5 Cara Merawat Masalah Sembelit

Sembelit merupakan perkara biasa bagi mereka yang sering mengalami kesukaran untuk membuang air besar. Justeru itu, bagi mereka yang sering mengalami masalah kesukaran mebuang air besar anak perlu ketahui cara merawat masalah sembelit dengan betul. Sekiranya masalah sembelit ini tidak dirawat dengan betul ianya boleh membahayakan diri seseorang itu.

“Setiap satu penyakit pasti ada ubatnya sekiranya kita mengambil langkah pencegahan dari awal”

Cara Merawat Masalah Sembelit

Terdapat 5 cara merawat masalah sembelit dengan mudah. Antara caranya adalah:-

1)Tingkatkan pengambilan air kosong

Cara merawat masalah sembelit
TAHUKAH ANDA !!!

Sekitar 60-70% daripada tubuh badan kita merupakan air. Air merupakan elemen penting dalam kelangsungan proses tubuh seperti sistem pernafasan, saraf, perkumuhan dan pencernaan. Justeru itu, tubuh badan memerlukan air yang mencukupi untuk berfungsi secara normal.

Kesukaran untuk membuang air besar ketika berpantang adalah salah satu petanda kurangnya air di dalam badan. Justeru itu, para ibu yang baru bersalin DISARANKAN agar minum air kosong (TIDAK TERMASUK AIR MANIS) sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas sehari. Dalam erti kata mudah dengan pengambilan air yang mencukupi mampu menjadi pelincir agar toksin (najis) lebih mudah dibuang dan tiada istilah sembelit lagi

“Gelas mempunyai ruang sebesar 200-250ml/gelas. Bergantung kepada size kedalam atau kelebaran sesuatu gelas itu”

INFO!!!

Keperluan harian jumlah pengambilan air bagi orang normal adalah 30-40ml/kg body weight. Para ibu atau orang awam boleh mengira keperluan pengambilan air dalam sehari dengan sendirinya.

2) Tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat

 

Cara merawat masalah sembelit

Makanan yang tinggi serat dapat membantu meningkatkan pergerakan usus dan melawaskan penghadaman. Ia dapat membantu untuk melembutkan najis supaya tidak perlu meneran semasa membuang. air besar.

“Contoh makanan yang tinggi serat adalah seperti sayur-sayuran, buah-buahan, makanan bijirin penuh (barli, rye, bran, oat, dll) dan kekacang”

INFO SIHAT!!!

Sekiranya seseorang mengalami kesukaran untuk membuang air besar, mereka sangat DISARANKAN untuk mengambil buah prun. Hal ini disebabkan buah prun mempunyai kadar serat yang tinggi dan mampu memudahkan proses pembuangan TETAPI setiap manusia mempunyai proses penghadaman yang berbeza. Justeru itu, mereka perlu cuba setiap jenis makanan yang mampu memudahkan proses pembuangan.

Sayur-sayuran berdaun hijau juga bagus DIAMALKAN bagi mereka yang sedang berpantang kerana ianya BUKAN sahaja mempunyai serat yang tinggi, ianya juga mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

Pada masa yang sama, sayur-sayuran ini mempunyai rendah kalori yang amat membantu dalam proses untuk mendapatkan bentuk badan seperti sedia kala.

3) Tingkatkan pergerakkan


Amalan gaya hidup aktif kerana amalan gaya hidup aktif ini membantu dalam menyelesaikan masalah pencernaan ini. Pada masa yang sama, ianya juga membantu tubuh badan untuk menyerap segala nutrien dengan lebih berkesan.

Bagaimana pergerakkan dapat membantu masalah sembelit?

Sekiranya kita kurang melakukan pergerakkan maka ianya boleh menyebabkan kesukaran dalam masalah pembuangan kerana ketika kita melakukan pergerakkan secara tidak langsung kita mengerakkan segala otot-otot dalam sistem pencernaan dan membantu memudahkan pergerakkan makanan ke sistem pembuangan.

ANTARA CADANGAN PERGERAKAN SEMASA BERPANTANG!!!

Perbanyakkan berjalan seperti bangunlah daripada katil dan berjalan secara dekat dengan lebih kerap. Apabila di rumah pula, sekadar bersiar-siar di sekeliling kawasan perumahan pun sudah memadai asalkan ada lakukan pergerakkan dalam sehari agar memudahkan perjalanan pembuangan najis.

 

“TETAPI tidak DISARANKAN untuk berjalan di pasaraya atau mana-mana kawasan yang berskala besar kerana itu bukan tingkatkan pergerakkan TETAPI itu shopping namanya”

4) Jangan menangguhkkan masa untuk membuang air besar

Setiap manusia akan mengetahui sistem tubuh mereka sendiri. Jadi, ELAKKAN diri daripada menaguhkan masa untuk membuang air besar.

Penanguhan semasa hendak membuang boleh menyebabkan seseorang menjadi sembelit kerana penanguhan semasa hendak membuang akan menyebabkan najis yang seharusnya keluar secara semulajadi membeku dikawasan tempat pembuangan. Sekiranya itu berlaku maka masalah sembelit akan berleluasa.

TAHUKAH ANDA!!!

Sebenarnya, perasaan takut untuk membuang air besar selepas bersalin disebabkan oleh luka jahitan mampu membuatkan masalah sembelit ini semakin teruk. Kerunsingan ini secara tidak langsung akan memberi kesan kepada otot dan saraf sekaligus menyukarkan lagi proses pembuangan.

 

5) Posisi membuang air besar persis mencangkung

TIPS SIHAT!!!

Mencangkung adalah posisi paling terbaik untuk membuang air besar. Ini kerana posisi tersebut menepati fisiologi badan manusia untuk tujuan pencernaan.

Sekiranya rumah hanya mempunyai tandas duduk? Anda perlu mengikuti langkah-langkah ini.

●Duduk sepenuhnya.

“JANGAN terus mencangkung di atas tandas kerana badan belum masih kuat dan cara tersebut amat bahaya”

●Luruskan dan bongkokkan badan berulang kali untuk membantu menggerakkan otot-otot perut anda.

●Letak kaki di atas bangku kecil (35 degrees) supaya memudahkan proses pembuangan.

●Pada masa yang sama, letakkan siku di atas lutut

Terkadang kita sering mengambil mudah akan masalah sembelit ini kerana ianya tidak membawa maut. Tetapi sebenarnya anda salah masalah sembelit ini bahaya sekiranya disimpan kerana akan timbul pelbagai masalah pada masa akan datang. Justeru itu, sebagai tuan empunya tubuh badan, anda sendiri perlu ketahui fisiology tubuh badan anda.

Rujukkan:-
1) http://www.myhealth.gov.my/sembelit-3/
2) http://www.myhealth.gov.my/wemas-sembelit/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh