8 Langkah Pencegahan “Mask Acne”

Pada era Normal Baharu ini, kita di WAJIB kan menggunakan pelitup hidung dan mulut (face mask) walau dimana juga kita berada (ketika berada dikawasan yang sesak atau berhadapan dengan orang yang ramai). Justeru itu, pasti ramai yang akan mengalami masalah jerawat di atas kekerapan penggunaan face mask ini. Disebabkan oleh itu,wujudlah “mask acne” yang menyebabkan ramai wanita di luar sana takuti.

Face mask sememangnya mampu mengawal penularan virus COVID -19 dalam kalangan masyarakat TETAPI tidak dinafikan wujud juga kesan sampingan di atas penggunaan face mask yang berpanjangan. Antara kesan sampingan penggunaan face mask yang berpanjangan adalah masalah jerawat di kawasan permukaan muka yang dikenali sebagai “mask acne”.

“Mask Acne adalah jerawat di sebabkan oleh penggunan face mask dalam jangka masa yang panjang”

Sebelum ramai berasa bimbang kesan sampingan penggunaan face mask yang terlalu panjang boleh menyebabkan “mask acne”. Perlu umum ketahui faktor penyebab berlakunya jerawat selain daripada penggunaan face mask ini. Jerawat yang banyak boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri dan stress.

Bagi mengelakkan semua ini berlaku ketahui dahulu FAKTOR penyebab berlakunya “mask acne” agar kita mampu MENCEGAH penularan jerawat di kawasan permukaan muka.

Faktor Penyebab berlakunya “Mask Acne”

Antara faktor penyebab kehadiran jerawat di kawasan permukaan muka adalah disebabkan oleh:-

1) Tidur yang tidak mencukupi dalam sehari

Mask acne

Kitaran tidur yang tidak teratur atau tidur yang tidak mencukupi boleh menjadi salah satu faktor anda mendapatkan masalah jerawat ini. Hal ini disebabkan, masalah tidur yang tidak mencukupi ini boleh menyebabkan badan tidak dapat mengawal hormon dengan teratur. Pada masa yang sama, tidur yang tidak cukup dalam sehari juga boleh merosakkan sistem imun tubuh dalam badan individu.

“Saranan masa TIDUR dalam sehari adalah 8 jam TETAPI ELAKKAN tidur waktu siang secara berlebihan bagi menggurangkan rasa mengantuk kerana tidur siang mampu menyebabkan tubuh berasa letih dengan lebih kerap lagi”

2) Stress dengan keadaan semasa

Stress bukan punca utama penyebab kehadiran jerawat TETAPI stress boleh memburukkan keadaan jerawat di sekitar kawasan muka. Hal ini disebabkan semasa stress level kortisol dalam tubuh meningkat. Ianya akan mengakibatkan tubuh menghasilkan lebih banyak minyak yang akan menyebabkan kulit bertambah minyak dari biasa.

“Kehadiran minyak yang banyak dikawasan permukaan muka akan menyebabkan kehadiran jerawat”

TAHUKAH ANDA!!!

Kehadiran minyak yang bercampur dengan sel kulit dan bakteria akan menghasilka sebum. Sebum yang banyak akan menyebabkan pori kulit tersumbat dan menimbulkan jerawat.

 

3) Kesan sampingan di sebabkan penggunaan produk baharu yang tidak sesuai dengan kulit

Pengunaan produk baharu yang TIDAK sesuai dengan kulit muka juga boleh menyebabkan masalah jerawat ini boleh timbul. Justeru itu, pengguna perlu bijak dalam mencuba sesuatu produk baharu dengan ketahui dahulu kesan sampingan penggunaan produk baharu itu.

4) Faktor pemakanan yang KURANG sihat/ tepat

Pemilihan makanan juga menjadi salah satu faktor penyebab seseorang itu mengalami masalah kulit berjerawat yang teruk. Justeru itu, bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat yang sukar dikawal mereka DISARANKAN untuk memilih makanan yang kurang berminyak atau bergoreng. Hal ini bagi mengurangkan penghasilan minyak dikawasan bermukaan muka kerana pemilihan makanan yang kurang sihat.

“Amalkan pemilihan makanan yang sihat dan amalkan gaya hidup yang sihat bagi mendapatkan hasil kulit yang cantik tanpa jerawat”

Keempat-empat faktor di atas boleh menyebabkan berlakunya jerawat dan penggunaan face mask hanyalah asbab berlakunya jerawat.

Tetapi, sekiranya anda masih lagi merasakan face mask adalah punya penyebab anda mendapatkan masalah jerawat ini terdapat beberapa langkah penjagaan yang boleh anda ikuti agar masalah “mask acne” ini boleh DIELAKKAN.

8 Langkah Pencegahan “Mask Acne”

Mask acne

Antara langkah pencegahan “mask acne” adalah seperti berikut:-

1) Kerap cuci muka dengan air suam atau pencuci muka

Sudah menjadi rutin harian walaupun bukan masa pandemik ini, WAJIB mencuci muka 2 kali sehari. Justeru itu, amalkan mencuci muka setiap hari bagi membuang segala kekotoran yang ada di kawasan permulaan muka.

2) Gunakan pelembap muka sebelum memakai pelitup muka

Penggunaan pelembab muka bagi MENGELAKKAN kekeringan pada kawasan permukaan muka. Sekiranya muka terlalu kering, kulit akan menghasilkan sendiri kelembapan tetapi kelembapan ini akan menyebabkan kulit bertambah berminyak kerana kulit mahukan kelembapan.

“Penghasilan minyak (kelembapan) secara semulajadi akan menyebabkan kehadiran jerawat tanpa disedari”
3) ELAKKAN bersolek jika memakai pelitup muka
“Bahan solekkan akan menyebabkan kehadiran jerawat kerana bahan solekkan akan menghalang pori kulit”

Pakai pelitup muka yang sesuai.


Ciri-ciri pelitup muka yang sesuai adalah:-

  • Selesa dipakai dan tidak terlalu ketat
  • Sekurang-kurangnya fabrik dwi lapisan
  • Fabrik daripada bahan semulajadi yang lembut dan mudah untuk bernafas seperti kapas
  • Sapu krim antibiotik sebelum memakai pelitup muka

Sapuan antibiotik JIKA perlu sahaja kerana kehadiran jerawat yang tidak terkawal. Sekiranya TIDAK perlu amalkan sahaja cara seperti di atas.

4) Tanggalkan pelitup muka selama 15 minit bagi setiap 4 jam (jenis pakai buang)

Tujuan membuka seketika pelitup muka agar kawasan permukaan muka ini mendapat oksigen atau udara yang segar.

“PASTIKAN semasa membuka pelitup muka itu, anda berada di kawasan yang TIDAK sesak kerana ditakuti anda mendatangkan BAHAYA pada diri sendiri kerana kadar keboleh jangkitan kepada mereka yang tidak memakai pelitup muka adalah tinggi”

5) Gunakan pelitup muka yang baharu setiap 4-6 jam sekali

“Pertukaran pelitup muka 4-6 jam sekali bagi memastikan kebersihan di kawasan muka”

6) Basuh pelitup muka kain setiap kali selepas digunakan

Pelitup muka atau face mask tidak salah TETAPI yang salah adalah diri individu itu sendiri kerana anda sendiri TIDAK BIJAK dalam penjagaan diri sendiri. Amalkan segala langkah pencegahan “mask acne” agar anda tidak mendapatkan masalah ini. Selain itu, selalulah lakukan check list bagi faktor penyebab berlakunya jerawat.

Rujukan:- 

1) http://www.myhealth.gov.my/en/face-mask/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh