5 Cara Untuk Mengurangkan Masalah Sakit Badan

Pada zaman kini, pelbagai masalah kesakitan yang berlaku akibat kesempitan hidup. Pelbagai cara untuk mengurangkan masalah sakit badan agar mereka mampu untuk bekerja lagi tanpa mengeluarkan duit yang banyak. Kesukaran ini bertambah akibat pandemik COVID -19. Justeru itu, bagi mengurangkan masalah kesakitan tubuh badan kami akan ajari cara untuk mengurangkan masalah sakit badan ini.

“Sekiranya sakit badan tidak berkurangan dan semakin teruk anda dinasihati untuk berjumpa dengan pakar bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya”

Cara Untuk Mengurangkan Masalah Sakit Badan

Antara cara untuk mengurangkan masalah sakit badan bagi mereka yang bersusah payah mencari pekerjaan untuk meneruskan kehidupan adalah seperti:-

1) Tidur yang mencukupi

Cara untuk mengurangkan masalah sakit badan


Disebabkan terlalu sibuk bekerja, pasti ramai yang tidak memdapatkan tidur yang cukup. Disebabkan oleh itu, anda pasti akan mengalami sakit badan yang agak teruk sehingga menggangu ketenteraman dan keselesaan semasa melakukan pekerjaan.

TAHUKAH ANDA!!!

Tidur yang mencukupi baik untuk fungsi otak yang sihat. Justeru itu, tidur yang mencukupi baik untuk emosi dan fizikal diri serta keselamatan diri dalam melaksanakan tugas seharian dan membantu dalam meningkatkan imunisasi tubuh badan.

Justeru itu, bagi mengurangkan kelenguhan tubuh badan kita disarankan untuk tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Dinasihati agar ELAKKAN tidur pada sebelah pagi secara berlebihan.

Tips untuk mendapatkan tidur yang cukup:-

  • Selaraskan jadual tidur setiap hari
    ​ELAKKAN hidangan yang besar dua jam sebelum tidur
“Selain daripada tidak boleh tidur, ditakuti berlaku reflux sekiranya mengambil makanan yang besar 2 jam sebelum tidur”
  • ​Elakkan mengambil minuman berkafein (minuman berkafein akan menggangu waktu tidur) dan alkohol sebelum tidur
***Bukan semua orang akan mengalami masalah tidur apabila mengambil minuman yang berkafein***
  • ​Elakkan pengambilan ubat-ubatan yang boleh menganggu waktu tidur
    ​Mandi air panas sebelum tidur
“Mandi air panas mampu menyegarkan tubuh badan sebelum tidur”

2) Ambil sarapan pagi sebelum melakukan pekerjaan

Cara mengurangkan masalah sakit badan


Sarapan pagi penting bagi memastikan metabolisma dalam tubuh badan di tahap yang optimum. Selain itu, sarapan pagi juga mampu membekalkan nutrisi yang penting bagi keperluan tubuh badan dalam sehari serta ianya mampu memberi tenaga berpanjagan sebelum anda mengambil makanan tengah hari.

Kebaikan dan kelebihan bersarapan pagi buat seisi keluarga:-

  • Mampu menghimpuan semua ahli keluarga sebelum melakukan sesuatu aktiviti
  • ​Menjimatkan aliran kewangan kerana tidak makan diluar
  • ​Dapat merasai makanan yang sihat dan mengeratkan hubungan kekeluargaan
Baca Juga :   Diet Bagi Diabetes Ketika Hamil

3) Elakkan pengambilan makanan yang banyak dalam satu masa

Makanan utama (sarapan) amat penting bagi meningkat tenaga bagi kegunaan seharian. TETAPI ELAKKAN pengambilan makanan yang terlalu banyak dalam satu masa. Hal ini disebabkan pengambilan makanan di awal pagi dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan seseorang itu mudah berasa letih dan mudah mengantuk. Maka ianya akan membahayakan diri anda sendiri.

INFO!!!

Tahukah anda kita perut mengambil masa selama 6 jam untuk memproses makanan yang dimakan. Sekiranya kita mengambil makanan terlalu banyak semasa sarapan ianya akan menganggu fokus semasa melaksanakan sesuatu pekerjaan kerana tubuh sedang bekerja keras untuk menghadam makanan.

Setiap pengambilan perlu secara bersederhana, pengambilan yang berlebihan akan memberikan kesan negatif dalam sistem pencernaan. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran agar tubuh tahan kenyang dengan lebih lama.

4) Tingkatkan pengambilan air


70 % daripada tubuh badan adalah air. Justeru itu, tubuh badan kita amat memerlukan air untuk menyelaraskan suhu badan.

Pada masa yang sama, air diperlukan untuk membekalkan nutrisi kepada:-
√ Organ tubuh badan
√ Bertindak sebagai cecair yang membawa oksigen kepada sel dalam tubuh
√ Membantu membuang bahan toksik
√ Bertindak sebagai pelincir kepada sendi dan organ tubuh badan.

Bagi seseorang yang kurang pengambilan air, ianya boleh mengakibatkan penyakit seperti risiko:-

  • ​Batu karang
  • ​Sakit kepala,
  • ​Kesakitan sendi dan otot,
  • ​Lesu pada wajah dan kehausan
  • ​Air kencing juga akan berbau kuat dan berwarna kuning pekat

“Air kencing berwarna kuning bermakna ia jelas menandakan seseorang itu mengalami kekurangan air (hidrasi)”.

Justeru itu, pengambilan air yang mencukupi amat penting dalam kehidupan seharian.

INFO!!!

Kita akan kehilangan air dengan banyak daripada tubuh badannya menerusi pembuangan air kencing, pernafasan dan berpeluh. Bagi mereka yang aktif bersukan, kadar kehilangan air adalah lebih banyak berbanding dengan mereka yang kurang aktif. Justeru itu, tingkatkan pengambilan air dalam seharian.

Baca Juga :   Snek sihat Untuk Si Manja

5) Faktor pemakanan

Kurangkan pengambilan makanan fast food kerana ianya mengandungi MSG yang tinggi serta berminyak. Bukan dalam fast food sahaja malahan makanan yang kita pesan di luar juga mempunyai penambahan bahan perasa. Lebihkan pengambilan sayur-sayuran Serta perbanyakkan makan buah buahan kerana ianya mempunyai vitamin dan mineral yang tinggi.

ELAKKAN makan makanan yang sejuk (makanan yang menyebabkan angin dan sakit urat). Antaranya adalah seperti kekacang, jenis-jenis ubi, tumbuhan dll kerana setiap individu mempunyai metabolisma yang berbeza. Justeru itu, pengambilan makanan yang sihat amat penting bagi mengelakkan tubuh badan daripada mengalami keletihan yang teramat sangat.

KLIK DISINI untuk info tambahan berkenaan dengan pemakanan yang betul

Duit penting bagi melestarikan kehidupan pada hari esok TETAPI sekiranya tubuh tidak sihat maka duit juga sukar untuk dicari. Sayangilah tubuh badan anda kerana sesungguhnya tubuh badan tiada galang gantinya. Siapa anda kini, adalah siapa anda dahulu.

Rujukkan:-

1) http://www.beritakampus.usm.my/index.php/berita/rencana/1799-kepentingan-air-dalam-kehidupan
2) https://www.myhealthmylife.com.my/ms/kehidupan-yang-sihat/mendapatkan-tidur-yang-mencukupi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh