Amalan Selepas Bersara Untuk Mencegah Dementia

Ikuti amalan Selepas Bersara Untuk mencegah dementia. Dementia adalah sejenis masalah penyakit yang berkaitan dengan daya ingatan yang disebabkan oleh kematian sel-sel otak secara abnormal. Dalam erti kata yang mudah dementia ini adalah penyakit pelupa yang berlaku di sebabkan faktor peningkatan usia. 

INFO TAMBAHAN!!!

Proses kematian sel-sel otak menyebabkan otak mula mengecut dan sekiranya proses ini lebih cepat terjadi maka seseorang itu mempunyai risiko yang tinggi menghidap dementia dengan lebih mudah.

Terdapat faktor lain selain daripada faktor peningkatan usia seseorang itu boleh mendapat dementia.

Antara faktor penyebab yang lain adalah:-

  • Alzheimer
  • Parkinson

Kedua-dua penyakit ini seringkali dikaitakan dengan dementia kerana kedua-dua penyakit ini juga melibatkan saraf pada bahagian otak. Dementia bukan sahaja boleh berlaku kepada mereka yang sudah berusia, dementia juga boleh berlaku kepada kanak-kanak atau golongan muda TETAPI ianya JARANG DIJUMPAI.

Tanda-tanda Dementia

Antara tanda-tanda awal yang boleh menunjukan bahawa anda mempunyai masalah dementia ini adalah:-

  1. Hilang daya ingatan yang menyebabkan masalah dalam pekerjaan atau perjalanan kehidupan
  2. Masalah dengan aktiviti harian yang sering dilakukan seperti masak, mandi dan memakai pakaian
  3. Sukar mencari perkataan yang mudah atau sukar untuk menerangkan akan sesuatu perkara
  4. Hilang keupayaan membuat penilaian
  5. Perubahan emosi secara tiba-tiba, biasanya tanpa sebab yang munasabah
  6. Perubahan dari segi perwatakan
  7. Hilang minat dan kecenderungan dalam pekerjaan dan hobi

Walau bagaimana sekalipun, TIDAK semua orang mempunyai tanda-tanda dementia ini. Justeru itu, orang sekeliling perlu lebih peka akan setiap perubahan yang berlaku oleh ibu bapa mereka yang sudah meningkat usia. ELAKKAN mereka tinggal berseorangan tanpa ada sesiapa yang menemaninya.

Amalan Selepas Bersara Untuk Mencegah Dementia

Kredit Gambar : Kementerian Kesihatan Malaysia

Amalan selepas bersara untuk mencegah dementia boleh diamalkan bagi langkah pencegahan. Walau bagaimana sekalipun, dementia pasti akan berlaku di sebabkan faktor usia TETAPI ianya boleh dielakkan sekiranya:-

1) Membaca dan menghafal ayat Al-Quran

Ayat al-quran adalah kalam ALLAH SWT, justeru itu amalan menghafal dan membaca ayat Al-Quran mampu menjadikan ingatan seseorang itu lebih tajam. Bacalah Al-Quran maka anda TIDAK akan pernah rugi. Bukan sahaja ketenangan dan pahala yang diperoleh tetapi dapat mengatasi masalah nyayuk semasa berusia emas. 

2) Belajar perkara baru

Pelajarilah perkara baru yang boleh menjadikan anda tetap peka akan sesuatu. Dengan mempelajari sesuatu yang baru mampu meningkatkan lagi daya ingat untuk sentiasa berfikir. Sebagai contoh, ikuti pembelajaran seperti:-

  • Menjahit
  • Bercucuk taman
  • Melukis
  • Bertukang
  • Bermain muzik
  • Menghadiri kelas taranum Al-Quran

3) Tenangkan fikir dan ELAKKAN stress

Mencegah dementia

Stress merupakan salah satu racun yang sukar untuk kita selesaikan. Justeru itu, sekiranya kita mengalami tekanan yang terlalu sukar untuk diungkap. Ambil masa untuk bertenang dan tarik nafas yang dalam agar segala masa itu boleh dikurangkan. 

Cara tangani stress yang teruk adalah dengan:-

  • Pergi rehatkan minda dengan berada di kawasan yang tenang seperti tepi laut atau lihat alam semulajadi
  • Amalkan pernafasan dalam dan perlahan
  • Luahkan semua permasalahan stress itu kepada mereka yang BOLEH DIPERCAYAI
  • Tunaikan solat wajid dan perbanyakkan ibadah solat sunat

4) ELAKKAN aktiviti harian anda kosong

Bagi mereka yang sudah terbiasa bekerja, tanpa aktiviti bagi mengisi masa lapang boleh menyebabkan mereka mudah loss. Sekiranya perkara itu berlaku maka ianya akan menyebabkan seseorang itu mudah untuk mendapat dementia. Walau pun telah bersara, jika masih sihat dan kuat, kita boleh cari aktiviti baru yang mana setiap hari kita boleh beraktiviti dan berjumpa atau berkomunikasi dengan orang lain supaya fizikal, metal dan emosi kekal berfungsi seperti sebelum bersara atau berpencen.  

“ELAKKAN berseorangan kerana dengan tinggal berseorangan tanpa ada peneman untuk berbual ditakuti akan menyebabkan seseorang itu mudah mendapat dementia”

5) Dapatkan pencahayaan yang segar

Pencahayaan yang segar biasanya dapat membantu seseorang itu lebih mudah untuk sihat. Hal ini disebabkan, pencahayaan ini penting dalam memberikan seseorang itu vitamin dan mineral yang baik.

Setiap satu aktiviti yang boleh diamalkan selepas bersara adalah bagus untuk mencegah masalah dementia ini. Walau bagaimana sekalipun, rawatan atau amalan yang terbaik bagi mencegah dementia ini adalah membaca dan menghafal Al-Quran. Hal ini disebabkan Al-Quran adalah teman yang terbaik buat setiap insan yang bernama manusia.

Rujukan:-

http://www.myhealth.gov.my/en/demensia/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh