Amalkan Gaya Hidup Sihat

Amalkan gaya hidup sihat perlu diamalkan dalam kehidupan seharian. Ianya merupakan kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat iaitu makan secara sihat, tidak merokok, lakukan aktiviti fizikal dan belajar menangani stress.

Amalkan Gaya Hidup Sihat

Amalan gaya hidup sihat ini perlu dipraktikan untuk kehidupan seharian. Hal ini agar anda akan mudah untuk memperoleh segala faedah daripada amalan tersebut.

Antara faedah mengamalkan cara hidup sihat adalah:-

  • Meningkatkan status kesihatan tubuh badan
  • Dapat MENGURANGKAN risiko anda mendapat daripada pelbagai penyakit
  • Mendapatkan stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan akan datang
  • Menjadikan anda LEBIH produktif sama ada di rumah atau di tempat kerja 

Setelah anda ketahui kepelbagaian faedah sekiranya anda mengamalkan cara hidup sihat ini, anda perlu juga ketahui apakah amalan tersebut. Antara amalan gaya hidup sihat adalah:-

1) Makan secara sihat

Amalkan gaya hidup sihat


Makan secara sihat ini bermaksud anda perlu pelbagaikan pilihan dalam semua jenis makanan harian. Ianya bagi memastikan anda mendapat nutrisi yang sempurna. Justeru itu, untuk amalan gaya hidup yang sihat anda perlu pelbagaikan pilihan dalam semua jenis makanan.

  • ELAKKAN diri daripada MENGHADKAN pemilihan makanan dalam sehari.
  • ELAKKAN pengambilan makanan yang rendah gula, garam dan lemak secara berlebihan
  • DISARANKAN pengambilan makanan seharian mengikut Pyramid Makanan
  • ELAKKAN skip, waktu makanan utama (sarapan, tengah hari & malam)
“TIDAK DISARANKAN untuk skip waktu makanan utama kerana ditakuti akan berlakunya “Binge eating”

KLIK DISINI untuk mengetahui pemilihan makanan yang betul mengikuti Pyramid Makanan Malaysia 2020

2) Tidak Merokok

Amalkan gaya hidup sihat

Merokok ini membahayakan kerana kandungan rokok itu sendiri sudah membahayakan. Pada masa yang sama, merokok mampu meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius.

Baca Juga :   Microsleep Adakah Ianya Merbahaya Atau Tidak?

TAHUKAH ANDA!!!

Asap rokok menggandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser. Justeru itu, BUKAN sahaja mereka yang menghisap rokok dalam bahaya malahan mereka yang menjadi perokok pasif juga bahaya.

Tips untuk berhentik merokok:-

  • Istiqomah dan ingat mereka yang disayangi
  • Ambil ubat atau gula-gula untuk berhenti merokok (Alternatif dan usaha terbaik untuk berhenti merokok)
  • Tumpukan perhatian kepada perkara yang boleh menghilangkan rasa untuk merokok
  • Berpuasa
  • Dapatkan sokongan dan sokongan moral daripada ahli keluarga 

3) Lakukan Aktiviti Fizikal

Amalkan gaya hidup sihat

Apabila sebut sahaja aktiviti fizikal, ianya merangkumi semua pergerakan yang mampu mengeluarkan peluh pada tubuh badan. Yang membezakan aktiviti fizikal harian dan aktiviti fizikal (senaman) adalah dari segi kekerapan dan masa yang ada. Justeru itu, anda sendiri perlu ketahui aktiviti fizikal apakah yang anda sedang lakukan. 

a) Aktiviti Fizikal Harian

Aktiviti Fizikal harian adalah satu aktiviti yang memerlukan anda melakukan aktiviti tersebut setiap hari seperti berjalan, memasak, menyidai pakaian, bekerja dll. Aktiviti ini sudah dikira sebagai rutin harian yang tidak mampu untuk membakar lemak dalam kuantiti yang banyak. TETAPI masih ada lagi ada jumlah lemak yang bakal di bakar tetapi TIDAK BANYAK.

b) Aktiviti Fizikal (Senaman)

Aktiviti Fizikal (senaman) merupakan satu aktiviti yang memerlukan masa yang banyak dan kadar intensiti yang berbeza-beza untuk melakukannya. Aktiviti fizikal ini dikenali sebagai senaman. Aktiviti inilah yang memerlukan anda untuk melakukan aktiviti selama 30 minit sehingga satu jam dan kadar intensiti yang berbeza mengikut keperluan tubuh badan.

Antara contoh aktiviti fizikal (senaman) adalah:-

  • Jogging
  • Berbasikal
  • Berenang dll

Semua jenis aktiviti fizikal ini memerlukan masa dan kadar intensiti yang berbeza. Justeru itu, anda sendiri perlu bijak dalam kenali setiap satu jenis aktiviti fizikal yang anda sedang lakukan. Hal ini bagi memudahkan lagi anda dalam menjalani kehidupan harian anda secara tenang dan selesa.

Baca Juga :   Apa Itu Diabetes Mellitus Dan Faktor
***ANDA AKTIF ANDA AKAN SIHAT***

Diharapkan dengan wujudnya perkongsian mengenai amalan gaya hidup yang sihat ini dapat meningkatkan semula taraf kehidupan orang ramai. Kesihatan itu anugerah yang terindah daripada ALLAH SWT kerana dengan sihatnya tubuh badan anda mampu untuk melakukan ibadat dengan sempurna, mampu mencari rezeki untuk ahli keluarga dan melakukan amalan bersedekah yang berterusan. Justeru itu, cuba mengamalkan amalan gaya hidup sihat ini untuk masa hadapan dan kesejahteraan kehidupan anda.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh