5 Cara Untuk Meningkatkan Penghasilan Susu Ibu

5 Cara untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Impian seorang yang bergelar ibu adalah menyusukan anak sehingga 2 tahun sekiranya mampu. Tetapi, sekiranya tidak mampu sudah memadai menyusukan anak sehingga 6 bulan TANPA penambahan nutrisi selain daripada susu ibu. Ianya adalah mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan “World Health Organisation (WHO)” berkenaan dengan penyusuan secara ekslusif sehingga bayi berusia 6 bulan. Justeru itu, para ibu pasti risau sekiranya susu badan semakin berkurangan dari sehari ke sehari.

Jadi, sebagai seorang ibu mereka pasti akan mencari alternatif lain bagi memastikan susu badan cukup sekurang-kurangnya sehingga bayi berusia 6 bulan atau sebelum bayi boleh mengambil makanan luar selain daripada susu ibu.

Antara alternatif untuk meningkatkan penghasilan susu ibu adalah:-

1) Menyusukan bayi dengan lebih kerap

Susu Ibu
Menyusukan bayi dengan kerap dan biarkan bayi anda berhenti menyusu sendiri tanpa dipaksa. Ianya mampu membantu meningkatkan penghasilan susu dalam tubuh badan ibu.

Semasa bayi menyusu payudara, hormon akan menghasilkan susu selepas sahaja bayi menghisap puting. Semakin banyak bayi menyusu, semakin banyak susu yang dihasilkan dari payudara ibu.

INFO TAMBAHAN!!!

Menyusukan bayi 8 hingga 12 kali sehari dapat membantu mewujudkan dan mengekalkan pengeluaran susu ibu bagi hari yang seterusnya.

“Tetapi penyusuan yang sedikit ATAU banyak bukan merupakan salah satu kayu ukur kadar kesihatan bayi”

2) Penyusuan susu ibu dari kedua-dua belah payudara

Biarkan bayi menyusu dari kedua payudara pada setiap penyusuan. Biarkan bayi menyusu dari payudara pertama sehingga mereka berhenti menyusu sebelum memberikan payudara kedua. Penggunaan kedua-dua belah payudara ini mampu memberi rangsangan oksitosin dan dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu.

3) Pam susu di antara penyusuan bayi

Susu ibu
Mengepam antara penyusuan juga dapat membantu anda meningkatkan pengeluaran susu. Ianya merupakan salah satu terapi untuk meningkatkan lagi pengeluran susu ibu. Memanaskan payudara sebelum mengepam juga dapat membantu menjadikan anda lebih selesa dan mengepam lebih mudah.

Ibu boleh mencuba untuk mengepam susu setiap kali:


• Terdapat susu yang tinggal selepas bayi menyusu.
• Bayi tidak menyusu.
• Bayi mendapat sebotol susu ibu atau formula

4) Mendapatkan Nutrisi yang mencukupi

Susu ibu

Walaupun ibu tidak makan untuk dua orang seperti ketika mengandung, TETAPI tubuh badan anda perlu mendapatkan nutrisi yang mencukupi bagi memulihkan tubuh badan ketika bersalin. Justeru itu, setiap hidang bagi wanita yang menyusukan bayi WAJIB ada buah-buahan dan sayur-sayuran. Separuh lagi harus merangkumi karbohidrat dan protein.

“HADKAN makanan dan minuman yang dibungkus, diproses yang tinggi garam, lemak tepu, dan gula tambahan”

Anda juga perlu mendapat cukup:

a) Protein: Protein membantu tubuh anda pulih selepas ibu mengalami pendarahan atau luka ketika melahirkan anak.

b) Kalsium: Ibu yang menyusukan memerlukan 1,000mmg kalsium sehari
√ Dalam pengiraan yang mudah adalah 3 kali hidangan susu rendah lemak setiap hari.

c) Zat Besi: Nutrien ini membantu tubuh anda membuat sel darah baru, yang sangat penting jika anda kehilangan banyak darah semasa bersalin.
Makanan yang mempunyai zat besi yang tinggi :-
√ Daging merah
√ Kekacang
√ Kurma / kismis
√ Sayur bayam

INFO SIHAT!!!
Sama ada anda seorang vegetarian atau bukan, keperluan protein harian untuk wanita menyusu adalah 10 mg setiap hari untuk wanita berumur 19 tahun ke atas.

“Sekiranya anda mempunyai anak kembar tanyakan kepada doktor anda adakah kemungkinan anda memerlukan makanan tambahan (supplement) untuk mendapatkan nutrisi yang betul”

5) Mengambil “Milk Booster”

Milk Booster adalah sejenis susu/supplement yang menggalakkan pengeluaran susu ibu yang semakin berkurang disebabkan oleh pelbagai faktor”

Milk booster ini terdapat dalam pelbagai jenis dan kebiasaannya pengambilan milk booster adalah salah satu cara untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Kebiasaannya pakar pemakanan, doktor atau farmasi akan memberikan cadangan kepada ibu yang mengalami masalah kekurangan susu setelah ibu memberitahu situasi atau faktor penyebab susu badan semakin berkurangan.

Milk booster ini hanya membantu menambahkan penghasilan susu TETAPI walau bagaimana sekalipun, ibu perlu sentiasa sihat tubuh badan bagi mengalirkan susu yang banyak”

Sekiranya bekalan susu ibu semakin rendah atau sememangnya susu ibu menghadapi masalah lain dengan penyusuan, cuba ingat moto ini “Fed is best.” Selagi bayi anda diberi makan /pemilihan penyusuan dengan baik dan mendapat khasiat yang mereka perlukan, susu ibu atau susu formula semuanya baik-baik saja. Asalkan bayi sihat dan mendapatkan nutrisi yang mencukupi ianya sudah memadai.

Rujukan:-
1) https://www.webmd.com/parenting/baby/nutrition-guide-new-moms
2) https://www.healthline.com/health/parenting/how-to-increase-breast-milk#causes-for-low-milk-supply
3) Recommended Nutrient Intakes for Malaysia 2017.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh