5 Cara Untuk Meningkatkan Imunisasi Tubuh Badan

Cara untuk meningkatkan imunisasi tubuh badan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan ada banyak. Justeru itu, untuk kekal sihat anda perlu mengikuti cara untuk meningkatkan Imunisasi Tubuh badan. Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin. Ianya bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit yang berjangkit. 

***VAKSIN BUKAN UBAT UNTUK MEMULIHKAN VIRUS COVID -19 IANYA ADALAH SALAH SATU ALTERNATIF ATAU USAHA UNTUK MENGHALANG DARIPADA PENYEBARAN VIRUS TERSEBUT***

5 Cara Untuk Meningkatkan Imunisasi Tubuh Badan

Cara untuk meningkatkan Imunisasi tubuh badan adalah seperti:-

1) Amalkan pemakanan yang sihat

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), amatlah DISARANKAN untuk mengamalkan pemakanan yang sihat. Hal ini bagi memastikan anda kekal sihat walaupun berada kekal di rumah. Justeru itu, amalkanlah diet pemakanan yang sihat.

Cara untuk meningkatkan imunisasi


Anda boleh menggunakan amalan pinggan sihat atau Pyramid Makanan 2020 untuk dijadikan rujukan amalan seharian. Menerusi pinggan sihat Malaysia anda boleh:-

  • 1/3 daripada pinggan boleh diletakan karbohidrat (contoh : mee, nasi, bari, roti dll)
  • 1/3 daripada pinggan diletakan lauk (protein)
  • 1/2 daripada pinggan diletakan sayur-sayuran
  • Air masak 1 gelas

Selain daripada mengamalkan diet yang sihat dan seimbang anda juga boleh MENGAMALKAN pemakanan sunnah. Hal ini disebabkan amalan pemakanan sunnah juga boleh membantu untuk meningkatkan imunisasi tubuh badan.

Antara amalan makanan sunnah adalah seperti:-

  • Kurma
  • Kismis
  • Madu
  • Air zam zam
  • Minyak zaitun

Terdapat banyak lagi jenis amalan makanan sunnah yang di amalkan oleh Rasullullah S.A.W. Kita perlu pelajarinya lagi agar dapat dijadikan ikuti setiap insan. 

SUDUT INFO!!!

Rasulullah S.A.W mengamalkan cara hidup yang sihat menerusi gaya pemakanan yang seimbang dan sentiasa bersederhana. Justeru itu, gaya hidup Baginda sangat sesuai untuk dijadikan pedoman hidup agar terhindar daripada gejala penyakit.

Baca Juga :   Ayam Dicemari Bakteria Menyebabkan Keracunan Makanan

2) Bersenam untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan

Senaman ini bagus untuk meningkatkan sistem dalam tubuh badan. Justeru itu, kita perlu pelajari pelbagai jenis senaman yang sesuai untuk diri kita. ELAKKAN mengikuti cara dan senaman yang TIDAK BERSESUAIAN dengan tubuh badan kita kerana ianya akan menimbulkan kecederaan pada tubuh badan TERUTAMANYA otot.

Antara senaman yang boleh dilakukan di rumah adalah seperti:-

  • Turun naik tangga
  • Skipping
  • Lompat bintang (TIPS : mulakan aktiviti lompat bintang daripada lompatan yang sedikit dan tingkatkan intensiti sedikit demi sedikit)

PERINGATAN!!!

Lakukan senaman ini mengikut kemampuan tubuh badan anda bagi MENGELAKKAN tubuh badan anda daripada mendapatkan kecederaan. DISARANKAN untuk tingkatkan intensiti kepantasan atau kelajuan senaman sekali dalam masa seminggu.

3) Dapatkan rehat atau tidur yang mencukupi

Rehat yang mencukupi amat PENTING bagi semua orang terutamanya bagi mereka yang sedang mengalami tekanan atau stress. Justeru itu, DIGALAKAN setiap orang mendapatkan sekurang-kurangnya 8 jam sehari rehat agar minda boleh berfungsi dengan sempurna.

Tips mudah untuk mendapatkan rehat atau tidur yang mencukupi adalah dengan:-

  • Dengarkan alunan zikir sebelum tidur
  • BACA doa sebelum tidur
  • ELAKKAN daripada menonton TV 30 minit sebelum tidur
  • AMALKAN mandi menggunkan air panas sebelum tidur
  • JAUHKAN diri daripada gadjet elektronik 
  • JANGAN bawa masalah kerja atau stress sebelum tidur

4) Amalkan penjagaan kebersihan diri yang betul

Walaupun anda sudah kekal berada di rumah, anda WAJIB mengamalkan penjagaan kebersihan diri dengan betul. Ianya bagi melatih diri anda untuk menjaga kebersihan diri walau dimana anda berada. Justeru itu, anda perlu kerap:-

  • Mencuci tangan menggunakan sabun
  • Kekal menjaga kebersihan diri
  • ELAKKAN diri daripada tidak terus membersihkan diri apabila anda berada di luar kawasan rumah
  • Tingkatkan pengambilan air
Baca Juga :   Cara Menabung Untuk Pergi Umrah

Amalan penjagaan kebersihan diri yang betul bukan sahaja penting semasa pandemik ini TETAPI ianya juga penting untuk kita bertemu dengan ALLAH. Justeru itu, amalan penjagaan kebersihan diri ini amatlah PENTING. 

5) Kawal emosi atau stress

Semasa PKP di umumkan, gangguan emosi adalah musah yang paling sukar untuk ditangani. Justeru itu, kita perlu BIJAK dalam menangani masalah emosi atau stress.

Stress boleh terjadi sekiranya anda berada di dalam keadaan:-

  • Panik
  • Anxiety
  • Ketakutan
  • Marah
  • Rasa bersalah akan sesuatu

Semua keadaan ini akan melahirkan perasaan stress atau kesukaran untuk mengawal emosi. Sekiranya perasaan ini hadir, anda WAJIB mengawalnya dengan cara :-

Cara untuk meningkatkan imunisasi

  • Bagi umat Islam
    • Ambilah wuduk sekiranya emosi anda tidak stabil
    • Tunaikan solat sunat agar hati anda menjadi tenang semula
    • Perbanyakan zikir dan selawat ke atas nabi 
  • Bersyukur dengan apa yang berlaku kerana setiap apa yang berlaku ada hikmahnya
  • Alihkan fokus masalah yang di hadapi dengan kegembiraan yang bakal dinantikan
  • Lakukan sesuatu perbuatan yang anda suka agar hilang rasa stress tersebut

Tarik nafas sedalam-dalamnya agar stress yang dihadapi itu dapat dikawal dengan tenang

Setiap satu perkara yang berlaku adalah yang terbaik untuk setiap insan. Sekiranya anda mengikuti cara yang diberikan maka anda mampu untuk meningkatkan imunisasi tubuh badan sebelum anda mendapatkan vaksin. Imunisasi tubuh badan perlu dipertingkatkan untuk melawan virus COVID -19 ini. Justeru itu, amalkan 5 cara untuk meningkatkan imunisasi tubuh badan anda.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh