberikan tumpuan ketika berada di dalam kelas
  • Sering mengalami masalah dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh cikgu
  • Tumpuan mudah bertukar dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain

3) Gemar mengikut kata hati

  • Kurang sabar dan kerap menghadapi masalah ketika menunggu giliran
  • Gemar menggangu dan mencelah di dalam perbualan orang lain
  • Sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan kerana kerap mengikut kata hati

Selain daripda 3 simptom ini, anak-anak ADHD ini juga sukar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang di kelas. Hal ini disebabkan mereka sering mengalami gangguan dalam. Justeru itu, ibu bapa perlu bijak dalam mendidik anak-anak. Anggaplah ADHD itu satu kekurang anak untuk dijadikan ujian kita sebagai ibu bapa dalam mendidik anak. 

“Berhenti mencari punca, tetapi bermulalah mencari jalan penyelesaian kerana mereka jufa TIDAK mahu dilahirkan seperti ini”

Cara Menangani Masalah ADHD

Terdapat pelbagai cara untuk menangani masalah ADHA ini. Justeru itu, di dalam menangani masalah ini pelbagai pihak perlu memainkan peranan agar mereka mampu berdikari dengan sendirinya tanpa pantawan ibu bapa 24 jam. Antara cara menangani masalah ini adalah:-

a) Berjumpa dengan doktor

Dalam apa juga masalah yang dihadapi oleh anak, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan nasihat yang sewajarnya agar masalah anak dapat diselesaikan dengan sempurna.

ELAKKAN diri berasa malu untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi mengambil langkah yang seterusnya dalam penjagaan anak isitimewa ini. 

Dapatkan bantuan terapi sokongan di hospital bagi membantu anak ADHD ini. Bantuan terapi sokongan ini merangkumi 3 intervensi iaitu khidmat perundingan, sokongan emosi dan intervensi krisi.

Setiap anak istimewa ini mempunyai cara yang berbeza untuk mendidik mereka justeru itu ibu bapa perlu bertanya kepada mereka yang arif untuk mendidik mereka. Dapatkan khidmat nasihat pakar pada awal permasalah ini agar emosi anak dan ibu bapa tidak terganggu

b) Sokongan

Dalam setiap permasalahan, sokongan itu amat penting. Justeru itu, dapatkan sokongan agar tiada emosi yang terganggu. Antara sokongan yang dapat membantu adalah:-

1) Sokongan daripada ahli keluaraga

Sokongan daripada ahli keluarga ini sangat penting kepada kanak-kanak ADHD ini. Hal ini disebabkan ahli keluarga mampu membawa anak melibatkan di di dalam aktiviti bersama orang ramai seperti mewarna, melukis, menyanyi dll. Menerusi aktiviti seperti ini mengajar mereka bergaul dengan orang ramai dan belajar untuk mengawal perasaan mereka. 

PENTING!!!

Ibu bapa perlu memberikan penerangan kepada ahli keluarga TERUTAMANYA adik beradik kanak-kanak ini berkenaan dengan kekurangan yang di alaminya. Ianya bagi MENGELAKKAN adik beradik yang lain menyingung perasaan kanak-kanak ini.

***Mendidik anak istimewa sememangnya mencabar tetapi nikmat akan kejayaan mendidik mereka adalah satu hadiah yang tiada nilainya***

2) Sokongan daripada pihak sekolah

Didikan ibu bapa di rumah sahaja tidak mencukupi malahan mereka juga perlu mendapatkan didikan yang secukupnya di sekolah agar akhlak mereka terpilihara. Justeru itu ibu bapa WAJIB memberitahu akan masalah yang dihadapi oleh anak agar guru ketahui mengapa anak didiknya menjadi seperti itu.

Sekiranya mereka sudah tahu akan keadaan semasa anak muridnya, maka mereka boleh mengambil langkah yang seterusnya bagi memudahkan lagi sesi pembelajaran anak-anak disekolah.

Antara langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah adalah:-

  • Memberi sokongan motivasi agar mereka fokus di dalam kelas seperti ganjaran atau hadiah sekiranya berjaya melakukan sesuatu
  • Mengajar anak murid berkomunikasi dengan rakan seusia dengan betul
  • Mengajar anak murid menyelesaikan masalah sekiranya menghadapi masalah
  • Membantu mendidik menjalani hubungan interpersonal dengan pelajar lain

Mendidik anak bukan seperti mendidik kucing cara-cara untuk pergi ke tanda. Tetapi, cara mendidik anak adalah berbeza-beza mengikuti keadaan anak-anak. Justeru itu, fahami anak dan ikuti kelebihan dan kelemahan yang mereka ada agar mereka tidak rasa merendah diri dengan apa yang mereka perolehi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh