5 Ciri-ciri Dan 3 Faktor Penyebab Pedofilia

Pasti ramai di luar sana pernah mendengar gambar anak artis digunakan untuk tindakan pelunas nafsu. Tetapi sebenarnya perkataan yang sesuai bagi tindakan ini adalah pedofilia kerana mereka boleh melunaskan nafsu mereka walaupun kanak-kanak tersebut tiada di hadapan mereka.

Pedofilia adalah salah satu penyakit psikiatrik di mana golongan dewasa mempunyai kelainan hasrat atau fantasi seksual yang melibatkan kanak-kanak dibawah umur (13 tahun dan ke bawah).

“Walaupun terdapat kanak-kanak perempuan akil baligh bermula 10-11 tahun dan lelaki bermula 11 dan 12 tahun TETAPI kriteria Pedofilia adalah bermula 13 tahun”

Manakala pelaku Pedofilia kebiasaannya terdiri daripada golongan dewasa (di atas umur 16 tahun) ATAU mempunyai perbezaan 5 tahun daripada mangsa Pedofilia.

“Individu Pedofilia ini mempunyai kecenderungan seks terhadap kanak-kanak di bawah umur”

Ciri-Ciri Pedofilia dan Faktor Penyebab Pedofilia

Pedofilia merupakan penyakit psikologi yang boleh dirawat. Tetapi ia perlu dikenalpasti dengan ciri-ciri dan faktor-faktornya oleh orang sekelilingnya. Jika tidak dikanlpasti dan dirawat menyebabkan mereka semakin teruk dan tidak terkawal. oleh itu, kita semua perlu ada maklumat dan info untuk mengenali individu ini supaya mereka dapat dibantu, dan orang lain tidak menjadi mangsa. 

Kriteria Diagnostic Pedofilia

Menerusi Diagnostic and Statistical Manual Disorder (DSM-5), kriteria seseorang individu dikenali sebagai Pedofilia adalah seperti:-

  1. Individu perlu sekurang-kurangnya berumur 16 tahun dan ke atas
    ​Mempunyai RANGSANGAN FANTASI atau PERASAAN SEKSUAL yang kuat terhadap kanak-kanak 5 tahun lebih kecil atau 13 tahun dan ke bawah
  2. ​Kanak-kanak yang baharu dalam fasa melanjut atau yang sedang menghadapi perubahan akil baligh
  3. ​Hanya boleh dikenali sebagai Pedofilia jika mendapatkan gangguan MELEBIHI 6 bulan
  4. ​Individu yang menghadapi kesukaran untuk memberi tumpuan dan mudah tertekan secara fizikal dan mental disebabkan oleh rangsangan dan perasaan seksual terhadap kanak-kanak
Baca Juga :   Dilema Ibu Bapa Ketika Mendidik Anak

 

Ciri-Ciri Pedofilia

Individu yang mempunyai gangguan Pedofilia mempunyai beberapa ciri-ciri seperti:

  • ​Mudah berfantasi untuk melakukan perlakuan seksual terhadap kanak-kanak 13 tahun dan ke bawah.
  • Mempunyai pendapat bahawa perasaan dan rangsangan seksual daripada kanak-kanak 13 tahun dan ke bawah adalah normal.
  • Mempunyai keinginan seksual untuk melihat kanak-kanak bertingkah laku seksual seperti tidak berpakaian dan lain-lain.
  • Mempunyai keinginan atau kecenderungan untuk mendukung mahupun membenarkan kanak-kanak untuk duduk di atas riba bagi mendapatkan sentuhan fizikal di bahagian kemaluan
  • Kekerapan melancap (melepaskan nafsu) yang aktif menerusi media visual kanak-kanak berpakaian cantik mahupun pornografi kanak-kanak

Faktor Penyebab Pedofilia

Faktor penyebab berlakunya Pedofilia dalam kalangan rakyat Malaysia

1) Faktor kendiri Pelaku

Pedofilia

Konsep kendiri, ciri- ciri peribadi seseorang itu, dan perilaku yang membawa kepada wujudnya tarikan seksual terhadap kanak-kanak

“Tidak akan berlakunya pedofilia sekiranya si pelaku tidak MEWUJUDKAN tarikan seksual terhadap kanak-kanak”

2) Faktor persekitaran keluarga

Pedofilia

Faktor persekitaran keluarga memainkan peranan yang penting dalam membentuk sifat seseorang. Justeru itu, setiap pelaku pedofilia ini pasti mempunyai sejarah keluarga yang boleh menjadi penyebab seseorang itu ketagih atau tertarik akan hubungan seksual ini.

Salah satu faktor penyebabnya adalah disfungsi keluarga, kecelaruan emosi anak-anak, dan sejarah penderaan seksual dalam keluarga. Ianya boleh menjadi penyumbang kepada wujudnya tarikan seksual terhadap kanak-kanak semasa dewasa.

“Rumah adalah tempat pertama mendapatkan ilmu jadi jadikanlah rumahku syurgaku agar dapat melahirkan generasi yang mencintai antara satu sama lain kerana Allah”

***Pilihan itu di tangan ibu bapa***

3) Sejarah penderaan seksual semasa zaman kanak-kanak

Pedofilia

Sesetengah kes yang menjadi penyebab berlakunya Pedofilia adalah di sebabkan oleh sejarah penderaan seksual semasa zaman kanak-kanak.

Terdapat kajian di luar negara menunjukkan bawah kanak-kanak perempuan yang sering terdedah kepada hubungan seks lebih cenderung ketagih hubungan seks ketika dewasa. Manakala, bagi kanak-kanak lelaki pula lebih cenderung menjadi pelaku bagi membalas segala kesukaran yang dialami selama ini.

Justeru itu, sebagai ibu bapa yang penyayang anda perlu sentiasa mengkaji faktor penyebab mengapa terkadang anak menjadi pendiam atau penakut. Mungkin kita sendiri tidak ketahui bahawa anak kita sudah menjadi salah satu mangsa Pedofilia tanpa kita sedari.

Baca Juga :   Kulit Kusam Dan Tidak Bermaya

Ambil tindakan yang segera sekiranya kita mendapati bahawa masalah terus sahaja berleluasa kerana sesungguhnya dengan wujudnya masalah pedofilia ini, ianya akan membantutkan tumbesaran anak-anak tanpa disedari.

“Ibu bapa itu sendiri perlu mewujudkan suasana pesekitaran yang selamat buat anak-anak kerana ibu bapa adalah suri tauladan yang terbaik buat anak-anak”.

Rujukan:-
1) https://www.researchgate.net/publication/337485185_PEDOFILIA_DI_MALAYSIA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh