Adakah Bahaya Langkau Waktu Makan Utama

Bahaya langkau waktu makan utama untuk dewasa atau kanak-kanak adalah bahaya. Justeru itu, anda perlu ketahui adakah bahaya langkau waktu makanan yang utama itu. Bagi ketahui sama ada ianya bahaya atau TIDAK, anda perlu tetap membaca penulisan ini sehingga habis agar anda mudah untuk fahami apa yang hendak di sampaikan sebenarnya.

APAKAH MAKSUD WAKTU MAKANAN UTAMA???

Maksud mudah waktu makanan utama adalah 3 waktu makanan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam. 3 waktu makan ini merupakan waktu makan yang PENTING untuk mendapatkan kebaikan kepada kesihatan diri. 

Adakah Bahaya Langkau Waktu Makan Utama

Bahaya Langkau Waktu Makan


Sebelum kami menerangkan sama ada bahaya atau tidak sekiranya melangkau waktu makanan utama, kami ingin menerangkan dahulu maksud langkau waktu makan adalah MENINGGALKAN salah satu waktu makan utama. 3 Waktu makan utama adalah:-

  • Sarapan : 6.30 sehingga 8.30 pagi (atau dua jam selepas bangun tidur adalah waktu sarapan yang paling lewat untuk sarapan)
  • Tengah hari : 12.30 sehingga 2.30 (PASTIKAN waktu makan ini tetap bagi mereka yang mempunyai penyakit 3 serangkai)
  • Makan malam : 6.00 sehingga 8.30 malam

TAHUKAH ANDA!!!

3 waktu makan utama ini sangat DISARANKAN untuk mendapat waktu yang tetap untuk makan ianya baik untuk memastikan kadar paras gula dalam darah stabil atau normal. Disebabkan oleh itu, SANGATLAH PENTING untuk kesihatan tubuh badan anda.

Kesan anda Melangkau Waktu Makan Utama

Terdapat beberapa kesan sekiranya anda melangkau waktu makan utama anda dalam seharian. Antara kesannya adalah:-

1) Kelesuan atau keletihan

Bahaya Langkau Waktu Makan

Kelesuan dan keletihan ini biasanya berlaku sekiranya anda TIDAK mengambil sarapan pagi setiap hari. Justeru itu, amatlah PENTING untuk anda TERUTAMANYA kanak-kanak atau golongan yang sudah bekerja untuk mengambil sarapan pagi. 

TAHUKAH ANDA!!!

Sarapan pagi amat penting bagi memastikan kita sentiasa bertenaga di siang hari. Sarapan pagi merupakan salah satu cara untuk kita replenish semula tenaga yang telah digunakan sebelum ini.

Baca Juga :   Cara Persiapkan Anak Menyambut Ramadan

2) Terlalu lapar dan seterusnya mengambil makan secara berlebihan 

TAHUKAH ANDA!!!

Terlalu lapar akan menyebabkan kebarangkalian untuk mengambil makanan secara berlebihan adalah sangat tinggi. Justeru itu, sangat DIGALAKKAN untuk mengambil makanan 3 waktu makan bagi MENGELAKKAN anda daripada kerap mengambil binge eating dalam satu masa.

Tips sihat untuk MENGELAKKAN diri anda daipada makan secara berlebihan adalah seperti:-

  • Pastikan dalam beg ada biskut atau roti
  • Sentiasa pastikan anda mengambil sarapan sebelum keluar rumah
  • Tetapkan masa makan tengah hari bagi MENGELAKKAN anda daripada makan secara berlebihan dalam satu masa makan utama

3) KURANG tumpuan semasa belajar atau bekerja

Sekiranya anda langkau waktu makan utama, anda akan kehilangan tumpuan ketika belajar atau bekerja. Justeru itu, amatlah DIGALAKKAN bagi setiap pelajar terutamanya mengambil sarapan bagi sekurang-kurangnya biskut dan susu untuk mengekalkan tumpuan pembelajaran dan tenaga. 

4) Mudah jatuh sakit dan KURANG NUTRISI

Bagi mereka yang gemar langkau waktu makan utama, mereka akan mudah jatuh sakit kerana tubuh badan kekurangan nutrisi tubuh. Pada masa yang sama, kekerapan melangkau waktu makan utama akan menyebabkan tubuh badan mudah untuk kekurangan nutrisi. Justeru itu, AMATALAH DIGALAKKAN untuk MENGELAKKAN diri daripada melangkau waktu makan utama TERUTAMANYA sarapan pagi dan tengah hari.

Tindakan untuk Mengelakkan Langkau Waktu Makan Utama

Tindakan untuk mengelakkan anda daripada kerap melangkau waktu makan utama adalah seperti:-

a) Makan pada waktu yang tetap

Waktu makan yang tetap akan membantu anda untuk TIDAK melangkau waktu makan utama. Justeru itu, anda perlu mempunyai masa yang tetap untuk makan.

***ANDA LAKUKAN MAKA ANDA AKAN PEROLEH MANFAATNYA***

b) Ketahui kepentingan makanan utama harian

Dalam setiap satu perkara yang dilakukan perlu tahu kepentingannya. Sama juga dengan faktor penyebab kepentingan melangkau waktu makan utama. Sekiranya anda tahu kepentingan 3 waktu makan utama pasti anda tidak akan memlangkau waktu makan tersebut.

Baca Juga :   Cara Untuk Merawat Masalah Sembelit

Setelah anda membaca penulisan ini pasti anda sudah ketahui sama ada bahaya atau tidak anda melangkau waktu makan utama ini. Sebenarnya TIDAK bahaya untuk anda melangkau waktu makan utama tetapi bahaya sekiranya anda sudah terbiasa melangkaui waktu makan tersebut.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh