5 Panduan Melihat Bayi Sudah Bersedia Untuk Bercerai Susu Atau Tidak

Bercerai susu adalah salah satu proses penting buat ibu dan bayi kerana semasa bercerai susu ibu memainkan peranan penting dalam memperkenalkan sesuatu yang baru buat bayi. Jika ibu dan bayi masih mengalami masalah bercerai susu maka para ibu perlu membaca dan fahami cara mudah untuk bayi bercerai susu.

Bercerai susu

Semua sudah ketahui penyusuan secara EKLUSIF sememangnya digalakkan sehingga bayi berusia 6 bulan, ianya adalah saranan daripada “World Health Organisation (WHO)”. Selepas 6 bulan kelahiran, susu ibu boleh dicampurkan dengan makanan pepejal bagi memastikan bayi mendapatkan nutrisi yang sepatutnya dalam diet sehariannya. Tetapi, pasti ramai yang tertanya-tanya bila masa yang sesuai untuk memperkenalkan bayi dengan makanan pepejal. Tiada istilah masa yang sesuai untuk memperkenalkan makanan pepejal TETAPI ibu hanya perlu memastikan bayi sudah bersedia untuk mengambil makanan pepejal.

Bercerai susu

“Sebagai permulaan perkenalan makanan pepejal, para ibu akan mengalami masalah makanan bersepah lebih daripada makanan masuk ke dalam mulut bayi TETAPI jangan mudah marah kerana itu adalah salah satu proses pembelajaran buat bayi dalam memperkenalkan makanan pepejal”

Permulaan untuk bercerai susu adalah suatu perkara yang sukar buat ibu kerana kebanyakan ibu takut anak akan tidak selesa dengan situasi baru ini. Tetapi, untuk kebaikan anak itu sendiri ibu perlu memainkan peranan bagi memastikan anak mendapatkan nutrisi yang diperlukan bagi tumbesaran anak.

Justeru itu, sebagai ibu yang sedang pening memikirkan cara untuk bercerai susu dengan anak, boleh mengikuti penulisan saya hari ini berkenaan dengan cara-cara untuk bercerai susu bayi.

“Ingat, ibu tidak boleh menyamakan bayi anda dengan bayi orang lain kerana setiap bayi mempunyai perbezaan dalam cara bercerai susu”

Panduan Melihat Bayi Sudah Bersedia Untuk Bercerai Susu Atau Tidak

1) Bayi boleh duduk sendiri tanpa memerlukan sokongan

Panduan

Sekiranya ibu sudah mampu melihat selepas 6 bulan bayi anda mampu duduk sendiri tanpa memerlukan sokongan, maka ibu sudah boleh memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi. Hal ini disebabkan, pada masa tersebut dapat mengurangkan risiko bayi tersedia ketika makan.

Tetapi, sekiranya bayi masih lagi tidak mampu duduk sendiri tanpa sokong ibu masih boleh menyediakan makanan pepejal kepada bayi. Tetapi ibu perlu menggunakan kerusi yang sesuai untuk bayi duduk dalam posisi yang betul ianya bagi memastikan bayi tidak mengalami apa-apa masalah ketika mencuba makanan pepejal.”

“Elakkan situasi di mana ketika memperkenalkan makanan pepejal bayi tersedak atau kurang selesa memikirkan makan makanan pepejal kerana ditakuti bayi tidak mahu makan makanan pepejal lagi”

2) Bayi menunjukkan Minat terhadap makanan

Sebagai ibu kita pasti mudah melihat perubahan reaksi bayi kerana ibu lebih dekat dengan bayi berbanding orang lain. Justeru itu, sekiranya ibu melihat bayi sudah mula menunjukkan reaksi minat terhadap makanan maka ibu boleh memulakan langkah awal untuk memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi.

Salah satu tanda bayi minat terhadap makanan adalah :- 
• Bayi mula mencapai setiap makanan yang hendak dimakan oleh ibu atau orang terdekat.
• Bayi mula mengeluarkan air liur ketika melihat orang makan (kadang-kadang bayi mengeluarkan air liur kerana gigi baru tumbuh)
• Bayi memerhatikan orang yang sedang menjamu selera dengan penuh rasa minat

3) Mempunyai kondisi mata tangan dan mulut yang baik

Setiap kali ibu sedang bermain dengan bayi, pasti ibu boleh melihat reaksi bayi yang berbeza-beza sekiranya sudah meningkat usia bayi. Justeru itu, kondisi mata tangan dan mulut bayi memainkan peranan yang penting dalam ibu mengambil keputusan untuk bercerai susu.

Walau bagaimana sekali pun, kondisi mata tangan dan mulut ini sukar terlihat sekiranya ibu merupakan seorang yang bekerjaya. Hal ini disebabkan, ibu hanya ada masa bersama anak pada sebelah malan sahaja jadi ianya agak sukar untuk ibu melihat perubahan kondisi ini.

4) Bayi masih berasa lapar walaupun sudah diberikan susu.

Tanda-tanda bayi berasa lapar adalah bayi akan menangis kerana mereka tidak mampu berkata-kata. Tetapi ironinya bagi bayi yang sudah mencapai usia 6 bulan dan ke atas walaupun ibu sudah memberikan susu yang mencukupi mereka masih lagi berasa lapar dan sering meminta susu yang lebih. Ini adalah TANDA yang penting buat ibu bapa bahawa anak mereka sudah bersedia untuk mengambil makanan pepejal bagi menambah keperluan nutrisi dalam seharian.

Tetapi ketika dalam situasi ini, ibu perlu bijak dalam mengaturkan masa pemberian susu kepada bayi. Sekiranya ibu mahu memperkenalkan makanan pepejal kepada bayi maka ibu perlu mengurangkan jumlah pemberian susu agar mereka lebih cenderung mengambil makanan pepejal berbanding susu.

“Susu mampu mengenyangkan bayi jadi bagi memastikan bayi mencuba makanan pepejal ELAKKAN memberi susu 2 jam SEBELUM bayi makan makanan pepejal”

5) Boleh memegang dan mengambil barang dengan sempurna

Setiap ibu mahukan bayi mereka mempunyai perkembangan tumbesaran yang postif. Justeru itu, setiap satu perubahan reaksi bayi merupakan satu perkembangan yang positif. Sekiranya ibu sudah mampu melihat anak mampu memegang atau mengambil barang maka ibu sudah boleh memperkenalkan makanan pepejal buat bayi.

“Jangan pernah memaksa bayi mencuba makanan pepejal kerana ditakuti bayi berasa takut untuk mencuba makanan pepejal tersebut”

Membesarkan seorang anak merupakan satu anugerah yang terindah buat seorang yang bergelar ibu. Justeru itu, setiap satu memori akan terpahat di minda ibu bapa agar anak mereka mendapat sesuatu yang terbaik. Jangan pernah menyesal sekiranya kita tidak mengetahui cara yang betul dalam penjagaan bayi TETAPI ibu perlu menyesal sekiranya kita tidak pernah belajar untuk menjadi ibu yang terbaik buat bayi anda.

Rujukan:-
1) https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/weaning/art-20048440
2) http://www.myhealth.gov.my/pemakanan-awal-a-kesihatan-pergigian/
3) World Health Organisation

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh