6 Khasiat Buah Pisang Yang Ramai Tidak Ketahui

Khasiat buah pisang
Semua orang suka makan buah pisang sebab keenakkan rasanya. Kebanyakan rakyat malaysia akan mengenali buah pisang melalui industri pembuatan makanan seperti kerepek pisang, pisang goreng, cekodok, kek pisang dan lain-lain. Justeru itu, buah ini menjadi salah satu makanan yang disukai ramai. Tetapi tahukah anda khasiat buah pisang ini.

Disebabkan masih ramai yang tidak ketahui apa itu khasiat buah pisang. Maka, hari ini kami akan memperkenalkan serba sedikit khasiat buah pisang kepada semua.

 

Khasiat Buah pisang

Antara khasiat buah pisang adalah:-

1) Memberikan tenaga yang cepat dalam tubuh badan

INFO SIHAT!!!

Buah pisang cepat memberikan tenaga dalam tubuh kerana buah pisang merupakan sejenis karbohidrat ringkas yang mudah menyerap gula dalam darah. Antara karbohidrat ringkas yang ada dalam buah pisang adalah seperti glucose, fructose, dan sucrose yang mampu metabolise menjadi tenaga dengan segara. Justeru itu, ianya cepat memberikan tenaga kepada kita.

INFO!!!

Tahukah anda karbohidrat terbahagi kepada dua iaitu karbohidrat ringkas dan karbohidrat komplex.

√ Karbohidrat ringkas MUDAH DISERAP ke dalam darah dan boleh TERUS BERTUKAR menjadi TENAGA
Contoh karbohidrat ringkas : gula, buah-buahan

√ Karbohidrat komplex MENGAMBIL MASA UNTUK BERTUKAR MENJADI TENAGA.
Contoh Karbohidrat komplex : nasi, mee

2)Tinggi kandungan folate

Pisang mempunyai nilai folic acid yang tinggi. Disebabkan oleh itu, pisang dapat membantu wanita yang mengandung daripada kekurangan folic acid.

Fungsi folic acid adalah membantu mengelakkan wanita mengandung daripada melahirkan bayi pra-matang dan risiko kelahiran “birth defect”

3) Membantu mengurangkan masalah muntah-muntah dan loya

Rasa loya dan muntah-muntah adalah perkara biasa buat wanita yang mengandung. Jadi, pengambilan buah pisang mampu mengurangkan masalah ini. Hal ini disebabkan menerusi kajian, loya dan muntah-muntah adalah perkara biasa buat wanita yang mengandung. Simptom ini dipanggil “morning sickness”. Justeru itu, dengan meningkatkan pengambilan vitamin B6, mampu mengurangkan masalah muntah-muntah dan Ioya ini.

***Kandungan vitamin B6 adalah tinggi dalam buah pisang***

4) Membantu atau mengelakkan masalah sembelit

Khasiat buah pisang

Setiap buah-buahan mempunyai sumber laxative yang natural. Justeru itu, dengan meningkatkan pengambilan buah pisang mampu menyelesaikan masalah sembelit bagi mereka yang sedang mengalami masalah sembelit.

Hal ini disebabkan oleh, kandungan seratnya yang tinggi di dalam buah pisang. Jadi, ianya dapat membantu dalam sistem penghadaman dan mencegah masalah pencernaan.

“Laxative adalah ubat untuk memudahkan pengeluaran najis atau membuang air besar, tetapi didalam buah pisang sudah sedia ada nengandungi sifat laxative secara semulajadi”

5) Bertindak sebagai agent Prebiotik

Prebiotik adalah sejenis makanan bagi bakteria baik (probiotik) di dalam usus tubuh badan kita. Tugas utama prebiotik adalah meningkatkan populasi bakteria baik di dalam usus agar bakteria baik mampu bekerja secara effektif bagi membantu sistem penghadaman kita.

***Usus sihat mampu membantu tubuh menjadi lebih sihat***

Selain daripada buat pisang, terdapat contoh makanan lain yang menjadi prebiotik bagi membantu urusan bakteria baik dalam usus. Antara makanan tersebut adalah:-

√ Bawang
√ Daun saderi
√ Aspahragus
√ Oat
√ Barli
√ Tempe
√ Kacang soya

Pencarian makanan yang tinggi prebiotik adalah semudah ABC kerana terdapat makanan yang kita selalu ambil. TETAPI terkadang pengambilnya terbatas kerana tidak ketahui akan info yang tepat tentang pemakanan tersebut atau sebab kita tidak suka akan makanan tersebut.

 

6) Membantu meningkatkan selera makan

Tekstur buah pisang yang lembut mampu membuatkan seseorang yang sedang hilang selera makan meningkatkan selera makan mereka semula. Teksturnya yang lembut juga menyebabkan seseorang itu mampu makan walaupun sakit. Faktor lain adalah disebabkan oleh warnanya yang menarik hati mampu menambahkan lagi selera makan seseorang itu.

Sebenarnya banyak khasiat buah-buahan tempatan yang ramai lagi tidak ketahui sehinggakan buah-buahan tempat ini tidak selaris buah-buahana antarabangsa. Tetapi setelah membaca serba sedikit berkenaan dengan khasiat yang terdapat pada buah pisang ini pasti ramai yang bakal menjadikan buah pisang ini sebagai pilihan utama mereka.

“Bagi meningkatkan semula ekonomi negara kira, pembelian barangan lokal adalah PENTING. Buah pisang juga merupakan salah satu jenis makanan lokal di Malaysia ini”

***Maka pilihan baranag/ makanan lokal bagi meningkatkan ekonomi negara selepas pandemik ini***

Rujukkan:-
1) https://www.webmd.com/food-recipes/health-benefits-banana
2) https://www.healthline.com/nutrition/foods-high-in-folate-folic-acid#section13
3) http://www.myhealth.gov.my/usus-sihat-peranan-diet-anda/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh