6 Cara Mengatasi COVID -19 Secara Efektif

Cara mengatasi COVID-19 secara efektif. Semua ketahui bahawa sekarang, Malaysia berada di fasa ke -3 gelombang virus COVID -19, dan gelombang ini lebih ganas daripada gelombang sebelumnya.

Justeru itu, rakyat perlu lebih berhati-hati dan WAJIB mematuhi segala Standard Operation Practice (SOP) yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sekiranya kita mampu mengikuti SOP yang disediakan maka peratus untuk terjangkiti adalah rendah.

Segala usaha yang disediakan oleh pihak Kementerian adalah bagi memastikan rakyat selamat dan generasi akan datang mampu menghirup udara segar TANPA menggunakan pelitup muka setiap hari.

Justeru itu, ikutilah normal baharu bagi memutuskan rantaian COVID -19 ini. Sanggupkah kita mendengar kadar kematian sentiasa meningkat dari hari ke hari. Sehingga 1 December 2020, angka kematian sudah mencatatkan 363 (0.5% kadar kematian pesakit COVID -19).

“Peratusan kematian sememangnya tidak menyapai 1% TETAPI tetap kadar kematian ini mampu menyebabkan sesetengah ahli keluarga hilang sumber pendapatan atau kasih sayang daripada mereka yang tersayang”
**Ambil iktibar daripada apa yang berlaku, JANGAN pernah MENDONGAK ke LANGIT sehingga kita lupa untuk SUJUD ke BUMI**

Semua negara sedang pesat melakukan kajian bagi mendapatkan vaksin bagi merawat mereka yang terjangkiti oleh virus COVID -19 ini. Dan kini seluruh dunia mampu untuk menarik nafas lega kerana terdapat satu syarikat (pfizer) telah berjaya menjumpai vaksin Virus COVID -19 ini dan kajiannya sudah memasuki fasa ke -3.

Cara Mengatasi COVID -19 Secara Efektif


Walaupun vaksin sudah dijumpai namun bukan semua boleh mendapat vaksin ini. Justeru itu, amalan normal baharu perlu sentiasa diamalkan. Tidak rugi untuk kita mengamalkan normal baharu ini, bahkan normal baharu ini telah banyak mengajar rakyat agar menjadi seorang individu yang berdisiplin.

Baca Juga :   Perintah Kawalan Pergerakkan

Antara cara mengatasi COVID -19 secara efektif adalah:- 

1) ELAKKAN 3S (sempit, sesak dan sembang dekat)

Cara Mengatasi COVID -19 Secara Efektif

Amalkan sembang jauh (sekurang-kurangnya 1 meter) bagi mengelakkan virus daripada melekat dikawasan pelitu hidung dan mulut.

***Jaga mereka yang berisiko tinggi, kita jaga kita***

2) Amalkan 3W (Wash, Wear dan Warn)

Kita WAJIB kerap mencuci tangan agar virus COVID -19 TIDAK melekat di tangan.

Cara Mengatasi COVID -19 Secara Efektif


TAHUKAH ANDA!!!

Virus boleh mati atau menjadi lemah apabila kita rajin mencuci tangan. Justeru itu, pihak KKM kerap mengingatkan seluruh rakyat Malaysia untuk kerap mencuci tangan ATAU gunakan hand santizer sekiranya tiada air.

***Hand Santizer perlulah mempunyai sekurang-kurangnya 65% alcohol***

Selain itu, kita juga WAJIB memakai pelitu hidung dan mulut 3 layer ketika berada di tempat awam TERUTAMANYA dikawasan yang sesak. Ini adalah salah satu cara mengatasi COVID -19 secara efektif bagi mengelakkan diri kita daripada TERDEDAH daripada virus yang kita tidak mampu lihat.

“Compond sebanyak RM1,000 juga akan dikeluarkan kepada mereka yang INGKAR untuk menggunakan pelitup hidung dan mulut di tempat awam bermula 1 Ogos 2020”

Seterusnya, kita perlu ketahui gejala virus ini bagi memudahkan kita sentiasa alert akan penyebaran virus ini kepada orang yang disayangi. TETAPI bagi gelombang ke -3 virus ini, kebanyakan orang sudah tidak mempunyai gejala, justeru itu amalan wash dan wear WAJIB diamalakan setiap masa kerana kita tidak ketahui siapa pembawa virus ini.

**virus ini tidak mengenal erti siapa anda atau jawatan apa yang pegang, ia akan menyerang semua orang jadi berjaga-jagalah**

3) Gunakan Aplikasi MySejahtera setiap kali bekunjung ke tempat awam

 COVID -19

Tujuan sebenar aplikasi ini diwujudkan adalah bagi memudahkan pihak Kementerian mengenalpasti contact rapat pesakit yang telah sah mendapatkan jangkitan virus COVID -19 ini. Justeru itu, amat PENTING setiap seorang mempunyai aplikasi ini. Aplikasi ini adalah salah satu cara mengatasi COVID -19 secara efektif yang mampu pihak kerajaan lakukan. 

Baca Juga :   Sebab Remaja Malas Bersenam

4) Elakkan diri daripada kerap memegang pelitup hidung dan mulut

“ELAKKAN diri daripada kerap memegang pelitup hidung dan mulut, sekiranya sudah memegang MAKA cucilah tangan”

Hal ini bagi memastikan tangan sentiasa bersih dan ELAKKAN juga anda daripada memegang kawasan mata, hidup atau mulut sebelum membersihkan tangan.

Adakah anda akan selamat sekiranya menggunakan GLOVE???
Buat pengetahuan umum, risiko jangkitan akan lebih tinggi sekiranya anda menggunakan glove (sarung tangan).

Hal ini disebabkan, dengan pengguna glove menyebabkan orang ramai berasa diri mereka sudah selamat daripada terjangkiti virus ini. Tetapi tahukah anda:-


• Penggunaan glove boleh meningkat kadar keboleh jangkitan virus dengan lebih cepat kerana KITA AKAN KURANG MENCUCI TANGAN DAN SANTIZE TANGAN
• Menyebabkan virus LEBIH mudah merebak ke kawasan lain kerana KURANG MEMBERSIHKAN TANGAN
• Virus mudah melekat dibarang peribadi kerana kita beranggapan bahawa tangan kita bersih dan menyebabkan kita lalai untuk membersihkan tangan sebelum memegang barangan yang lain.

5) Bersihkan diri selepas keluar membeli belah

Bersihkan diri selepas keluar bagi memastikan ahli keluarga kita selamat. Hal ini disebabkan kita tidak ketahui tempat yang dikunjungi itu selamat atau tidak daripada virus ini TERUTAMANYA dikawasan zone merah. Ini adalah salah satu cara mengatasi COVID -19 secara efektif yang WAJIB umum ikuti

6) Berdoa

Terkadang sedang kita sibuk mencari vaksin bagi merawat virus ini kita lupa untuk meminta kepada Sang Pencipta bantuan agar dipermudahkan segala urusan. Sekiranya kita tidak pernah penat untuk meminta nescaya bantuan yang tidak disangka akan disampaikan kepada kita.

**Sesungguhnya senjata bagi orang yang beriman adalah doa**

Jangan pernah berasa penat untuk mendapatkan bantuan daripada Allah, sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik tempat untuk meminta bantuan.

Rujukan:-
1) https://www.infosihat.gov.my/multimedia/infografik/item/amalkan-3w.html
2) https://www.infosihat.gov.my/multimedia/infografik/item/cegah-covid-19-amalkan-norma-baharu-elakkan-3s.html

Baca Juga :   Panduan Penggunaan Telefon Pintar

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh