6 Langkah Bijak Kurangkan Gula

Setiap manusia pasti akan menyukai rasa manis. Manis itu hadir dalam dua bentuk iaitu rasa manis semulajadi daripada buah-buahan atau masih yang disebabkan oleh penambahan perasa seperti gula, madu dan lain-lain. Justeru itu, bagi MENGELAKKAN kita mendapat penyakit kencing manis, kita WAJIB ikuti 7 langkah bijak kurangkan gula dalam diet seharian kita. 

“Manis itu lazat tetapi lagi lazat sekiranya manis itu datangnya secara semulajadi BUKAN daripada perisa tambahan”

TAHUKAH ANDA!!!

Makanan manis adalah penyumbang UTAMA peningkatakn penyakit kencing manis dalam kalangan rakyat Malaysia. Justeru itu, anda perlu BIJAK memilih makanan yang terdapat di sekeliling anda.

6 Langkah Bijak Kurangkan Gula

Langkah bijak kurangkan gula

Disebabkan terlalu tinggi kadar pesakit kencing manis dalam kalangan rakyat Malaysia, maka pihak Kementerian Kesihatan telah menyediakan 7 langkah bijak kurangkan gula dalam pemakanan seharian. Setiap orang boleh mengambil gula tetapi dallam kuantiti yang sedikit sahaja. 

INFO SIHAT!!!

Jumlah pengambilan gula yang DISARANKAN adalah 5% daripada jumlah tenaga yang diambil dalam sehari (MNT Type II Diabetes). Ianya TERMASUKLAH gula yang berada didalam makanan an minuman.

“Anda perlu bijak memilih makanan tersebut agar anda dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan pengambilan gula yang tinggi”

Antara 6 Langkah Bijak Kurangkan gula yang DISARANKAN oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah:-

1) Makan buah-buahan sebagai pencuci mulut bagi menggantikan gula 

Langkah bijak kurangkan gula

TAHUKAH ANDA!!!

Buah juga merupakan salah satu karbohidrat ringkas yang mampu meningkatkan paras gula dalam darah. Walaubagaimana sekalipun, kuantiti gula di dalam buah-buahan TIDAK setinggi gula pasir yang mampu meningkatkan paras gula dalam darah serta merta. 

SARANAN pengambilan buah-buahan dalam sehari adalah sebanyak 2-3 hidangan sehari. Pengambilan buah-buahan amatlah DISARANKAN kerana buah-buahan mempunyai nutrient yang banyak secara semula jadi.

ELAKKAN menjadikan buah-buahan ini sebagai jus kerana ianya akan MENGURANGKAN kadar nutrient di dalamnya.

2) Pilih produk berlabel “rendah gula” dan “bebas gula”

Sudah menjadi satu kebiasaan pihak yang mengeluarkan produk makanan mengistiharkan produk mereka TIADA gula atau bebas gula. Walaubagaimana sekalipun, sebagai pengguna yang bijak anda perlu bijak membaca penglabelan makanan.

  • Baca label dan ELAKKAN produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.

INFO TAMBAHAN!!!

Sekiranya kadar gula berada 3 teratas dalam ramuan yang disediakan bermaksud makanan tersebut mempunyai kadar gula yang sangat tinggi. Justeru itu, produk seperti itu TIDAK sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kencing manis.

3) ELAK menambahkan gula dalam makanan

Penambahhan gula semamngnya enak TETAPI sekiranya terlalu banyak penambahan gula dalam makanan ianya juga mampu meningkatkan paras gula dalam darah. GANTIKAN penambahan gula dengan bahan semulajadi seperti herb dalam makanan.

4) ELAKKAN makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur

5) HADKAN kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman

Pengambilan gula sebanyak 1 sudu teh sudah memadai untuk merasai kemanisan minuman yang disediakan. ELAKKAN penyediaan minuman yang terlalu manis dalam satu masa. 

PERINGATAN!!!

Walaupun anda menambah kuantiti auir di dalam minuman yang sudah tersedia manis anda TETAP akan MEMPEROLEH kemanis gula di dalam air tersebut secara keseluruhan. Hal ini disebabkan anda hanya mengurangkan rasa manis makanan tersebut TETAPI bukan mengurangkan kadar gula di dalam minuman tersebut.

6) Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis

FAKTA PENTING!!!

Sekiranya anda gemar mengambil makanan manis, air kencing akan menjadi pekat dan sedikit keruh. Justeru itu, tingkatkan pengambilan air kosong bagi MENGELAKKAN kadar kepekatan air kencing anda. GANTIKAN air manis dengan air kosong.

Sekiranya anda mampu mengikuti 6 langkah ini maka anda mampu mengurangkan pengambilan gula dalam sehari. Dengan kurangnya mengambilan gula maka kebarangkalian untuk anda mendapatkan pelbagai penyakit juga mampu untuk dikurangkan. 

***Anda mampu untuk menghalangnya sekiranya anda mengikut 6 langkah bijak kurangkan pengambilan gula***

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh