Tips menggalakkan anak bercakap dengan cepat agar anda lebih lebih mudah menjadi rakan berbual ibu bapa. Tips ini sangat berguna bagi anak-anak yang lambat bercakap walaupun sudah mencecah usia 2 hingga 3 tahun.
Ketika usia itu pasti ramai ibu bapa berasa bimbang kerana anak masih tidak pandai bercakap, justeru itu bacalah tips menggalakkan anak bercakap dengan cepat bagi membantu memudahkan lagi urusan ibu bapa mengajar anak bercakap.
“Lambat bercakap itu normal ketika usia bawah 2 tahun walaubagaimana sekalipun sekiranya usia anak sudah mencecah 2 tahun lebih masih TIDAK boleh bercakap DIGALAKKAN untuk membawa anak berjumpa pakar”
7 Tips Menggalakkan Anak Bercakap Dengan Cepat
Antara tips menggalakan anak bercakap dengan cepat adalah dengan :-
1) Mulakan perkataan pendek dan mudah
Ketika sedang merangsang perkembangan bahasa anak, ibu bapa DIGALAKKAN menggunakan perkataan pendek dan mudah untuk difahami. Pada masa yang sama, anda harus bercakap dengan jelas dan ringkas.
Ajari perkataan mudah dan beserta contoh. Ianya bagi memudahkan anak kenal dan tahu untuk ungkapkan seperti
- Anggota tubuh mata (eg: mata, hitung, telinga)
- Baju
- Seluar
- Kasut
Apabila usia anak sudah mulai mudah untuk ikuti apa yang diajari, ibu bapa boleh tambahkan ilmu dengan cara menyanyi lagu-lagu mudah. Ianya bagi merangsang lagi minda anak dan membantu anak mempelajari irama pertuturan. Justeru itu, ibu bapa yang perlu menjadi suri tauladan yang terbaik dari segi pertuturan.
2) Beri masa dan ruang untuk anak proses apa yang sudah dipelajari
Antara faktor penyebab anak lambat bertutur atau bercakap adalah disebabkan oleh:-
- Masalah pada otot pertuturan
- Masalah pendengaran
- Kurang rangsangan bahasa
- Faktor keturunan
- Terlalu lama dengan peranti Elektronik
Disebabkan faktor-faktor ini boleh menyebabkan anak lambat bercakap. Justeru itu, sekiranya ketika usia 2 tahun dan ke atas anak masih belum boleh bertutur sangat DISARANKAN untuk membawa anak berjumpa pakar. Hal ini bagi mempercepatkan lagi proses pemulihan.
3) Kekalkan pandangan mata
Berikan tumpuan kepada anak semasa mereka sedang bercakap dengan anda. Dengan pandangan mata mampu membantu memperbetulkan pertuturan anak sekiranya pertuturan mereka salah. ELAKKAN daripada memarahi anak sekiranya anak tersilap pertuturan malahan perbetulkanlah dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Ianya mampu mempercepatkan lagi proses pembelajaran buat anak-anak.
Berikan pujian dalam setiap perkataan baru yang mereka cuba untuk ungkapkan. Hal ini dapat membantu anak untuk mempelajari sesuatu yang baru dan meningkatkan semangat untuk belajar perkara baharu dalam hidup mereka.
4) Ekspresi wajah berbeza
ELAKKAN diri daripada menggunakan ekspresi wajah yang berbeza. Hal ini akan menyebabkan anak malas untuk mencuba bercakap atau berbual dengan ibu bapa mereka. Mereka akan beranggapan bahawa anda TIDAK BERMINAT untuk berbual dengan mereka kerana ekspresi wajah tidak menunjukan keikhlasan dalam mendengar.
TAHUKAH ANDA!!!
Salah satu cara ajar anak bercakap adalah dengan menunjukkan ekspresi wajah yang pelbagai. Hal ini bagi mengajar mereka untuk lebih fahami akan sesuatu perkara.
5) Gunakan tona suara yang berbeza
Nada suara juga memainkan peranan penting dalam mengajar anak bercakap. Tona suara yang berbeza dapat membantu menarik minat dan tumpuan anak kepada apa yang sedang diucapkan oleh ibu bapa. ELAKKAN menjerit ketika bercakap kerana ianya akan membuatkan anak terkejut dan takut. Nada tona suara yang berbeza dapat membantu anak anda meniru dan berlatih suara serta nada yang berbeza.
6) Gunakan sebutan yang jelas
PERINGATAN!!!
Ketika mengajar anak bertutur atau bercakap ELAKKAN menggunakan bahasa kanak-kanak atau pelat. TIADA istilah bahasa pelat buat anak-anak kerana anak akan mengikuti setiap pertuturan yang dikeluarkan dari mulut ibu bapa.
Terkadang ibu bapa beranggapan perucapan pelat itu mampu mendekatkan diri dengan anak-anak tetapi sebenarnya TIDAK. Ianya akan melambatkan lagi perkembangan minda dan pertuturan anak. Justeru itu, ucap sahaja menggunakan sebutan yang jelas dan betul. Sekiranya anak pelat perbetulkan ucapan sehingga anak mampu berucap dengan betul.
7) Gunakan perkataan yang betul
Gunakan perkataan yang betul ketika mengajar anak bercakap. Ianya dapat membantu mengembangkan perbendaharaan kata anak-anak. Pada masa yang sama, ianya dapat membantu anak memperlajari perkataan yang baharu dalam kamus kehidupan mereka.
7 tips ini sangat penting untuk ibu bapa ketahui agar tidak tersalah langkah dalam mengajar anak untuk bercakap. Anak adalah anugerah yang terindah buat ibu bapa. Maka perindahkanlah cara mendidik anak agar mereka mudah untuk memperlajari sesuatu yang baharu dalam kehidupan seharian mereka.