Ibu

Amalan Pemakanan Semasa Berpantang

Pemakanan wanita semasa berpantang perlu dijaga dengan sebaiknya.  Setiap wanita yang baru sahaja melahirkan anak WAJIB menjaga kesihatan dan dijadikan amalan wanita bagi menjadikan tubuh badan sihat seperti asal. Pada kebiasaannya, amalan penjagaan kesihatan diri selepas bersalin mengikut budaya atau etnik masing-masing. Tiada istilah amalan ini salah dan amalan itu betul kerana setiap budaya mempunyai kepercayaan amalan turun temurun. 

Amalan pemakanan

Tetapi, kebiasaannya kebanyakan budaya akan mengakui bahawa selepas sahaja wanita melahirkan anak, tubuh wanita akan menjadi lemah dan kemungkinan akan berlakunya kerosakan dalaman. Ianya disebabkan semasa proses kelahiran bayi wanita banyak kehilangan darah dan semasa itu pelbagai urat akan menjadi lemah.

Justeru itu, amalan berpantang amatlah DIGALAKKAN kepada semua budaya. Tujuan berpantang adalah bagi memperbetulkan, menjaga dan merawat segala kerosakan dalaman tubuh badan agar tubuh menjadi sihat seperti sediakala.

Ianya termasuklah pemulihan semasa:-

√ Kehilangan darah ketika bersalin
√ Pengecutan rahim
√ Keseimbangan hormon
√ ketegangan urat saraf semasa proses bersalin
√ Kehilangan tenaga semasa proses bersalin

“Tempoh berpantang dianggap sebagai masa berehat yang paling berkualiti bagi ibu kerana tempoh berpantang adalah bagi merawat, menyucikan dan memulihkan tubuh selepas melahirkan”.

Amalan berpantang ada berbeza setiap budaya dan etnik. Walau bagaimana sekalipun, tiada kajian yang menyeluruh berkenaan dengan pantang larang semasa bersalin, ianya hanyalah kepercayaan turun temurun pada zaman dahulu. TETAPI tidak salah sekiranya kita mengikuti segala pantang larang yang menjadi ikutan dari zaman berzaman asalkan ianya tidak memberikan kesan negatif dalam tubuh badan kita.

Setiap budaya atau etnik mempunyai tempoh berpantang yang berbeza -beza. Tempoh berpantang bagi suku kaum MELAYU adalah selama 40-44 hari, manakala tempoh berpantang bagi kaum CINA pula adalah selama 30 hari SAHAJA. Dan akhir sekali INDIA, tempoh berpantang dalam 30-40 hari. Disebabkan oleh tempoh masa berpantang berbeza-beza maka cara berpantang juga adalah berbeza-beza.

1) Diet yang seimbang

Berpantang

Tiada diet atau makanan yang khusus buat ibu yang baru sahaja melahirkan bayi. TETAPI sudah menjadi kebiasaan, kita mendengar pelbagai jenis makanan pantang apabila ibu baru sahaja melahirkan. Secara jujurnya, boleh sahaja ibu yang baru melahirkan mengikuti segala diet pemakanan bagi wanita yang sedang berpantang TETAPI jangan sampai ianya MEMUDARATKAN tubuh badan.

PERINGATAN!!!
Tiada halangan jika ibu yang baru melahirkan bayi ingin mengamalkan pantang-larang dalam pemakanan daripada zaman berzaman tetapi perlu diingati bahawa KUNCI UTAMA dalam setiap amalan pemakanan adalah DIET SEIMBANG dan MAKAN SECARA SIHAT bagi memastikan ibu dan bayi sentiasa sihat dan dapat semua nutrisi yang diperlukan.

Pasti ibu-ibu di luar sana mempunyai amalan pemakanan bagi ibu yang baru melahirkan. Malahan dalam amalan berpantang terdapat jenis ikan atau protein yang TIDAK BOLEH dimakan. Sekiranya terdapat beberapa jenis ikan yang tidak boleh dimakan, maka GANTIKANLAH ikan tersebut dengan jenis ikan yang boleh dimakan bagi memastikan ibu mendapat nutrisi yang mencukupi dan mampu memberikan bayi susu yang berkhasiat.

“Pengambilan protein yang mencukupi membantu dalam mempercepatkan proses pemulihan luka selepas bersalin”

Amalan pemakanan

Jangan lupa ambil buah-buahan bagi meningkatkan kandungan vitamin dan mineral dalam tubuh badan. Tujuan peningkatan pengambilan buah-buahan adalah bagi meningkatkan pengambilan serat dalam diet ibu selepas melahirkan.

“Serat membantu dalam melancarkan pembuangan najis bagi mencegah masalah sembelit yang selalu berlaku dalam kalangan ibu yang baru melahirkan bayi”.

2) Pengambilan air yang mencukupi

Sesetengah amalan berpantang adalah halangan mengambil air yang banyak dalam seharian. Hal ini disebabkan, orang zaman dahulu beranggapan bahawa pengambilan air yang banyak ketika berpantang akan menyebabkan urat saraf menjadi kembang.

INFO!!!
Ibu yang menyusukan perlu mengambil air sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari kerana pengambilan air yang mencukupi membantu dalam penghasilan susu yang mencukupi.

Berpantang penting bagi memulihkan semula segala kerosakan tubuh badan ketika bersalin TETAPI jangan mengamalkan amalan berpantang yang bakal memudaratkan tubuh badan anda sendiri. Sayangi tubuh badan anda kerana tubuh badan tidak boleh diganti dengan tubuh badan yang baru. Tidak salah untuk mengikuti amalan turun temurun asalkan tidak memudaratkan tubuh badan.

 

***Semua Pilihan Ditangan Anda***

Rujukan:-
1) http://www.myhealth.gov.my/pemakanan-semasa-berpantang/
2) https://www.nestle.com.my/nutrition_health_wellness/how_am_i/health_and_nutrition_for_everyone/nutrition_for_women/best_foods_for_new_mothers_during_the_confinement_period_bm
3) http://tcm.moh.gov.my
4) https://www.healthhub.sg/live-healthy/1651/dos-and-donts-of-asian-confinement

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh