5 Kebaikan Dan Khasiat Buah Tomato

Kebaikan dan khasiat buah tomato
Ramai yang sudah ketahui bahawa buah tomato mempunyai banyak kebaikan dan khasiat. Justeru itu, kebaikan dan khasiat buah tomato telah memberikan pelbagai manfaat kepada kita semua. Terutamanya dari segi rasanya.

Kebaikan Dan Khasiat Buah Tomato

Antara kebaikan dan khasiat buat tomato yang masih ramai tidak ketahui adalah:-

1) Tomato bagus untuk kecantikkan kulit.

Kebaikan dan khasiat buah tomato

Tomato mempunyai pelbagai khasiat termasuklah mempunyai sumber :-

√ Vitamin C

Fungsi Vitamin C ianya dapat membantu penghasilan kolegen dalam tubuh badan. Kolegen merupakan sejenis protein yang berperanan dalam membantu kulit kelihatan muda dan lebih anjal daripada biasa. Kolegen juga membantu dalam process penyembuhan luka pada kulit.

“Vitamin C yang ada di dalam buat tomato adalah sejenis vitamin C yang semulajadi. Jadi, kualiti vitamin C nya lebih baik”


√ Beta- carotene & Lycopene

Beta- carotene dan lycopene adalah sejenis vitamin dan mineral yang sangat baik untuk mata. Disebabkan oleh itu, terdapat banyak product kecantikan menggunakan tomato sebagai bahan utama bagi menarik minat pembeli untuk membeli produk mereka.

2) Tomato baik untuk mata


Tomato diperkaya dengan pelbagai nutrient seperti lycopene, lutein dan beta-carotene. Justeru itu, pengambil tomato membantu dalam menambahbaikkan penglihatan kita. Selain itu, ianya juga membantu MENGURANGKAN masalah rabun malam bagi sesiapa yang mempunyai masalah rabun malam.

***BUKAN MENGHILANGKAN masalah rabun TETAPI MENGURANGKAN masalah rabun malam***

INFO TAMBAHAN!!!

Tahukah anda, beta-carotene ini akan bertukar menjadi vitamin A di dalam tubuh badan kita. Disebabkan itu, ianya baik untuk penglihatan mata manusia.

“Orang ramai WAJIB ketahui bahawa sebiji tomato SAHAJA tidak akan membantu masalah rabun, ianya perlulah di amalkan secara konsisten dan mengambil masa untuk pulih. Bukan sekali sahaja kita mengambil tomato terus dapat memulihakan masalah rabun ini”

3) Tomato baik untuk pesakit yang mempunyai masalah kencing manis

Tomato mempunyai pelbagai jenis mineral salah satunya dikenali sebagai kromium. Kromium adalah salah satu jenis mineral yang berkesan untuk membantu pesakit kencing manis mengawal tahap gula dalam darah. Hal ini disebabkan, kromium berpotensi meningkatkan kerja insulin dengan memindahkan glucose kedalam sel tubuh badan.

** Fasting blood sugar (darah semasa berpuasa)
** 2 jam selepas makan

 

INFO TAMBAHAN!!!
Bagi mereka yang sihat pankreas menghasilkan insulin yang mencukupi TETAPI, bagi alasan yang tidak diketahui, badan tidak boleh menggunakan insulin dengan berkesan.

Apakah fungsi Insulin?

Insulin membenarkan kemasukan glukosa ke dalam kebanyakan sel, ianya digunakan sebagai:-
√ Tenaga
√ Disimpan di dalam hati dan otot (sebagai glikogen)
√ Ditukar kepada lemak apabila terdapat lebihan gula dalam tubuh

“Rintangan insulin membawa kepada tahap gula dalam darah tinggi daripada paras normal (hyperglycemia). Justeru itu, pengambilan kromium dapat membantu mengawal kencing manis jenis 2 atau tindak balas gula dan insulin pada orang yang berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini”

***Walaupun kromium bagus TETAPI perlu dapatkan nasihat pakar apabila mengambilnya***

4) Tomato membantu dalam pencegahan kanser

Tomato mempunyai kadar antioxidant yang agak tinggi.

“Perlu diingatkan kadar antioxidant yang tinggi memerlukan pengambilan tomato yang banyak BUKAN hanya mengambil 1 biji sudah memadai”

Antioxidant ini wujud dalam buah tomato dalam bentuk lycopene. Antioxidant ini membantu tubuh badan menghalang atau mengurangkan aktiviti radikal bebas daripada merosakkan tubuh badan.

5) Tomato dapat membantu dalam masalah penghadaman

 

Tomato adalah salah satu jenis sayur-sayuran. Justeru itu, tomato mempunyai serat yang membantu dalam penghadaman manusia. Dengan meningkatkan pengambilan serat dapat membantu melancarkan penghadaman, serta membantu dalam kesihatan usus.

Tanpa pengambilan serat yang mencukupi dalam sehari mampu menganggu process penghadaman. Justeru itu, kita perlu sentiasa mengambil serat yang mencukupi dalam sehari.

Pengambilan serat yang disarankan dalam sehari adalah 25g. Cara pembahagian serat dalam sehari adalah:-
√ 3 kali pengambilan sayur (1 cawan sayur mentah / 1/2 cawan sayur yang sudah dimasak setiap satu hidangan utama)
√ 2 kali pengambilan buah-buahan dalam sehari
KLIK DISINI bagi ketahui cara pengambilan buah-buahan

Banyak kebaikan dan khasiat buah tomato yang kita tidak sedari. Setiap satu khasiat ini mampu membantu seseorang menjalani kehidupan yang lebih sihat pada masa akan datang. Amalkan pengambilan buah tomato sebagai snek sihat agar kita boleh mendapatkan khasiatnya. Mudah bukan untuk mendapatkan kebaikan dan khasiat buah tomato ini. 

***Buatlah pilihan yang bijak***

Rujukkan:-
1) https://ods.od.nih.gov/factsheets/Chromium-HealthProfessional/
2) https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC80172



Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh