5 Cara Penjagaan Bayi Pramatang

Anak adalah anugerah yang terindah buat pasang yang baru sahaja berkahwin. Justeru itu, kami akan mengajar cara penjagaan bayi pramatang buat ibu bapa yang baru sahaja menimang cahaya mata. Disini kami akan mengajar serba sedikit berkenaan dengan cara penjagaan bayi pramatang buat ibu bapa yang baru menjadi ibu bapa.

Cara Penjagaan Bayi Pramatang

Cara penjagaan bayi pramatang
Antara cara penjagaan bayi pramatang adalah:-

1) Sediakan tempat tidur khas buat bayi yang dilahirkan pramatang

Tidur yang berkualiti dan cukup amat penting bagi bayi yang pramatang. Hal ini disebabkan tidur yang mencukupi dapat membantu dalam perkembangan sel-sel otak dan juga hormon pertumbesaran. Lampu yang tidak terlalu cerah (lampu malap) memainkan peranan untuk bayi tidur dengan baik dan berkualiti. Justeru itu, selepas anak pramatang keluar daripada hospital sediakan tempat tidur khas agar mereka dapat tidur yang berkualiti.

PERHATIAN!!!

ELAKKAN tempat tidur atau persekitaran yang kurang bersih bagi bayi pramatang kerana mereka lebih sensetif daripada bayi yang lahir secara normal. SEBENARNYA penyediaan tempat yang bersih adalah penting kepada semua bayi tidak kira bayi pramatang atau bayi yang normal.

Tidur yang mencukupi buat bayi yang baru lahir juga membantu mengelakkan mereka daripada menangis atau meragam di siang hari. Sekiranya bayi sering menangis atau meragam ianya juga mampu menggangu kesihatan dan emosi ibu yang baru melahirkan.

INFO!!!

Bayi yang baru lahir sehingga tiga bulan memerlukan waktu tidur antara 14 hingga 17 jam sehari. Manakala bayi yang berusia empat hingga 11 bulan perlu mendapatkan tidur selama 12 hingga 16 jam sehari.

2) Lakukan sentuhan kepada bayi

Rangsangan atau sentuhan daripada seorang ibu kepada anak. Hal ini disebabkan, fitrah seorang bayi (tidak kira yang lahir pramatang atau normal) suka akan belaian dan mendengar suara ibunya. Justeru itu, dengan wujudnya sentuhan antara ibu dan anak mampu memberikan anak kekuatan bagi meneruskan perjuangan untuk hidup.

TAHUKAH ANDA!!!

Dengan sentuhan dan perbualan (komunikasi) dengan bayi yang pramatang mampu merangsang penglihatan bayi pramatang. Sebenarnya sentuhan dan komunikasi mampu menguatkan lagi seorang anak itu.

3) Berikan susu ibu kepada bayi pramatang


Susu ibu mempunyai pelbagai khasiat yang mampu membantu tumbesaran bayi pramatang.

“Kandungan susu ibu berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar”

Antara kebaikan dan khamis susu ibu adalah:-

  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi

 

“Kolostrum melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru. Hal ini disebabkan, susu ibu tidak tercemar berbanding dengan susu luar”
  • Susu ibu mencegah pelbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • ​Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.

KLIK DISINI untuk ketahui cara meningkatkan susu ibu

***Setiap apa yang diberikan oleh seorang yang bergelar ibu adalah yang terbaik buat bayinya***

Secara keseluruhannya, penyususan bayi memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Justeru itu, pemberian susu kepada bayi pramatang amatlah membantu rangsangan bayi.

4) Sentiasa peka akan keadaan bayi

Bagi bayi pramatang, mereka memerlukan seorang ibu yang peka akan keadaannya. Peka disini bermaksud sentiasa perasaan akan perubahan yang berlaku kepada bayi. Ini disebabkan oleh keadaan fizikal yang lebih lemah berbanding bayi yang dilahirkan cukup bulan.

Justeru itu, mereka memerlukan pemerhatian yang lebih daripada bayi yang lahir normal TETAPI sebenarnya tidak kita bayi lahir normal atau tidak perhatian yang cukup perlu diberikan kepada semua.

TAHUKAH ANDA!!!

Bayi pramatang biasanya tidak suka menangis . Mereka akan lebih banyak menangis bila semakin hampir dengan tarikh sepatunya mereka dilahirkan.

5) Amalkan penjagaan kebersihan yang betul

Amalkan mencuci tangan sebersih bersihnya sebelum menyentuh bayi. Kurangkan keluar atau berjalan- jalan di tempat yang sesak dengan orang yang ramai kerana bayi pramatang ini mudah terkena jangkitan penyakit disebabkan oleh imun tubuh mereka sangat lemah. Jadi ELAKKAN sebarang sentuhan daripada mereka yang mempunyai penyakit seperti batuk, selesema dll.

Terutamanya pada musim pandemik ini, ibu bapa yang mempunyai bayi pramatang perlu sentiasa menjaga kebersihan diri sebetulnya. Ianya bagi mengelakkan bayi terjangkiti virus COVID -19 ini. Semakin kita jaga kebersihan diri sebelum memegang bayi semakin rendah kadar kebolehjangkitan terhadap virus ini.

PERHATIAN!!!

Kepada ibu bapa yang bekerja, bersihkan diri dahulu sebelum memegang anak kerana ditakuti tidak bersih.

Justeru itu, sebagai ibu bapa yang muda atau ibu bapa yang pertama kalinya mendapat bayi pramatang and WAJIB pelajari cara penjagaan bayi pramatang dengan betul. Sekiranya anda kurang arif akan penjagaan bayi pramatang anda boleh bertanya dengan nurse bagaimana cara hendak menjaga bayi pramatang ini atau pergi ke kelas penjagaan bayi pramatang ini.

***Biar bersusah-susah dahulu asalkan anak yang dilahirkan dapat penjagaan yang sempurna daripada ibu bapa. Elakkan mereka berasa terseksa dengan keadaan setempat***

Rujukkan:-
1) http://www.myhealth.gov.my/bayi-pramatang/
2) http://www.myhealth.gov.my/kebaikan-susu-ibu/



Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh