5 Cara Mengelakkan Anak Menjadi Picky Eater

Cara ibu bapa mengelakkan anak menjadi Picky eater, anak merupakan satu anugerah Allah yang tidak terhingga. Anak merupakan acuan yang telah dicorakkan oleh ibu bapa sendiri. Justeru itu, jangan bertanya mengapa anak menjadi seorang picky eater TETAPI carilah cara bagaimana hendak mengurangkan sifat picky dalam kalangan anak-anak (berusia 2 tahun dan ke atas).

PERINGATAN!!!

Anak menjadi seorang yang picky eater di sebabkan oleh pelbagai faktor dan salah satu faktor anak menjadi picky eater adalah disebabkan oleh:-
√ Ibu bapa itu sendiri yang MENGHADKAN sesuatu makanan kepada anak mereka
MENGHALANG anak mencuba sesuatu yang baru
√ Terlalu MEMANJAKAN anak

Justeru itu, bagi memastikan anak sentiasa mendapatkan nutrisi yang mencukupi walaupun picky. Ibu perlu melakukan sesuatu yang anak sukai TETAPI bukan mengikut kata anak. Segalanya bagi kebaikan anak itu sendiri. Bagi memastikan anak mendapatkan nutrisi yang mencukupi maka ibu boleh mengikut cara mengelakkan anak menjadi picky eater yang teruk.

Sebelum ini anda boleh mengikuti Pyramid Makanan di bawah untuk kanak-kanak:-

Picky eater

Antara cara yang boleh ibu bapa gunakan bagi anak yang picky eater adalah:-

1) Persembahan dalam penyediaan makanan perlu menarik

Walaupun makanan yang disediakan itu sihat TETAPI ibu perlu bijak dalam memilih dekorasi penyediaan makanan agar anak berminat untuk mencuba makanan yang baru. Persembahan sesuatu makanan boleh digabungkan dengan warna, saiz potongan makanan dan dekorasi makanan.

a) Warna

Penyediaan makanan dalam kepelbagaian warna amat penting bagi menarik minat anak untuk mencuba makanan baru.

“ELAKKAN pengguna warna tiruan di dalam penyediaan makanan anak kerana penggunaan pewarna tiruan membahaya kesihatan anak”

Ibu boleh menggunakan pewarna asli dari makanan itu sendiri bagi menambah pewarna dalam makanan sebagai contoh daun pandan bagi menghasilkan warna hijau, bunga roselle bagi menghasilkan warna merah, bunga telang bagi menghasilkan warna biru dll.

b) saiz potongan makanan

Buat pengetahuan para ibu, saiz potongan makanan juga memainkan peranan penting bagi mengelakkan anak menjadi seorang yang picky.

TAHUKAH ANDA!!!
Bagi anak yang baru sahaja belajar untuk makan secara sendiri memerlukan potongan makanan yang mudah dipegang agar mereka boleh makan sendiri tanpa bantuan ibu. Justeru itu, saiz potongan makanan memainkan peranan yang penting dalam menarik minat anak mencuba makanan yang baru.

Sekiranya ibu kreatif dalam penyediaan makanan anak-anak, ibu boleh melakukan potongan makanan dalam pelbagai bentuk agar anak lebih teruja untuk mencuba makanan baru. Tidak salah untuk melebihkan usaha untuk kebaikan anak.

c) Dekorasi makanan

Dekorasi pada makanan sahaja tidak mencukupi untuk menarik minat anak untuk mencuba makanan baru. Justeru itu, ibu perlu juga memilih warna pinggan, mangkuk, sudu atau garphu yang menarik agar anak boleh terus datang untuk melihat makanan yang disediakan.

“Warna yang menarik mampu menarik perhatian anak untuk melihat makanan yang disediakan”

2) Ajak anak dalam pemilihan bahan penyediaan makanan

Picky eater
Anak tidak tahu apa yang baik buat mereka kerana mereka hanya mahu mencuba sesuatu yang sedap dan menarik sahaja. Jadi, selepas ini ibu boleh mengajak anak memilih bahan yang mereka suka untuk dicampurkan ke dalam makanan mereka. Dengan cara itu, kita boleh memastikan setiap makanan yang disediakan mampu untuk anak makan. Walau bagaimana sekalipun, ibu perlu memastikan anak memilih makanan yang baik dan berkhasiat.

“JANGAN MENGHALANG anak untuk memilih makanan yang TIDAK berkhasiat TETAPI tegurlah anak secara baik AGAR mereka lebih fahami kebaikan dan keburukan sesuatu makanan itu”

3) Jangan memberikan anak pilihan makanan yang lain semasa menyediakan makanan baru.

Menyediakan hidangan makanan yang lain selepas anak menolak makanan asal mungkin MENGGALAKKAN lagi anak menjadi “picky eaters”. Ibu seharusnya mengalakkan anak untuk berada di meja makan untuk waktu makan yang di tetapkan walaupun dia tidak makan. Teruskan untuk menyediakan pilihan makanan yang sihat sehingga menjadi kebiasaan kepada anak-anak untuk makan makanan yang disediakan.

4) Elakkan anak makan sambil menonton TV


Salah satu faktor anak menjadi picky eater adalah disebabkan oleh makan sambil menonton Tv. Sekiranya perbuatan itu berterusan maka selera anak untuk makan akan hilang serta merta walaupun makanan yang disediakan itu sedap. Justeru itu, ibu bapa perlu bijak dalam memberikan arahan kepada anak ketika makan.

***Pilihan di tangan ibu bapa untuk memilih yang terbaik buat anak-anak***

5) Jadi Suri Teladan yang baik

Sebagai ibu bapa yang bijak, anda perlu menjadi suri teladan yang terbaik buat anak-anak. Justeru itu, ibu bapa perlu sentiasa menyimpan makanan yang berkhasiat sahaja di dalam rumah agar anak-anak mampu memahami akan khasiat sesuatu makanan itu. Contoh yang paling mudah adalah sayur. Sekiranya ibu bapa mahu anak mengambil sayur sebagai sebahagian daripada rutin harian maka ibu bapa juga perlu makan sayur setiap hari termasuklah perlu menyediakan hidangan sayur setiap hari.

“Anak adalah acuan daripada ibu bapa maka ibu bapalah yang perlu menjadi suri teladan yang terbaik buat anak-anak”

Diharapkan segala tips dan cara dalam menangani anak picky eater ini boleh di ikuti oleh para ibu bapa yang sedang mengalami masalah anak picky eater. Diharapkan segala perkongsian ini berguna buat semua. 

Rujukan:-
1) https://www.fns.usda.gov/food-guide-pyramid-young-children-graphic-resources
2) http://nutrition.moh.gov.my


Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh