7 Khasiat Dan Manfaat Bunga Cengkih

Bunga cengkih


Pasti mereka yang sering ke dapur akan mengenali apa itu bunga cengkih. Bunga cengkih terdapat pelbagai khasiat dan manfaat yang terkadang kita sebagai pengguna juga tidak ketahuinya. Justeru itu, hari ini kami akan menulis serba sedkit berkenaan dengan khasiat dan manfaat bunga cengkih.

Khasiat dan Manfaat Bunga Cengkih

Antara khasiat atau manfaat bunga cengkih adalah:-

1) Menaikkan aroma dalam makanan

Bagi ibu-ibu yang sering menyediakan makanan menggunakan bahan tambahan seperti bunga cengkih ini pasti akan ketahui aroma bunga cengkih yang harum di dalam masakan. Aroma ini mampu meningkatkan selera makan seseorang yang sedah hilang selera makan. Hal ini disebabkan, aroma wangian hasil daripada bunga cengkih ini tiada tolok bandingnya.

2) Mengawal serangga

TAHUKAH ANDA!!!

Bunga cengkih mampu mengawal serangga perosak di halaman rumah. Bunga cengkih ini adalah pembunuh serangga perosak secara organik tanpa menggunakan tambahan bahan kimia yang boleh mencemarkan alam sekitar.

Cara-cara menghasilkan serangga perosak menggunakan bunga cengkih adalah:-

  • Rebus 2 sudu besar bunga cengkih ke dalam 1L air
  • Biarkan air rebusan mendidih dan matikan api selepas air tersebut mendidih (Tunggu seketika air rebusan itu sejuk)
  • Masukkan air rebusan tersebut ke dalam botol semburan dan sembur seluruh permukaan tanaman TERUTAMANYA di bahagian bawah daun dan pangkal pokok.
  • Dengan itu tanaman anda dapat dicegah daripada dirosakkan oleh serangga perosak.

 

3) Mencegah kehadiran semut

Semut merupakan musuh utama manusia di dalam makanan. Semut bukanlah jahat tetapi ianya sejenis spesis serangga yang rajin mencari makanan untuk meneruskan hidup. Justeru itu, semut pasti akan hadir di kawasan permukaan yang mempunyai makanan.

Jadi, cara untuk mengelakkan kehadiran semut di kawasan tanaman atau kawasan makanan adalah menggunakan bunga cengkih. Cara penyediaan nya adalah mudah sahaja, kisar bunga cengkih secukupnya dan taburkan kisaran tadi di kawasan yang kelihatan kehadiran semut. Selepas itu, pasti semut akan lari kerana semut tidak menyukai bau haruman daripada bunga cengkit.

“Walaupun tiada kajian yang mengatakan bunga cengkih mampu menghalau semut tetapi sekiranya kita mencuba untuk mengurangkan kehadiran semut di kawasan tanaman mahupun kawasan yang mempunyai makanan maka anda boleh mencuba teknik ini”

***Sesungguhnya mencegah lebih baik daripada merawat***

4) Mencegah kehadiran lalat

Bunga cengkih disifatkan sebagai alat yang mampu untuk mencegah kehadiran lalat. Hal ini disebabkan, lalat gemar kepada bau-bauan makanan, lalat akan datang untuk menghingap pada makanan.

Baca Juga :   Anak Istimewa, Adakah Anugerah?

Justeru itu, bunga cengkih ini mampu menghalang kehadiran lalat. Caranya mudah sahaja, ambil buah apple atau limau atau buah yang lembut tapi boleh diletakkan begitu sahaja di atas meja.

Setelah itu, cucukkan bunga cengkih pada buah tersebut. Dengan kewujudan bau bunga cengkih, ianya mampu menukar bau haruman makanan kepada bau haruman bunga cengkih.

Setelah itu, lalat juga tidak akan menghigap ke makanan lagi dan kita tidak akan takut untuk makan. Tetapi, jangan pernah di lupakan untuk menutup makanan dengan penutup makanan walaupun sudah meletakkan bunga cengkih di kawasan yang mempunyai makanan. Kerana sesungguhnya kita tidak ketahui berapa lama bunga cengkih ini mampu menghalang lalat daripada menghigap di makanan.

5) Pencegahan nyamuk

Bunga cengkih


Bunga cengkih juga mampu berfungsi sebagai pencegah nyamuk/ menghalau nyamuk secara semulajadi. Cara menggunakannya amat muda dan sangat menjimatkan. menghalau Campurkan air perahan lemon dan bunga cengkih selepas itu biarkan campuran tersebut di kawasan yang mempunyai banyak nyamuk.

Nyamuk akan berkurangan TETAPI ia tetap bergantung kepada jenis nyamuk di sekitar kawasan rumah anda. Sekiranya terlalu banyak nyamuk di kawasan persekitaran maka besar kemungkinan penggunaan cara semulajadi ini tidak membantu.

“Tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru tetapi pastikan ianya tidak merosakan persekitaran malam. Sayangi bumi kita”

6) Membantu menghilangkan bau mulut


Dengan haruman bunga cengkih yang semula jadi, ianya mampu membantu mehilangkan bau pada bahagian mulut. Bau mulut terjadi disebabkan oleh :-

  • Carries
  • Gusi kerap berdarah
  • Penggunaan gigi palsu
  • Merokok
  • Penyakit kegagalan fungsi ginjal

Juateru itu, terdapat 2 cara untuk menghilangkan bau mulut secara semulajadi. Antara caranya adalah:-

a) Ambil bunga cengkih yang masih segar atau yang sudah kering, kunyah sehingga lumat ATAU
b) Tumbuk 10 biji bunga cengkih sehingga lumat beserta 3 ulas bawang putih kemudian gosokan ke gigi dan berkumur-kumur sehingga bersih lakukannya 3 hari sekali.

Baca Juga :   Ramadan : Peluang Terbaik Meluangkan Masa Bersama Anak

Walaupun ianya agak sukar kerana bunga cengkih bukanlah suatu jenis makanan yang sedap dimakan tetapi demi merawat masalah bau mulut anda perlu mencuba teknik ini. Sesungguhnya penggunaan bunga cengkih dalam merawat bau mulut adalah salah satu cara tradisional dan semulajadi.

7) Menghilangkan bau peti sejuk

Peti sejuk akan mengeluarkan pelbagai bau-bauan disebabkan oleh percampuran pelbagai barangan di dalamnya. Justeru itu, bagi mereka yang gemar menyimpan pelbagai jenis makana terdapat satu tip untuk menghilangkan bau peti sejuk disebabkan oleh kepelbagaian makanan yang ada di dalamnya.

Tips mudah dan menjimatkan adalah masukkan segelas kecil bunga cengkih ke dalam peti sejuk dan biarkan bau keaslian bunga cengkih menutupi segala bau-bauan dari dalam peti sejuk.

Terkadang kita sukar untuk percaya khasiat mahupun manfaat cengkih bunga ini kerana ianya jarang digunakan. Tetapi sebenarnya tidak salah untuk mencuba segala tips yang berguna ini. Kerana sesungguhnya bunga cengkih ini murah dan mudah untuk didapati.

Rujukan:-
1) http://www.myhealth.gov.my/adakah-anda-mengalami-masalah-nafas-atau-mulut-berbau-halitosis/




Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh