5 Cara Tidurkan Anak di Awal Hari

5 Cara Tidurkan Anak di Awal Hari. Apabila sebut kanak-kanak apa yang bermain di minda adalah cara tidurkan anak di awal hari. Awal hari di sini bukanlah pada waktu pagi TETAPI di awal hari di sini bermaksud tidurkan anak pada waktu malam tetapi bukan pukul 12 dan ke atas. Sekiranya mereka tidur terlalu lewat ianya akan menyebabkan mereka mudah meragam dan ibu yang menjaga juga mudah verasa penat.

Disebabkan anak selalu tidur lewat, kita sering mendengar ibu bapa yang bekerja tidak cukup tidur. Disebabkan oleh itu, mereka menjadi kurang alert semasa melakukan pekerjaan di pejabat. Walaupun alasan anak tidur lewat merupakan satu alasan yang tidak boleh diterima pakai semasa anda bekerja tetapi ianya adalah salah satu punca mengapa ibu bapa yang berkerjaya kurang fokus ketika melakukan kerja. Bukan semua tetapi hampir 70% akan memberikan alasan itu sekiranya mereka ada ibu bapa buat kali pertamanya.

Justeru itu, disini kami akan menyediakan beberapa cara tidurkan anak di awal hari.

Cara Tidurkan Anak di Awal Hari

Antara cara tidurkan anak di awal hari adalah:-

1) Kurangkan masa tidur anak-anak pada sebelah petang.

Bagi anak-anak yang sukar tidur di malam hari, KURANGKAN mereka tidur pada sebelah petang. Bukan bermaksud mereka tidak boleh tidur pada waktu petang tetapi pendekkan masa tidurnya pada sebelah petang agar mereka mudah tidur pada sebelah malamnya.

Sekiranya mereka kurang tidur pada sebelah petang kebarangkalian untuk mereka tidur awal di sebelah malam adalah tinggi. Hal ini disebabkan oleh mereka berasa penat di sebelah petang dan menyebabkan mereka mudah tidur pada sebelah malamnya.

“Tetapi sekiranya kita melihat anak sudah mulai penat pada sebelah petang tidur kan mereka dahulu agar mereka kurang meragam atau mengigau ketika tidur pada sebelah malam”

2) ELAKKAN memberi anak makan makanan yang manis sebelum tidur.

Cara tidurkan anak di awal hari
Makanan manis mampu membuatkan seseorang itu menjadi hyperaktif. Justeru itu, bagi mengelakkan anak menjadi hyperaktif tanpa kawalan ibu bapa disarankan untuk mengelakkan anak mengambil makanan yang manis 4 jam sebelum tidur.

ELAKKAN memberi mereka chocolates sebagai hadiah sekiranya mereka mendengar kata, berilah mereka buku atau alatan tulis sekiranya mereka mendengar kata. Sesungguhnya pemberian yang baik adalah pemberian yang bermanfaat bukan merosakkan anak-anak. Sekiranya mereka aktif selepas mengambil makanan yang manis sudah pasti mereka akan sukar tidur pada waktu malam kerana mereka mempunyai banyak tenaga.

INFO SIHAT!!!
ELAKKAN pengambilan makanan yang manis seperti gula-gula bagi mengelakkan kanak-kanak daripada menjadi hyperactive. Gantikan makanan manis dan tidak berkhasiat kepada vitamin supaya ianya lebih berkhasiat.

3) Bermain sehingga penat pada waktu petang.

Cara tidurkan anak di awal hari
Sekiranya ibu bapa memberi anak-anak peluang bermain di sebelah petang, maka mereka akan berasa penat di sebelah malamnya. Jadi, mereka akan cepat tidur kerana keletihan. Tetapi sediakan mereka permainan yang merangsang minda jadi dalam masa bermain mereka dapat merangsang minda untuk berfikir.

INFO!!!

Tahukah anda sekiranya kita memberikan anak-anak peluang bermain secara aktif akan menyebabkan minda mereka berkembang dengan lebih cepat. Hal ini disebabkan mereka mampu menerokai perkara baru yang boleh mengembangkan minda. Mereka juga akan menjadi lebih kreatif dalam memikirkan sesuatu TETAPI perlu di ingati setiap perkara yang di terokai perlulah dikawal atau dipantau oleh ibu bapa.

4) Baca buku cerita sebelum anak-anak tidur

Cara tidurkan anak di awal hari

Penceritaan sebelum tidur mampu membuatkan anak-anak mengingati sesuatu yang diceritakan oleh ibu bapa kerana sewaktu kita bercerita sebelum mereka tidur (mengantuk) mereka berada pada minda separa sedar.

INFO SIHAT!!!

Tahukah anda minda separa sedar amat penting bagi sesiapa yang mahu mengingati sesuatu. Semua ini disebabkan minda separa sedar ini merupakan masa yang mudah untuk merakam sesuatu. Justeru itu, penggunaan minda separa sedar amatlah berguna untuk menghafal atau mengingati sesuatu.

5) Didik anak daripada kecil tidur awal hari

Setiap didikkan yang diberikan kepada ibu bapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak. Justeru itu, ibu bapa lah yang perlu mendidik anak-anak agar tidur awal supaya memudah mereka bangun di awal pagi.

Selain itu, ibu bapa juga boleh menjadi role model dan pendidik yang mula-mula mereka berjumpa sebelum mereka bertemu dengan manusia yang bergelar pendidik. Bagi melatih anak menjadi seorang yang boleh tidur pada awal hari maka ibu bapa juga perlu membiasakan diri tidur pada awal hari.

“Anak ibarat buluh, sekiranya buluh sudah tua sukar untuk dilunturnya sama juga dengan anak-anak sekiranya sudah besar sukar untuk didik lagi “meluntur buluh biarlah dari rebungnya”.

Anak adalah anugerah terindah buat semua ibu bapa. Justeru itu, didiklah anak-anak seperti mana kita mendapat didikan daripada ibu bapa. Jangan mengabaikan anugerah terindah ini. Sesungguhnya anugerah ini juga adalah amanah daripada Allah, justeru itu jagalah mereka dengan baik.


Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh