Ibu

5 Fakta Berkenaan Anak Yang Berkemahuan tinggi

Fakta berkenaan anak yang berkemahuan tinggi atau “strong willing” yang kebanyakan ibu bapa terlepas pandang kerana beranggapan bahawa mereka sama seperti anak yang lain. Anak yang berkemahuan tinggi ini biasanya kelihatan degil pada zahir mahupun batin kerana sifat ingin tahu mereka yang sangat tinggi akan sesuatu. Justeru itu, bagi anak yang berkemahuan tinggi mereka TIDAK takut terjatuh, berdarah, sakit dan sebagainya. Hal ini disebabkan, mereka lebih gemar mencuba sesuatu yang baru bagi merasai kelainanya.

“Anak yang berkemahuan tinggi biasanya dikenali sebagai anak yang keras kepala, susah diuruskan, degil dan TIDAK sabar dalam melakukan sesuatu”

TAHUKAH ANDA!!!

Anak yang berkemahuan tinggi ini bukan nakal atau degil tetapi sebenarnya mereka sedang dalam satu fasa atau proses belajar dan bereksplorasi sesuatu yang baru tanpa ibu bapa sedari.

Fakta Berkenaan Anak Yang berkemahuan tinggi

Anak adalah satu pengikat kasih sayang antara suami isteri. Justeru itu, sekiranya ibu bapa mendapatkan anak yang berkemahuan tinggi mereka WAJIB ketahui fakta berkenaan anak yang berkemahuan tinggi ini bagi mengelakkan mereka mengalah dalam mendidik anak.

***Anak yang degil merupakan anak yang paling berjaya suatu hari nanti***

Antara fakta berkenaan anak yang berkemahuan tinggi ini adalah:-

1) Tinggi cita-cita

Anak yang berkemahuan tinggi

Bagi anak yang mempunyai kemahuan yang tinggi ini mereka gemar memasang cita-cita yang tinggi dalam sesuatu perkara. Hal ini bagi memastikan apa yang dihajati oleh mereka tercapai. Sekiranya mereka sudah meletakan sesuatu sebagai penanda aras kejayaan mereka maka mereka TIDAK AKAN BERPALING lagi. Ikuti sahaja kehendak mereka selagi TIDAK melampaui batas seorang anak terhadap ibunya.

“Anak yang mempunyai kehendak yang tinggi ini mudah berjaya kerana setiap target yang diletak dalam hidupnya WAJIB mereka kecapai”

Meletakkan target yang tinggi itu bagus TETAPI sebagai ibu bapa mereka perlu bijak dalam mengajar erti redha dan sabar dalam meletakkan sesuatu target. Hal ini bagi mengelakkan mereka berasa kecewa sekiranya target yang mereka letakkan itu tidak boleh dikecapi.

2) Boleh berdikari

Anak yang berkemahuan tinggi

Anak yang mempunyai kemahuan yang tinggi ini mudah belajar sesuatu perkara yang baru dan mempunyai sifat ingin tahu akan sesuatu dengan lebih lagi daripada orang lain. Justeru itu, anak seperti ini mudah berdikari dengan sendirinya.

“Anak seperti ini perlu ibu bapa berikan sedikit kebebasan untuk mereka mencuba sesuatu yang baru agar mereka mampu ketahui perkara yang baru mengikut cara mereka tersendiri”

3) Banyak bertanya soalan

Anak yang berkemahuan tinggi

Pertanyaan soalan demi soalan itu bagus untuk perkembangan minda anak-anak. Justeru itu, ibu bapa perlu bijak dalam menyediakan jawapan kepada mereka agar jawapan yang diberikan mampu mendidik jiwa mereka kearah kebaikan. Anak yang mempunyai kemahuan yang tinggi ini mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi sehingga mampu menjadikan mereka seorang yang suka membaca demi mengetahui sesuatu perkara yang baru.

“Anak yang mempunyai kemahuan yang tinggi ini amat mementingkan jawapan daripada ibu bapa jadi ELAKKAN mereka daripada tidak mendapatkan sebarang jawapan daripada persoalannya”

Tips Mendidik anak yang baik:-

  • Sentiasa mendampingi anak ketika perasaan ingin tahu mereka membuak-buak
  • Fahami kehendak dan kemahuan mereka sebagai seorang anak yang ingin ketahui sesuatu yang baru
  • ELAKKAN penggunaan internet tanpa ada kawalan daripada orang dewasa kerana BUKAN semua sumber daripada internet adalah selamat

4) Gemar menguji kesabaran

Dari satu persolan ke persoalan yang lain mampu menguji kesabaran ibu yang menjaga mereka. Justeru itu, ibu bapa perlu menpersiapkan diri 100% sebbelum berjumpa dengan anak yang gemar menguji kesabaran ini. Setiap pagi mereka perlu sentiasa recharge semula idea mereka agar sentisa cekap dalam memberikan jawapan dalam setiap satu persoalan yang ditanyakan.

PERINGATAN!!!

Bukan anak sahaja yang gemar menguji kesabaran tetapi ibu bapa juga perlu menguji tahap kesabaran mereka ketika mendidik anak yang mempunyai kemahuan yang tinggi ini. Ibu bapa WAJIB menjadi ibu bapa yang kreatif dan optimistik dalam mendidik anak yang mempunyai kemahuan yang tinggi ini.

5) Mudah marah dan suka mengarah

Sifat anak yang mempunyai kemahuan yang tinggi ini salah satunya adalah mudah marah dan suka mengarah. Walaupun, mereka masih kecil tetapi sifat mudah marah mereka terkadang sehingga mampu meembuatkan ibu bapa malu.

Justeru itu, JANGAN pernah mengabaikan tangisan anak yang tinggi sifat kemahuan mereka. Malahan ibu bapa sangat DISARANKAN untuk mendengar dahulu kehendak dan kemahuan mereka.

Semua perbuatan diaatas mampu membuatkan mereka mendengar kata dan mudah untuk membuat kata sepakat dengan mereka. Selain daripada mempunyai yang suka marah mereka juga mempunyai satu sifat yang PALING DIBENCI oleh orang ramai iaitu sifat bossy. Sifat ini bukanlah satu sifat yang baik malahan ianya mampu membuatkan seseorang itu dibenci buat selama-lamanya. Jadi sekiranya ibu bapa melihat telah wujud sifat seperti ini AJARI mereka agar TIDAK mewujudkan sifat ini.

“ELAKKAN anak menjadi bossy tetapi GALAKKAN anak menjadi pendengar yang setia”

Anak adalah acuan daripada ibu bapa sekiranya acuannya buruk maka buruk jugalah akhlak anak-anak. Justeru itu, sebagai ibu bapa jadilah suri tauladan yang terbaik buat anak-anak kerana “Lunturlah buluh dari rebungnya”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh