5 Tahap Jangkitan COVID-19

Virus COVID -19 ini mempunyai 5 tahap jangkitan, dan setiap tahap ada paras bahayanya. Justeru itu, bagi mereka yang mempunyai tahap imun sistem yang rendah sangat DIGALAKKAN untuk TIDAK keluar ke rumah tanpa ada sebarang perkara yang penting. Selain itu, kanak-kanak juga TIDAK DIGALAKKAN untuk keluar ke rumah pada musim pandemik ini kerana ditakuti mereka mudah terjangkiti.

“Tetapi masih ramai rakyat Malaysia yang TIDAK ambil peduli akan nasihat ini kerana bagi mereka perkembangan minda anak TIDAK akan berkembang sekiranya tinggal dirumah”

Selagi rakyat masih berdegil untuk membawa mereka yang DILINDUNGI keluar ke rumah maka semakin lambatlah proses pemulihan pandemik ini akan berlaku. Justeru itu, mari kita berganding bahu bagi memutuskan rangkaian pandemik COVID -19 ini.

“Ingat Kita Masih Belum Menang dalam melawan pandemik COVID -19 ini, kita perlu jaga kita”

5 Tahap Jangkitan COVID -19

Tahap jangkitan covid-19

Umum sudah ketahui bertapa bahayanya virus COVID -19 ini sehingga mampu meragut banyak nyawa. Justeru itu, kita perlu ketahui 5 tahap jangkitan COVID -19 ini agar kita lebih alert akan persekitaran kita. Antara 5 tahap jangkitan COVID -19 adalah:-

1) Tahap 1 : Tidak menunjukkan sebarang gejala

Apabila kita sebut sahaja TIDAK menunjukkan sebarang gejala akut seperti demam, batuk atau selesema. Bermaksud tahap 1 ini BERBAHAYA bagi mereka yang mempunyai imun tubuh yang rendah sekiranya mereka berjumpa dengan mereka yang sudah terjangkiti TANPA sebarang gejala maka mereks mudah terjangkiti.

Justeru itu, amalan yang DISARANKAN oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) amatlah berguna buat semua. 3 SARANAN KKM adalah:-

  • Penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter dengan individu yang lain
  • Penggunaan pelitup hidung dan mulut ketika berada ditempat awam
  • Kerap mencuci tangan sekiranya memegang dikawasan yang kerap dipegang oleh orang ramai. 
Baca Juga :   Cara Mengatasi Sakit Ketika Haid

Sekiranya, rakyat mengamalkan 3 saranan ini maka lebih mudah untuk kita memutuskan rantaian COVID -19 ini. Walaupun, vaksin sudah sampai ke negara kita tetapi masih belum mencapai tahp 80% Herd Imunity maka kita masih belum menang.

Tahap jangkitan covid-19

2) Tahap 2 :Bergejala ringan dan Tiada radang paru-paru

Pada tahap ke-2 ini lebih mudah untuk pihak KKM menegnalpasti akan mereka yang terjangkiti kerana mereka mempunyai gejala ringan seperti demam. Justeru itu, bagi mereka yang bergejala ringan ini sangat DISARANKAN untuk mereka duduk dirumah dan self kuarantin sekiranya mereka berjumpa dengan mereka yang terjangkiti virus ini.

Sekiranya TIDAK pernah berjumpa dengan pesakit COVID -19 tetapi bergejala anda DINASIHATI agar mendapatkan rawatan di Hospital.

PERINGATAN!!!

Bagi mereka yang sudah mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID -19 anda DINASIHATKAN agar melakukan swab test agar ketahui taraf kesihatan anda sendiri.

“Sayangi diri anda dan sayangi orang yang berada disekeliling anda. Anda adalah tungguk kejayaan bagi memutuskan rantaian penyebaran COVID -19 ini”

3) Tahap 3 : Bergejala dan mengalami radang paru-paru

Bagi mereka yang bergejala sememang mudah untuk pihak KKM ketahui walaubagaimana sekalipun anda sendiri perlu alert akan persekitaran semasa anda. ELAKKAN berjumpa dengan orang ramai bagi mereka yang bergejala dan mengalami masalah keradangan seperti batuk dan selesema.

“Kita perlu bertanggunjawab sepenuhnya diatas apa yang kita lakukan”

Sekiranya anda bergejala dan mengalami radang paru-paru serta merupakan kontak rapat pesakit COVID -19 dan sedang menunggu keputusan, anda DINASIHATI agar:-

  • TIDAK keluar rumah dan dapatkan batuan bagi membeli barang keperluan
  • ELAKKAN diri daripada berjumpa dengan golongan yang mudah terjangkiti
  • PASTIKAN sentiasa mencuci tangan sekiranya anda pernah menjadi kontak rapat dengan pesakit COVID -19 (anda sedang menunggu keputusan)
  • Self kuarintin diri di dalam bilik sekiranya anda sedang menunggu keputusan swab test
“Hidup ini indah sekiranya kita mengikuti segala jalan yang betul dalam menerajui keindahan hidup ini”

4) Tahap 4 : Bergejala, mengalami radang paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen

Sekiranya mereka yang mempunyai pelbagai jenis penyakit mendappat jangkitan virus COVID -19 pada tahap 4, ianya agak berbahaya dan membimbangkan. Walaubagaimana sekalipun, pemantauan yang lebih EFFEKTIF akan dilakukan kepada mereka yang memerlukan bantuan oksigen ini.

“Kita hanya merancang tetapi ALLAH yang menentukan segalanya, justeru itu jangan pernah putus berharap dan berdoa”

Manusia diciptakan untuk saling ingat mengingati jadi jangan pernah ingat mengingati antara satu sama lain. Sebenarnya, sakit itu indah kerana ianya membantu menghapuskan dosa yang pernah kita lakukan dahulu.

“Pandemik COVID -19 ini adalah satu peringatan kecil buat kita agar sentiasa sujud pada pencipta”

5) Tahap 5 : Bergejala kritikal, memerlukan

Tahap 5 merupakan tahpa yang berbahaya dan kebarangkalian untuk mereka sembuh adalah sangat tipis. Walaubagaimana sekalipun, barisan hadapan sentiasa memastikan mereka yang berada pada tahap 5 ini sembuh agar penggunaan batuan oksigen dapat dikurangkan.

“Ingat kita masih belum menang”

Setiap tahap ada bahaya mereka yang tersendiri. Justeru itu, sekiranya kita menyanyangi keluarga kita dan mahu meraikan perayaan bersama-sama pada tahun hadapan JANGANLAH pulang ke kampung halaman dahulu. Ianya bagi melindungi mereka yang mudah terjangkiti.

Baca Juga :   6 Langkah Bijak Kurangkan Gula

Rujukan :- 

https://www.webmd.com/lung/what-is-herd-immunity

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh