Ibu

8 Cara Mudah Untuk Memerahkan Bibir

Bibir adalah aset yang mahal buat setiap insan. Justeru itu, cara mudah untuk memerahkan bibir akan dikongsikan disini. Sudah menjadi kebiasaan bagi memerahkan bibir kita menggunakan lip balm atau lipstik.

Justeru itu, pada penulisan kali ini kami akan berkongsikan cara mudah untuk memerahkan bibir secara semulajadi tanpa menggunakan lip balm mahupun lipstik.

Cara Mudah Untuk Memerahkan Bibir

Cara mudah untuk memerahkan bibir

Antara cara mudah untuk memerahkan bibir adalah dengan:-

1) Campuran Lemon dan madu

Cara mudah untuk memerahkan bibir


Campuran Lemon dan Madu mampu memberikan keserian kepada bibir. Hal ini disebabkan oleh, Lemon mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi dan Madu mempunyai khasiat anti-oxidant yang tinggi. Disebabkan oleh itu, gabungan Lemon dan Madu ini mampu membantu dalam memerahkan bibir secara semulajadi tanpa menggunakan apa-apa penambahan bahan kimia.

“Cara ini amat sesuai bagi mereka yang mempunyai alahan terhadap bahan kimia”

Cara campuran Lemon dan Madu bagi memerahkan bibir adalah dengan :-

● 1/2 sudu kecil jus Lemon yang sudah diperah
● Campurkan sedikit madu di dalam perahan Lemon
● Tambahan sedikit gliserin atau gantikkan dengan gula
● Selepas itu gaulkan semua bahan tersebut dan sapukan campuran itu di bibir semalaman atau 10-20minit (sekiranya ditakuti akan di datangi semut)

INFO TAMBAHAN!!!

Gliserin merupakan cecair yang agak pekat yang boleh membeku jika disejukkan. Ianya boleh terlarut di dalam air atau alkohol TETAPI TIDAK di dalam minyak. Gliserin boleh diperoleh daripada sumber semulajadi (lemak tumbuhan atau haiwan). Walaubagaimanapun ianya juga boleh dihasilkan secara sintetik daripada petrokimia. Kebanyakkan gliserin digunakan sebagai agen pelembap dalam sesuatu produk pelembap bibir.

2) Campuran madu dan gula sebagai skrub

Campuran madu dan gula bagi menjadikan skrub secara semulajadi tanpa penambahan bahan kimia.
Penggunaan skrub mampu menjadikan bibir sangat lembut. Ianya sangat bagus untuk penjagaan kulit bibir yang lembut.

Cara penggunaan campuran madu dan gula:-

Baca Juga :   Amalan Pemakanan Semasa Berpantang

●Campurkan gula dan madu (1sudu kecil gula + 1 sudu kecil madu)
●Gosok campuran gula (skrub) ke bibir Selama 1 minit selepas itu cuci bibir bagi MENGELAKKAN semut menghigap ke bibir

Skrub ini bagus kerana ianya akan mengelupas sel-sel kulit mati dengan lembut. Skrub ini bukan sahaja mampu membantu bibir mengelupasan, tetapi juga meningkatkan peredaran darah di bibir, menjadikannya lebih sihat dan ringan seiring berjalannya waktu.

Gosok di bibir anda selama beberapa minit sebelum mencucinya dengan air biasa. Ulangi urutan ini 2 atau 3 kali seminggu sehingga anda melihat hasil yang ketara.

3) Minyak zaitun


Minyak zaitun boleh membantu dalam melindungi bibir dari kering dan pecah. Gunakan seperti cara anda menggunakan lipbalm atau jeli petroleum (vaselin). Sapukan sedikit minyak zaitun apabila bibir anda terasa kering, dan gunakan sedikit pada waktu malam untuk melembabkan bibir.

“Anda boleh menggabungkan minyak zaitun dengan gula untuk menjadikan skrub bibir bagi pengahsilan skrub secara semulajadi”

PERINGATAN!!!

Walaupun, minyak zaitun dapat membantu bibir anda tetap terhidrasi, tetapu ianya mungkin tidak akan berfungsi dengan baik dalam jangka masa panjang sebagai produk yang dirumuskan khusus untuk melembapkan bibir. Hal ini disebabkan, penggunaan minyak yang berlebihan boleh menyebabkan jerawat dan kerengsaan pada kulit di sekitar mulut terutamanya jika anda sudah mempunyai kulit berminyak.

***Walaupun mempunyai pelbagai kebaikan TETAPI anda tetap perlu sentiasa bersederhana dalam setiap penggunaan***

4) Beetroot (ubi bit)

Untuk meringankan bibir yang gelap dan berpigmen, gunakan scrub bit (beetroot) untuk mengelupas bibir anda.

Caranya menghasilkan scrub bit adalah dengan cara:-

●Campurkan satu sudu jus bit dengan satu sudu teh gula dan 1 sudu jus lemon.
●Gaul sehingga sebati
●Gosokkan bibir dengan menggunakan gerakan bulat.
Biarkan selama kira-kira 10 minit dan basuh dengan air sejuk. Ianya mampu mengembalikan semula kemerahan dan keanjalan bibir anda secara semulajadi.

Keayuan bibir adalah keghairahan setiap wanita, jadi sebagai wanita anda perlu bijak dalam penghasilan bibir merah semulajadi.

Baca Juga :   5 Kebaikan Dan Khasiat Buah Tomato

5) Perbanyakkan minum air kosong


Pertingkatkan pengambilan air kosong dapat membantu menghidrat dan pengedaran darah dengan sempurna. Kedua-dua ini membantu secara semulajadi dalam proses memerahkan bibir. Tidak perlu menggunakan lipbalm sekiranya anda mampu memerahkan bibir secara semulajadi.

PERINGATAN!!!

Pastikan pengambilan air mencukupi dalam sehari (8 gelas/hari, 1 gelas = 250ml air)

6) Gosok bibir menggunakan ubat gigi

Selain mengosok gigi, ubat gigi boleh digunakan sebagai skrub bibir. Proses ini boleh membuang sel-sel mati di bibir serta mengalakkan pembinaan kolegen pada kulit bibir. Gunakanlah berus gigi untuk membersihkan bibir, bersihkannya bibir selama 3-4 minit selepas itu cucikannya menggunakan air suam. Selepas beberapa ketika pasti anda akan melihat perubahan pada bahagian bibir anda.

7) Lipbalm buah-buahan segar

Selain menggunakan lip balm bagi memastikan bibir sentiasa lembab, anda juga boleh membuat lip balm secara semulajadi. Ianya lebih menjimatkan wang anda.

Bahan-bahannya adalah:-

●Buah-buat segar (strawberi, buah naga, delima, beri merah) lenyek sehingga lumut.

“Pilih jenis buah yang mempunyai warna merah yang asli agar dapat mengekalkan kemerahan bibir secara semulajadi”
  • Campurkan sedikit madu
  • Sapukan di bahagian bibir sekerap yang mungkin
  • ​Cuci apabila ianya kering (lakukan sekerap mungkin untuk mendapatkan kes yang positif)

INFO!!!

Buah-buahan segar BUKAN sahaja mampu membantu melembapkan bibir TETAPI ianya juga memberi nutrisi yang tersendiri buat si pemakainya

8) Limau nipis

TAHUKAH ANDA!!!

Limau nipis merupakan salah satu sumber vitamin C, justeru itu limau nipis mampu membantu dalam proses memerahkan bibir. Tetapi perlu diingati, limau nipis merupakan salah satu buah yang mempunyai asid yang tinggi justeru itu elakkan air perahan limau nipis ini masuk ke dalam mulut ketika anda sedang perut kosong. Ditakuti akan berlakunya gastrik.

Baca Juga :   Senarai Makanan Berpantang Lepas Bersalin

Cara penggunaanya:-

  • Perah jus limau nipis sebanyak 2-3 suda kecil dan bancuhkan bersama air suam. Setelah selesai membancuh, sapukan air bancuhan pada bibir selama 10-15 minit dan cuci dengan air suam selepas itu (lakukan selama 1-3 kali/hari).

Bukan mudah untuk memastikan bibir kelihatan cantik secara semulajadi. Tetapi sekiranya anda rajin menjaga kulit bibir anda, bibir anda pasti akan terlihat cantik dan berseri-seri.

***Pilihan ada ditangan anda***

Rujukkan:-
1) https://www.mingguanwanita.my/9-petua-semula-jadi-agar-bibir-yang-kusam-kembali-berseri-merah-bak-delima-tak-perlu-pakai-gincu/



One Response

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh