6 Kriteria Bagi Menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Tahukah anda Kriteria Bagi Menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

Di sebabkan perlaksanaan PKP telah ramai yang terkesan akan masalah ini sehingga hampir 85% rakyat kehilangan pekerjaan tetap. Justeru itu, sebelum kita kerap merungut akan masalah yang di hadapi kita perlu ketahui dahulu kriteria bagi menamatkan perintah kawalan pergerakan (PKP) ini. Sekiranya kita sudah ketahui kriteria bagi menamatkan PKP ini maka lebih mudahlah untuk kita ikuti arahan yang diberikan. 

6 Kriteria Bagi Menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Kriteria Bagi Menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Antara kriteria bagi menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini adalah:-

1) Penularan Jangkitan COVID -19 boleh dikawal sepenuhnya.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan kerana penularan jangkitan COVID -19 terlalu tinggi sehingga mencecah 4 angka setiap hari. Hal ini menyebabkan pihak Kementerian Kesihatan terpaksa meminta perlaksanaan semula PKP walaupun tidak seketat PKP 1.0 dahulu.

Tujuan PKP ini dilaksanakan agar penularan COVID -19 dalam kalangan masyarakat atau komuniti dapat dibendung agar golongan yang berisiko tinggi dapat di lindungi.

“Golongan yang berisiko tinggi adalah warga emas, kanak-kanak dan mereka yang mempunyai penyakit morbiditi”

Sekiranya, kita mampu menghalang penularan jangkitan COVID -19 ini dalam kalangan komuniti maka kita semua mampu menghentikan penularan jangkitan COVID -19 ini.

“Pihak Kementerian Kesihatan bukan takut mati kerana mati itu pasti TETAPI mereka lebih sayangkan generasi yang bakal melestarikan hari esok bagi kesejahteraan pada masa akan datang”

2) Sistem Perkhidmatan kesihatan berfungsi sepenuhnya

Semasa gelombang pertama penularan COVID -19 ini, sistem perkhidmatan kita hampir lumpuh kerana virus ini datang tanpa memberikan sebarang petanda. Tetapi TAHNIAH buat barisan hadapan kerana mereka mampu untuk mengelakkan kelumpuhan perkhidmatan kesihatan Malaysia dengan jayanya. Walau bagaimana sekalipun, gelombang ketiga yang melanda Malaysia telah menggunakan MELEBIHI 70% katil ICU di beberapa buah negeri untuk merawat pesakit COVID -19.

“Penggunaan katil di ward ICU MELEBIHI 70% dan sekiranya kes harian semakin meningkat TANPA menunjukkan PENURUNAN maka ditakuti kita akan mengikuti jejak langkah Perancis”

“Renung-renungkan nasib pesakit pada masa itu, pilihan ditangan kita sama ada mahu mengikuti segala SOP yang disediakan atau mahu terus-terusan melanggar SOP”

Hal ini disebabkan peningkatan kes yang mendadak serta kes yang sedang dirawat di ICU juga sudah meningkat. Malahan pesakit yang memerlukan bantuan penafasan juga naik seiring dengan peningkatan kes dari sehari ke sehari.

Justeru itu, keadaan ini amat membimbangkan pihak kesihatan kerana DITAKUTI suatu hari nanti sistem perkhidmatan kesihatan tidak mampu berfungsi dengan baik.

3) Risiko wabak di fasiliti khas di minimakan

Sekiranya penularan wabak COVID -19 mampu dibanteras maka risiko wabak di fasiliti khas juga mampu diminimakan. Hal ini bagi memastikan kelestarian kehidupan pada masa hadapan.

***Adakah anda mahu memakai pelitu hidung dan mulut sepanjang hidup, jawapan ada ditangan anda***

4) Langkah kawalan di tempat Awam diperkukuhkan

Suatu perkara yang bukan mudah untuk memperkukuhkan kawalan wabak di tempat awam TETAPI ianya juga bukan suatu yang mustahil. Hal ini disebabkan tiada yang mustahil bagi rakyat Malaysia.

Sebelum ini kita mampu berganding bahu untuk membanteras penularan virus COVID -19 dalam komuniti bermaksud kini juga boleh tetapi perlu sentiasa beringat antara satu sama lain.

Standard Operation Practice (SOP) yang disediakan bukan hendak membuatkan rakyat berasa rimas akannya. Tetapi SOP yang dikeluarkan bagi membantu keselesaan rakyat pada masa akan datang.

Anggaplah SOP itu adalah satu panduan hidup kita seperti mana kita mampu mengikuti panduan hidup yang di ajari oleh setiap agama.

5) Risiko kes import dapat diuruskan

Sekiranya pihak kesihatan mampu mengawal risiko kes import maka ianya merupakan salah satu tanda bahawa PKP ini bakal ditamatkan tidak lama lagi. Terdapat pelbagai cara yang boleh pihak Kementerian ambil untuk mengawal risiko kes import dan pastinya cara tersebut mampu membuatkan seluruh rakyat Malaysia menarik nafas lega untuk melangsungkan kehidupan pada masa hadapan.

“Senyum rakyat yang indah mampu untuk dilihat apabila PKP ini ditamatkan TETAPI buat masa ini kita perlu berganding bahu untuk membanteras penularan COVID -19 ini dalam kalangan komuniti”

6) Pemerkasaan komuniti bagi pembudayaan norma baharu

Memperkesakan komuniti agar rakyat MEMAHAMI dan MENGAMALKAN norma baharu dalam kehidupan seharian. Norma baharu yang WAJIB diamalkan adalah:-

Kriteria Bagi Menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

  1. Amalkan jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain
  2. Penggunaan pelitup hidung dan mulut di kawasan yang sesak
  3. ELAKKAN bersentuhan dan sekiranya hendak menyantuni mereka yang lebih tua letakkan tangan di dada tanda hormat
  4. KERAP membersihkan tangan menggunakan hand santizer dan cuci tangan menggunakan sabun

Sekiranya amalan norma baharu ini mampu diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia maka kita mampu memperkukuhkan semula ekonomi negara dan pelbagai industri mampu dibuka semula. Amalan norma baharu TIDAK sukar sekiranya kita memahami apa yang dikehendakinya.

Rujukan:-

1) http://www.myhealth.gov.my/jangkitan-penyakit-coronavirus-covid-19/infografik-covid-19-ol/

2) https://www.mkn.gov.my/web/ms/

3) http://covid-19.moh.gov.my/infografik

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh