Ajari Anak Erti Bersyukur Yang Sebenar

Anak akan mengikut segala telunjuk yang di ajari oleh ibu bapa. Justeru itu, ibu bapa perlu ajari anak erti bersyukur yang sebenar agar mereka tidak akan mengeluh sekiranya terdapat kekurangan akan sesuatu. Sebelum mengajari anak erti bersyukur ibu bapa sendiri perlu memahami erti syukur yang sebenar.

Syurkur adalah pengakuan terhadap nikmat yang dikurniakan ALLAH yang disertai dengan ketundukan kepadanya dan mempergunakan nikmat tersebut sesuai dengan kehendak ALLAH. 

“Syukur adalah menggunkan nikmat ALLAH menurut kehendak ALLAH sebagai pemberi nikmat”

Sekiranya kita sebagai ibu bapa sering mengamalkan erti bersyukur yang sebenar ini maka mudahlah untuk mendidik anak. Hal ini adalah disebabkan anak adalah sehelai kain putih yang bakal bertukar warna mengikut didikan daripada ibu bapa. Maka bagi memastikan kain putih itu kekal putih ibu bapa sendiri perlu bijak dalam mendidik mereka.

Ajari Anak Erti Bersyukur Yang sebenar

Ajari Anak Erti Bersyukur

Ajari anak erti bersyukur yang sebenar agar ibu bapa mudah untuk membentuk hati nurani anak pada masa akan datang. Kepentingan mendidik anak erti bersyukur adalah bagi menjadikan anak:-

1) Anak sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka miliki

Sekiranya ibu bapa tidak mendidik anak bersyukur dengan apa yang mereka miliki maka mereka akan lebih terjerumus untuk membandingkan kelebihan orang lain dengan mereka. Hal ini akan menyebabkan timbul rasa:-

  • Riak,
  • Takbur,
  • Tidak berpuas hati dengan apa yang mereka sudah miliki. 

Sekiranya timbul perasaan ini maka sukarlah buat ibu bapa untuk melunturkan keegoaan anak-anak. Jsuteru itu, amat PENTING buat ibu bapa menerapkan sifat bersyukur dengan segala apa yang diperolehi oleh mereka tidak kira kecil atau besar.

2) Didik erti bersyukur agar mereka mampu menundukan nafsu

Baca Juga :   Ubat Cepat Sembuh Luka Bersalin Paling Berkesan



Semakin banyak kita bersyukur dengan nikmat yang ALLAH SWT berikan semakin mudah untuk kita mengawal nafsu. Hal ini disebabkan syukur itu mampu mengawal diri daripada melakukan pembaziran yang bakal membawa kita ke neraka. 

TAHUKAH ANDA!!!

Amalan membazir itu adalah amalan syaitan. Maka untuk mengelakkan diri kita menjadi sahabat baik kepada syaitan kita perlu MENGELAKKAN diri daripada melakukan pembaziran.

Didik anak-anak agar berbelanja secarra berhemah dan mengikut kemampuan. Ajarai mereka perbezaan di antarai keperluan dan kehendak. Sekiranya mereka mampu membezakanya maka lebih mudahlah untuk mengawal perbelanjaan anak dan mampu mengelakkan pembaziran.

3) ELAKKAN anak memberontak ketika tidak memperolehi sesuatu

Ramadan : Peluang Terbaik Meluangkan Masa Bersama Anak


Sifat memberontak merupakan satu sifat manusia yang TIDAK BERSYUKUR dengan segala nikmat yang ALLAH SWT berikan. Maka, ELAKKAN anak sering memberontak bagi memperolehi apa yang mereka mahukan. Ajari mereka supaya tidak memberontak sekiranya tidak dapat apa yang mereka mahukan malahan didiklah anak agar bersyukur dengan apa yang anda sudah perolehi. 

“Didik anak agar bersyukur supaya rezeki mudah hadir dan ELAKKAN sifat suka memberontak tanpa sebab”

4) Didik anak menghargai harta yang ada

Ajari Anak Erti Bersyukur

Menghargai sesuatu yang masih menjadi hak hakiki adalah suatu perbuatan yang baik. Hal ini disebabkan oleh, penghargaan akan sesuatu itu mampu mendidik anak menjadi seorang bersyukur tanpa menilai akan harga mahupun rupa. 

TAHUKAH ANDA!!!

Manusia yang mampu mengharai harta yang ada merupakan manusia yang paling setia kerana mereka mampu menghargai harta mereka daripada yang baru sehinggalah sudah usang.

Bukankah itu tandanya setia?

5) Didik anak maksud rezeki itu milik ALLAH SWT

Dalam mendidik anak, kita perlu bijak dalam memberi penerangan yang jelas. Sebagai contoh, untuk menjalani kehiudpan yang diredhai oleh ALLAH kita pelru sentiasa bersyukur dengan apa yang ALLAH berikan.

Baca Juga :   Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Petugas Hadapan

Rezeki yang selama ini kita miliki hanyalah pinjaman daripada ALLAH dan apabila tiba masanya ALLAH akan ambil bila-bila masa, maka berlajarlah erti bersyukur agar kita tidak akan sedih apabila rezeki itu di tarik oleh ALLAH.

Terlihat mudah untuk mendidik anak untuk kenali erti bersyukur yang sebernar tetapi sebenarnya sukar. Justeru itu, ibu bapalah yang pelru menjadi role model yang terbaik buat anak-anak agar mereka mampu mengerti erti syukur yang sebenar.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh