Ibu

6 Panduan Cara Penyimpan Susu Perahan Ibu

Kaedah atau Panduan serta Cara Penyimpan Susu Perahan Ibu. Pada zaman serba morden ini, wanita juga mempunyai kerjaya mereka. Justeru itu, setelah tamat sahaja tempoh cuti bersalin mereka pasti risau untuk menyediakan susu yang mencukupi kepada bayi mereka sehinggakan ada yang mencampurkan susu mereka dengan susu formula. 

Adakah boleh dicampurkan susu formula dengan susu ibu?


Boleh, kerana kedua-dua susu ini bertujuan bagi memberikan bayi berasa kenyang. TETAPI kebanyakan ibu lebih gemar memberikan anak susu secara ekslusif kerana susu ibu LEBIH BANYAK  kelebihannya berbanding susu formula. Pada masa yang sama, susu ibu mempunyai nutrient yang tidak boleh didapati dalam susu formula biasa. Tetapi, susu formula akan menjadi alternatif yang terdekat sekiranya susu ibu tiada atau tidak mencukupi. KLIK DISINI  bagi ketahui cara untuk menambahkan susu badan yang semakin kurang.

Disebabkan susu ibu merupakan makanan terbaik buat bayi yang berumur 0-6 bulan maka penyimpanan susu haruslah di titik beratkan oleh seorang yang bergelar ibu agar susu yang diberikan kepada bayi tidak rosak atau tercemar. Tambahan pula susu ibu adalah salah satu jenis susu yang bersifat sensitif dan mudah untuk rosak. Jadi pengendalian susu ibu ini perlu betul dan teratur. Sekiranya susu yang diberikan rosak atau tercemar maka ianya akan menyebabkan bayi boleh mendapatkan pelbagai masalah antaranya adalah cirit-birit.

Justeru itu, kami akan berkongsi sedikit ilmu berkenaan dengan panduan dan cara penyimpanan susu perahan ibu dengan betul bagi memudahkan urusan ibu bekerjaya dalam menyediakan penyusuan secara ekslusif kepada bayi mereka.

Antara panduan dan cara penyimpanan perahan susu ibu adalah:-

1) Alatan perahan susu ibu haruslah sentiasa dalam keadaan bersih

Penyimpanan susu perahan ibu
Alatan perahan perlu berada dalam keadaan yang bersih bagi MENGELAKKAN perahan susu tercemar oleh bakteria yang kita tidak mampu melihatnya. Justeru itu, sekiranya ibu sudah bersedia untuk melakukan perahan susu maka ibu perlu memastikan mesin perahan, alatan perahan sudah bersih (botol / palstik untuk menyimpan susu perahan ibu

“Bagi mengelakkan berlakunya pencemaran silang (cross contimination) maka para ibu dinasihati agar tidak melakukan kerja lain semasa mengepam susu ibu”

2) Tempat perahan susu HARUSLAH bersih dan sesuai untuk melakukan perahan susu

Persekitaran yang bersih mampu membantu ibu mengepam susu dengan lebih selesa dan mampu menghasilkan susu yang lebih banyak. Tambahan pula, persekitaran pengepaman susu memainkan peranan penting dalam penghasilan susu ibu yang lebih berkualiti.

Penyimpanan susu perahan ibu

3) Sentiasa cooler bag yang sesuai bagi penyimpan susu perahan ibu (semasa ditempat kerja)Panduan

Susu ibu yang baru diperah boleh berada dalam keadaan suhu bilik ianya boleh bertahan sehingga 3-4 jam pada suhu 27°C sehingga 32°C. TETAPI sekiranya menggunakan bag penyimpanan (cooler bag) maka susu boleh bertahan sehingga 24 jam dengan penambahan pek ice didalam cooler bag.

“Pastikan cooler bag itu dalam keadaan suhu yang rendah bagi mengelakkan susu rosak”

√ Sentiasa simpan atau beli cooler bag yang berkualiti agar ice tidak mudah cair
√ Pastikan susu beg penyimpan susu dalam keadaan optimum
ELAKKAN diri daripada kerap membuka cooler bag setelah melakukan perahan susu.

4) Penyimpanan susu perahan ibu di dalam peti sejuk 1 pintu

Bagi mereka yang menggunakan peti sejuk 1 pintu, anda hanya boleh menyimpan perahan susu di bahagian sejuk selama 2-3 hari SAHAJA, manakala bagi atas yang beku hanya boleh menyimpan susu selama 2 minggu SAHAJA. Hal ini kerana, peti sejuk 1 pintu mempunyai pintu yang sama bagi bahagian beku dan sejuk. Justeru itu, tahap penyimpanan susu tidak boleh bertahan lama walaupun di kawasan beku.

“ELAKKAN daripada kerap membuka peti sejuk agar susu boleh bertahan lama dan ELAKKAN meletakkan susu di tepi pintu peti sejuk kerana ianya merupakan salah satu tempat yang mudah untuk mendapat perubahan suhu”

5) Penyimpanan susu perahan ibu di dalam peti sejuk 2 pintu

Bagi penyimpanan susu perahan ibu menggunakan 2 pintu, ianya akan mempunyai 2 suhu yang berbeza. Pintu bawah kebiasaan mempunyai suhu 2°C hingga 4°C bermaksud suhu boleh bertahan sehingga 2-3 hari. Berbeza dengan penyimpanan susu di tempat beku, susu boleh bertahan sehingga 3 bulan.

Tips menyahbeku susu di tempat beku:-

  • Menyahbeku susu menggunakan air panas
  • Ambil susu yang telah lama diperah (ibu perlu melabelkan susu setelah diperah bagi mengelakkan ibu mengambil susu yang baru diperah)
  • ELAKKAN daripada merebus (memanaskan) susu kerana ianya akan merosakkan khasiat susu dan terlebih memanas susu mampu merosakkan bibir bayi.

6) Simpan di dalam tempat sejuk beku (-20°C)

Bagi ibu yang menghasilkan susu terlalu banyak, ibu boleh menyimpan susu perahan di tempat sejuk beku bagi mengelakkan lagi khasiat susu walaupun setelah 3 bulan penyimpanan.

Tips penyimpanan susu di tempat sejuk beku:-

  • ​Pastikan simpan susu di belakang kawasan sejuk beku. (Ianya bagi mengelakkan suhu susu berubah-ubah akibat daripada kekerapan pembukaan kawasan tempat sejuk beku)
  • ​Gunakan alatan/ bekas yang kedap udara bagi mengelakkan susu daripada tercemar pada kawasan sekeliling
  • ​ELAKKAN meletakkan susu bersebelahan dengan bahan mentah (eg: daging, ayam atau ikan)

“Bagi ibu yang mahu melakukan teknik sejuk beku ini, ibu perlu sediakan sedikit ruang pada bahagian bekas bagi memberi ruang kepada bekas untuk membeku”

Kini tiada alasan lagi ibu sukar untuk memberikan bayi susu ibu kerana penyimpanan susu ibu mudah sahaja. Apa yang perlu ibu lakukan adalah, tahu berapa banyak kuantiti susu yang diperah agar tiada masalah dengan tempat penyimpanan dan bekas penyimpanan.

“Mencuba untuk menyimpan susu lebih baik daripada membazirkan susu ibu”

Rujukan:-
1) http://www.myhealth.gov.my/penyusuan-susu-bagi-ibu-yang-bekerja/
2) https://m.facebook.com/photo.php?fbid=3865532203473390&id=480136908679620&set=a.488576191169025&source=57

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh