5 Tip Untuk Mendapatkan Pasangan Hidup

5 Tip untuk mendapatkan pasangan hidup bagi yang masih belum bertemu jodoh. Asal disebut sahaja berkenaan dengan manusia lumrah kehidupan mereka pasti mahu hidup secara berpasangan. Justeru itu, tidak salah untuk memilih kerana kita mahu hidup dengan pasangan sehingga hujung nyawa sekiranya Allah sudah tetapkan dialah jodoh kita. 

Tip Untuk Mendapatkan Pasangan Hidup

Tip Untuk Mendapatkan Pasangan Hidup

Menerusi Hadith Riwayat Bukhari & Muslim:-

“Wanita dikahwini kerana empat hal kerana HARTANYA, kerana KETURUNANNYA, kerana KECANTIKANNYA, dan kerana AGAMANYA. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya, sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”.

Justeru itu, sebagai insan yang sedang mencari pasangan hidup jangan pernah rasa give up untuk mencari pasangan hidup yang sebenar.

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.”

Surah Yaasin : Ayat 3

Antara tips untuk mencari pasangan hidup:-

1) Taat kepada perintah Allah

Patuh suruhan Allah SWT& Rasulullah SAW adalah salah satu ciri-ciri idaman setiap pasangan. Hal ini disebabkan, pasangan yang mengikuti syariah islam dalam kehidupan seharian mampu membimbing pasangannya ke syurga.

Justeru itu, pasangan (wanita) yang bakal mendirikan rumah tangga WAJIB mencari pasangan yang mampu menjadi IMAM dalam solat. Manakala pihak lelaki juga boleh meminta pasangan wanita mengaji sekiranya mereka mahu ketahui samada pasangan kenal kalam Allah atau tidak.

Taat kepada perintah Allah boleh dinilai dari pelbagai aspek antaranya adalah:-

  • Solat lima waktu
  • Puasa di bulan Ramadhan
  • Menjaga pandangan dan ikhtilat ketika bersama bukan mahram
  • Cara mereka menghormati orang tua
  • Sifat ikhsan dalam diri

Sekiranya semua aspek ini mampu dicapai oleh pasangan maka kahwinilah pasangan tersebut kerana mereka pasti mampu untuk menjaga pasangan dengan baik.

“Mencintai sesama manusia tidak mencukupi tanpa mencintai Allah yang Esa. Jadi, setiap wanita mahupun lelaki perlu mencari pasangan yang taat pada perintah Allah”

2) Sekufu

Sekufu bermaksud persamaan taraf antara lelaki dan perempuan dari beberapa aspek:-


√ Agama dan kesolehan
√ Pekerjaan
√ Kesempurnaan fizikal

Setelah pasangan mengetahui sama ada mereka sekufu atau tidak pasangan mempunyai hak untuk memutuskan sama ada hendak meneruskan hubungan atau tidak.

“Tujuan pasangan mencari yang sekufu adalah bagi memastikan pada masa akan datang (setelah mendirikan rumah tangga) tiada perbalahan atau ungkit mengungkit”.

3) Mampu memberikan nafkah

Nafkah adalah perkara WAJIB yang perlu suami sediakan buat wanita yang bergelar isteri. Sekiranya calon suami seorang yang tidak bertanggungjawab terhadap pasangannya, maka calon isteri boleh memilih calon lain untuk dijadikan pasangan.

Dalam Surah An Nisa, ayat 24 :

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin (yang bertanggungjawab) terhadap kaum wanita kerana Allah melebihkan sebahagian daripada mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), kerana mereka (lelaki) menafkahkan sebahagian daripada harta mereka”

Justeru itu, setiap wanita perlu mencari pasangan yang mampu memberi nafkah zahir & batin. Nafkah di sini bukan bermaksud kemewahan TETAPI nafkah adalah perbelanjaan keperluan manusia seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan selainnya.

4) Menghormati orang tua terutamanya ibu bapa mertua

Sikap hormat menghormati sangat penting dalam sesuatu hubungan. Justeru itu, sifat hormat menghormati amat penting kerana sifat ini mampu membina keluarga bahagia yang kekal abadi. Sekiranya pasangan seorang yang sangat menghormati orang tua, maka jangan lepaskan pasangan seperti itu kerana hormat menghormati adalah salah satu rukun dalam hubungan kekeluargaan.

5) Sanggup hidup semasa susah mahupun susah bersama

Bagi setiap pasangan yang sudah membina bahtera perkahwinan pasti mengharapkan pasangan mereka kekal sehingga ke Jannah. Justeru itu, dalam pengharapan pasangan yang kita pilih kekal sehingga ke jannah perkara pertama yang perlu dilakukan sekiranya sudah mempunyai calon adalah lakukan solat sunat istikarah.

Istikarah bermaksud memohon pilihan atau petunjuk bagi mendapatkan jalan yang terbaik dalam apa jua perkara yang dihadapai. Ianya adalah satu sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada umatnya.

Justeru itu, bagi memastikan pilihan hidup kita kekal sehingga ke jannah dan sanggup bersusah payah bersama maka lakukanlah Istikarah. Mohon segalanya kepada sang pencipta kerana sesungguhnya DIA Maha Mengetahui akan sesuatu lebih daripada manusia.

Dan bagi wanita mahupun lelaki yang masih tidak berjumpa jodoh, jangan pernah bersedih kerana sesungguhnya perancangan Allah SWT adalah sebaik-baik perancang. Sekiranya jodoh hadir lewat, mungkin Allah SWT mahu berikan kita masa yang lebih bersama ahli keluarga, maka gunakan segala masa yang ada untuk ahli keluarga.

“La Tahzan ~ jangan bersedih”

Cari pasangan bukan seperti membeli kasut di kedai kasut, maka jangan pernah rasa bersalah sekiranya anda sedikit memilih dalam mencari pasangan.

Rujukan:-
1) https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3201-al-kafi-1153-maksud-sekufu-dalam-perkahwinan
2) https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3681-al-kafi-1366-adakah-wajib-bagi-suami-memberi-nafkah-kepada-isteri-yang-tidak-memberi-nafkah-batin
3) https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2638-al-kafi-829-apa-itu-istikharah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh