6 Tips Yang Mudah Untuk Hamil

6 Tips yang mudah untuk hamil. Bagi setiap pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga, perkara yang selalu bermain diminda mereka adalah cahaya mata. Bukan apa, soalan cahaya mata akan menjadi topik yang hangat selepas mereka mendirikan rumahtangga TERUTAMANYA ketika semua ahli keluarga berkumpul. Justeru itu, bagi pasangan yang lambat atau sukar untuk mendapatkan cahaya mata, jangan pernah kecewa tetap berusaha bagi mendapatkan cahaya mata.

Cahaya mata adalah pengikat hubungan cinta dua insan, justeru itu jangan pernah tertekan sekiranya kita belum mampu untuk mendapatkan cahaya mata. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.

Mudah Untuk Hamil

tip untuk mudah hamil

Sekiranya, setiap kali percubaan belum berjaya jangan give up sebab setiap manusia punyai rezeki yang berbeza. Mungkin kita lambat untuk mendapatkan cahaya mata TETAPI rezeki lain Allah beri lebih daripada orang lain, jadi JANGAN pernah BERSANGKA BURUK dengan Allah.

Disini, kami akan berkongsi serba sedikit berkenaan dengan tip untuk mudah hamil bagi mereka yang sukar untuk hamil. Antara Tips untuk hamil adalah:-

Tips Untuk Mudah Hamil

a) Jangan ambil pil perancangan hamil

Sekiranya pasangan TIADA perancangan untuk merancang kehamilan. Maka ELAKKAN pengambilan pil perancang. Hal ini disebabkan oleh pengambilan pil perancang akan menghalang seseorang itu untuk hamil.

“Hal ini di sebabkan oleh pengambilan pil pencegah kehamilan dalam tempoh masa yang panjang akan menyebabkan tubuh badan mengambil sedikit masa untuk mula mengeluarkan telur dengan lebih teratur bagi meningkatkan peluang kehamilan”

Antara contoh pil perancang (brand) yang sering diambil adalah:-
√ Yasmin
√ Yaz
√ Diane-35
√ Noriday
√ Postinor

PERINGATAN!!!

Penggambilan pil perancang harus mendapat konsulltasi daripada Doktor atau Ahli Farmasi dahulu. Hal ini di sebabkan, pil perancangan merupakan salah satu ubat yang terkawal.

b) Tahu tarikh/ waktu subur anda

Bagi mereka yang sudah menjalani bahtera perkahwinan, tarikh subur merupakan salah satu tarikh penting buat pasangan. Hal ini disebabkan, tarikh subur merupakan salah satu tarikh penting dan merupakan satu kesalahan bagi mana-mana pasangan yang TIDAK alert akan tarikh kesuburan mereka.

Cara mudah untuk mengetahui Tarikh Kesuburan adalah dengan:-

  1. Mencatitkan tarikh subur di kalender atau aplikasi yang ada di telefon bimbit bagi memastikan pasangan alert akan tarikh kesuburan.
  2. Letak alarm pada telefon pintar

c) Lakukan hubungan sebelum anda Ovulasi

Bagi memastikan anda mudah untuk hamil, pastikan anda tahu masa anda ovulasi. Sekiranya anda tidak mengetahui cara pengiraan masa kesuburan anda (ovulation day) beli ujian ovulasi bagi memastikan masa anda subur.

Tips mengetahui hari kesuburan anda selepas haid:-
√ Menggunakan ujian ovulasi selepas anda haid
√ Mengetahui kitaran haid anda setiap bulan berapa hari (lakukan kiraan secara manual) atau
Download aplikasi bagi mengetahui tarikh kesuburan anda

Selepas mengetahui hari kesuburan anda, anda perlu melakukan hubungan 2 hari sebelum anda ovulasi.

Mengapa perlu melakukan hubungan sebelum ovulasi?
Hal ini disebabkan, 2 hari sebelum ovulasi adalah masa yang terbaik kerana sperma boleh hidup lama (lebih kurang 48 jam) jadi pensenyawaan boleh berlaku semasa hari ovulasi. Ovulasi adalah masa wanita paling subur buat semua wanita.

d) Ujian Kehamilan


Bilakah masa yang sesuai untuk melakukan Ujian kehamilan?
Masa yang paling sesuai untuk melakukan ujian kehamilan adalah seminggu selepas melakukan ATAU 4-5 hari sebelum anda haid.

PERINGATAN!!!
TETAPI pengiraan mengikuti tarikh haid agak sukar bagi mereka yang mempunyai kitaraan haid yang tidak teratur. Justeru itu, bagi mereka yang mempunyai kitaraan haid yang tidak teratur, amatlah disarankan untuk melakukan pengiraan mengikut kitaran yang terpanjang pada bulan-bulan terdekat sebelum menguji kehamilan.

Tips melakukan ujian kehamilan:-
• Bagi melaksanakan ujian kehamilan awal anda haruslah menggunakan air kencing yang pertama pada hari ujian
• Kurangkan pengambilan cecair (termasuk air) sebelum menlaksanakan ujian bagi mendapatkan keputusan yang lebih tepat

e) Amalkan gaya hidup yang sihat

Bagi sesetengah pasangan mereka tiada masalah untuk mendapatkan cahaya mata TETAPI masih belum ada rezeki untuk mendapatkan cahaya mata. Justeru itu, bagi pasangan yang tidak masalah penyakit pasangan tersebut WAJIB mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Salah satu gaya hidup yang sihat adalah:-
ELAKKAN diri pasangan kita daripada terlalu STRESS

Stress yang melampau boleh menyebabkan horman dalam tubuh badan menjadi tidak stabil. Justeru itu, elakkan diri pasangan terlalu stress memikirkan soal cahaya mata. 

ELAKKAN diri pasangan daripada TIDAK mendapatkan rehat yang mencukupi
• Rehat yang cukup mampu menimbangi semula ketidakstabilan hormon dalam tubuh badan

√ Dapatkan berat badan yang seimbang

Berat badan yang berlebihan juga salah satu faktor kesukaran untuk mendapatkan anak. TETAPI BUKAN semua pasangan yang mempunyai masalah berat badan mempunyai masalah kesukaran mendapatkan cahaya mata.

f) Doa senjata orang beriman

Berdoa dan mohon kepada Yang Maha Mencipta. Bangun di sepertiga malam, Solat Sunat Taubat, Solat Sunat Tahajud dan Solat Sunat Hajat. Mohon hajat dalam solat sunat hajat dengan penuh pengharapan kepada Allah SWT kerana DIA Yang Maha Pemberi setiap segala sesuatu. Kun fa ya kun.  

Bagi pasangan yang sudah melayari bahtera perkahwinan hampir 3-5 tahun dan masih belum punyai rezeki untuk mendapat cahaya mata anda sangat DIGALAKKAN untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang lebih lanjut.

“Ya, anak pengikat kasih sayang dalam sesebuah hubungan TETAPI sekiranya masih belum ada rezeki untuk mendapatkannya maka teruskan usaha selagi mampu. Kerana seorang imam yang baik TIDAK akan pernah melukai hati seorang yang bergelar suri dihatinya”

Rujukan:- 

1) http://www.myhealth.gov.my/perancang-keluarga/

2) https://my.clearblue.com/hamil/mitos-tentang-bagaimana-boleh-hamil

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh