5 Sebab Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda


Kahwin muda sudah menjadi satu trend dan menyebabkan ramai remaja mahu kahwin muda. Salah satu faktor kahwin muda ini menjadi salah satu trend kerana remaja mengikuti drama di dalam televisyen. Mereka melihat semuanya indah ketika kahwin muda. Justeru itu, mereka juga mahukan keindahannya. Tetapi hakikatnya pelbagai cabaran dan ujian di dalam dunia realiti kahwin muda mereka belum memikirkannya. 

“Permulaan kehidupan sememangnya indah, tetapi cabaran yang dihadapi adalah sukar. Hanya mereka yang betul- betul kuat sahaja mampu mengharunginya”

Manfaat dan Kelebihan Kahwin Muda

Sebab mengapa anda perlu kahwin muda serta manfaat atau kelebihan berkahwin pada usia yang muda adalah:-

1) Mengelakkan Diri Daripada Berzina

Dengan mendirikan masjid pada usia yang muda dapat mengelakkan diri daripada melakukan dosa yang tanpa kita sedari. Dosa yang dimaksudkan di sini adalah dosa zina hati. Zina hati ini kita tidak boleh lihat kerana zina hati biasanya dilakukan oleh pasangan yang sedang hangat bercinta tetapi tiada hubungan yang halal.

Bagi mereka kenal dahulu baru berkahwin. Sememangnya boleh kenal dahulu baru berkahwin TETAPI mereka perlulah menjaga diri dan hati agar tidak melakukan zina hati tanpa disedari.

“Bercinta itu indah, lagi indah sekiranya kita bercinta selepas nikah kerana hubungan itu halal”

Justeru itu, dengan mendirikan rumahtangga pada usia yang muda dapat mengelakkan diri daripada melakukan dosa tanpa disedari.

2) Dapat mengelakkan Diri Dari Melakukan Seks Bebas

TAHUKAH ANDA!!!

Salah satu kelebihan mereka yang berkahwin muda adalah dapat menghindari diri daripada melakukan seks bebas dan mereka mampu menjalani hubungan kelamin secara halal.

Selain daripada mampu menghidarkan diri daripada melakukan seks bebas, mereka juga boleh menyelamatkan diri daripada mendapat penyakit yang di sebabkan oleh hubungan seks bebas seperti syphilis, HIV dan lain-lain.

Baca Juga :   Punca Anak Malas Dan Takut Pergi Sekolah

3) Dapat mengumpul Pahala Bersama Pasangan

Kawin muda

Setiap hubungan yang terjalin secara halal diredhai oleh Allah. Justeru itu, pasangan yang berkahwin pada usia yang muda mudah mengumpul pahala kerana setiap perkara yang dilakukan ada pahala.

“Mudahnya mengumpul pahala bagi pasangan yang sudah berkahwin ini”

 

***Berpegangan tangan bagi mereka yang berkahwin adalah halal TETAPI berpegangan tangan bagi mereka yang berpasangan adalah haram”

4) Belajar Mengenal Erti Sebuah Tanggungjawab

 

Sekiranya seseorang itu mendirikan rumahtangga pada usia yang muda maka mereka akan belajar mengenal erti tanggungjawab. Dengan itu, pasangan yang berkahwin muda ini mampu belajar menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab dalam segala hal yang bakal mereka lakukan.

Bagi suami, mereka perlu belajar bertanggungjawab dalam menyediakan nafkah kepada seorang yang bergelar isteri. Pada masa yang sama, seorang lelaki juga perlu menjadi seorang pelindung kepada isteri agar mereka berasa dilindungi.

Manakala, bagi seorang isteri pula mereka bertanggungjawab dalam menjaga maruah suami dan nama baik suami. Walau pun, sifat bertanggunjawab ini bukan mudah tetapi ianya akan menjadi mudah apabila sudah mendirikan rumahtangga. Sifat bertanggungjawab ini akan lahir secara natural tanpa dipaksa.

5) Menyambung Keturunan (Zuriat) Dengan Cara Yang Baik

 

Zuriat merupakan satu anugerah terindah buat pasangan yang baru sahaja mendirikan rumahtangga. Zuriat juga merupakan salah satu cara penyambung atau pengikat kasih sayang antara keluarga. Justeru itu, dengan berkahwin muda kita mudah untuk mendapatkan zuriat.

Bukan kita berkata hanya kahwin muda sahaja mampu melahirkan zuriat TETAPI sekiranya berkahwin pada usia yang muda kebarangkalian untuk mendapatkan zuriat adalah lebih mudah. Walau bagaimana sekali pun, zuriat adalah rezeki daripada Allah SWT.

Baca Juga :   Didik Anak Tentang Adab Ketika Usia Menjangkau 6 Tahun
“Jangan pernah mencari kesalahan pasangan sekiranya lambat mendapatkan zuriat, terkadang Allah SWT lambat memberikan zuriat kerana Allah SWT mahu kita mempunyai lebih masa bersama pasangan”

Setiap sesuatu ketentuan Allah SWT pasti ada hikmahnya yang tersembunyi yang kita pun tidak tahu sebab musababnya. Justeru itu, berdoakah agar Allah SWT meredhai setiap perbuatan yang kita lakukan terutamanya semasa mendirikan masjid dan membina sebuah ikatan perkahwinan. Kita mahu Allah SWT meredhai hubungan yang dibina dari awal sehingga akhir hayat. keputusan yang diambil untuk berkahwin di awal usia bukan berdasarkan nafsu semata tetapi telah difikirkan sedalamnya. 

Sesungguhnya setiap pilihan ada manfaatnya dan setiap manfaat ada kebaikkannya. Justeru itu, sebagai manusia kita perlu bijak dalam menilai sesuatu agar kita dapat manfaatnya. Penglihatan manfaat dan kelebihan berkahwin muda agar mampu menjadi ikutan mereka yang tidak tahu akan kelebihannya.

“Indah mendirikan rumahtangga bersama orang yang tersayang, tetapi lebih indah mendirikan rumahtangga dengan orang tersayang dengan cara mawaddah sakinah warahmah”

 

***Anda yang memilih dan andalah mencorakkannya***

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh