9 Cara Isteri Lakukan Untuk Menambat Hati Suami

9 Cara Isteri Lakukan Untuk Menambat Hati Suami. Alam perkahwinan sememangnya berbunga-bunga pada tahun pertama perkahwinan. Setiap satu yang dilakukan oleh pasangan anda adalah cantik di pandangan mata sehingga tiada satu pun kekurangan yang terlihat di mata kasar setiap pasangan. Kehidupan baru yang dibina seolah-olah satu kehidupan fantasi yang tidak dapat diungkapkan lagi. TETAPI bagaimana hendak kita mengekalkan hubungan yang berbunga-bunga ini sehingga akhir hayat kita bersama insan yang bernama suami.

Biasa kita melihat dan mendengar berita kes penceraian berlaku kerana hilang persefahaman antara pasangan, faktor ekonomi, kurangnya ilmu agama, orang ketiga dan lain-lain sebab. Justeru itu, setiap pasangan perlu bijak dalam menyelesaikan masalah dalaman ini setelah melangkahkan kaki ke alam perkahwinan. Isteri perlu bijak untuk menambat hati suami semula sekiranya terasa diri semakin jauh dengan suami.

9 Cara Isteri Lakukan Untuk Menambat Hati Suami
Justeru itu, bagi mengekalkan hubungan yang semanis madu daripada awal perkahwinan sehingga akhirnya, isteri perlu mengambil langkah dahulu. Antara perkara yang perlu isteri lakukan untuk menambat hati suami adalah dengan cara:-

9 Cara Isteri Lakukan Untuk Menambat Hati Suami

1) Mengambil berat akan penampilan suami

Perkara yang selalu pasangan kurang ambil berat adalah kurang menjaga penampilan suami dengan alasan takut suami diambil orang. TETAPI ramai tidak tahu dengan menjaga penampilan suami mampu menambat hati suami dalam diam. Dengan cara menjaga penampilan suami akan membuatkan si suami sentiasa mengingati Isterinya dan penampilan suami juga mencerminkan bagaimana penjagaan isterinya. 

Bukan semua suami suka isterinya sentiasa menjaga penampilan mereka kerana bagi lelaki yang metroseksual mereka lebih mudah untuk menjaga penampilan sendiri. Tetapi tidak salah untuk si isteri mencuba untuk memberikan cadangan akan penampilan si suami kerana kita tidak tahu bagaimana ibu mereka menjaga penampilan mereka sebelum ini. Dan dengan cara mengambil berat akan penampilan mereka ini boleh memberikan sedikit ruang kepada suami untuk bermanja dengan isteri.

“Menjaga segala keperluan suami bukanlah menjadikan si isteri hamba kepada suami TETAPI dengan menjaga keterampilan suami mampu membuatkan suami sentiasa mengingati si isteri”

2) Sentiasa berhias khas buat suami

Sebagai wanita yang bergelar isteri, perkara penting yang perlu dilakukan adalah sentiasa berhias buat suami BUKAN berhias di hadapan lelaki yang bukan mahram.

Sekiranya, isteri sentiasa berhias dihadapan suami maka suami TIDAK akan ada peluang untuk mencari lain kerana telah mempunyai isteri yang secantik bidadari. Sekiranya sudah selesai berhias maka sambutlah kepulangan suami di hadapan pintu dengan senyum bukan masalah.

“Lagipun, berhias khas untuk suami akan menyebabkan isteri mendapatkan pahala, kerana syurga itu bukan percuma maka simpanlah pahala sebanyak yang mungkin”

3) ELAKKAN diri daripada sering berleter akan sesuatu perkara yang tidak penting

Lumrah seorang yang bergelar wanita, berleter atau membebel adalah satu hobi bagi mereka. Tetapi, sebagai seorang yang bergelar isteri, ELAKKAN diri daripada berleter perkara yang tidak penting atau perkara yang boleh diselesaikan.

Bukan apa, terkadang ada suami yang tidak suka mendengar leteran isteri dan boleh menyebabkan suami bosan untuk berada di rumah. Justeru itu, bagi mengelakkan masalah ini berlaku maka ELAKKAN diri daripada terus berleter pada perkara yang tidak penting.

4) Memasak makanan kesukaan suami

 

“Kasih sayang akan terjalin sekiranya isteri menjaga perut suami”

Maksud ayat ini adalah, setiap kali suami makan makanan daripada air tangan isteri maka ianya boleh menjadi pengikat kasih sayang. Hal ini disebabkan air tangan isteri mempunyai misteri yang sukar untuk dirungkai. Pada masa yang sama, masakan yang disediakan oleh isteri juga akan dihargai oleh suami kerana sifat seorang lelaki suka untuk dimanjakan walaupun seketika.

Kita tidak akan nampak kesannya kerana penat menyediakan makanan buat suami pada masa kini TETAPI kita akan dapat lihat kesannya pada masa suami berjauhan dengan kita, mereka pasti akan merindui masakan isteri. Justeru itu, masaklah untuk suami walaupun hanya sepingan nasi goreng bagi wanita yang sibuk bekerja kerana air tangan isteri tiada tolak bandingnya.

5) Sentiasa menemani suami makan

Lumrah suami suka untuk dimanjakan, jadi menemani mereka di meja makan juga merupakan satu cara untuk mengekalkan hubungan kasih sayang itu. Dan buat pengetahuan isteri, cara ini adalah saya cara yang paling mudah untuk dilakukan bagi menambat hati suami kerana dengan menemaninya makan mampu menerbitkan bibit-bibit cinta yang tidak terlihat.

6) Sediakan tempat tidur yang eksklusif buat suami

Apabila sebut sahaja tempat tidur, semua sudah faham bahawa kawasan yang sangat banyak menyimpan rahsia suami isteri. Di sinilah tempat tersemainya kasih sayang yang hanya pasang itu sahaja yang ketahui. Justeru itu, jadikan bilik tidur salah satu tempat anda mencurahkan kasih sayang dan tempat yang menenangkan jiwa pasangan yang sedang bercelaru dek kerja yang tidak pernah selesai.

Jadi, isteri perlu lebih kreatif dalam menyediakan tempat tidur buat suami. Jadikan tempat tidur salah satu tempat di mana suami mampu menenangkan jiwa.

7) Jangan kuat merajuk

Merajuk-merajuk manja mampu mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri TETAPI sekiranya kerap merajuk tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan suami bosan untuk melayaninya. Justeru itu, jangan terlalu kuat merajuk tanpa sebab kerana suami akan lelah untuk melayaninya dan menyebabkan suami hilang idea untuk memujuk serta hilang keromatikan si suami.

 

“Merajuk manja-manja mampu mengeratkan hubungan suami isteri TETAPI sekiranya kerap merajuk akan menyebabkan suami penat mencari idea untuk memujuk dan akan mengurangkan sifat romantik pada suami”

8) Jadi pendengar yang setia

Menjadi pendengar yang setia sekiranya suami memerlukan seseorang untuk berkongsi masalah. Jangan pernah membangkang akan sesuatu TETAPI jadilah pendengar yang mampu memberikan telingan untuk mendengar dan boleh menjadi pemberi idea yang bernas buat suami.

9) Menjadi makmum ketika solat

Perkara yang paling penting dalam menambah hati suami adalah menjadi makmum ketika menunaikan solat. Nampak seperti mudah untuk menjadi makmum dalam solat TETAPI terkadang perkara inilah yang kita abaikan. Sentiasa menunaikan solat bersama-sama mampu mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara suami isteri.

Secara keseluruhannya, setiap satu perbuatan yang dilakukan oleh isteri mampu menjadi memori terindah buat suami. Justeru itu, setiap perbuatan yang dilontarkan kepada suami memberi impak yang besar kepada diri dan mampu menambat hati mereka dalam diam. Kebahagiaan sesebuah rumah tangga adalah bergantung kepada kedua-dua belah pihak bukan hanya pada sebelah pihak sahaja.

“Cinta yang disemai akan kekal abadi sekiranya kedua-dua belah pihak memainkan peranan masing-masing. Isteri bukan hamba, tetapi isteri adalah bidadari buat suami”

 

“Semailah cinta kerana Allah nescaya Allah akan semakkan cinta yang kekal abadi buat pasangan suami isteri”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh