5 Cara Mengawal Marah Ketika Anak Melakukan Kesilapan

Ketahui cara mengawal marah ketika bersama anak. Hal ini disebabkan anak merupakan anugerah terindah buat pasangan yang baru sahaja berkahwin. Justeru itu, setiap anak mempunyai perangai yang berbeza-beza sehingga menyebabkan ibu bapa sukar untuk fahami tingkah laku mereka.

Justeru itu, terdapat beberapa cara mengawal marah ketika anak melakukan kesilapan. Cara ini bukan sahaja boleh digunakan ketika anak melakukan kesilapan malahan ianya juga boleh dilakukan ketika anda sedang hilang sabar.

5 Cara Mengawal Marah Ketika Anak Melakukan Kesilapan

Antara cara mengawal marah ketika anak melakukan kesilapan adalah dengan:-

1) Kenalpasti punca anda marah
Cara mengawal marah
Dalam apa hal juga, kita perlu kenalpasti dahulu sebab perasaan marah membuak-buak. Sekiranya kita sudah mengetahui punca sebenar api kemarahan membuak-buak maka mudahlah untuk kita meredakan api kemarahan. 

“ELAKKAN api bertemu api kerana ditakuti ianya akan menjadi api yang marak”

2) Beredar ke tempat lain bagi mengawal kemarahaan

Salah satu cara mengawal marah dengan lebih efektif adalah beredar dari tempat berlakunya kemarahan. Sekiranya kita sebagai ibu bapa berjaya mengawal kemarahan dihadapan anak-anak maka ianya lebih memudahkan urusan dalam mendidik anak. 

“Anak adalah cerminan ibu bapa, sekiranya penyabar ibu bapa dalam mendidik anak maka anak juga akan menjadi seorang yang penyabar”

Cara mengawal marah

Salah satu cara mengawal perasaan marah selepas beredar dari tempat berlakunya marah adalah:-

  • Pergi ke kawasan yang tenang seperti kawasan yang kehijauan
  • Pantai yang kedengaran angin laut
  • Taman permainan

Dalam erti kata yang mudah, kemarahan bukan boleh hilang dengan cepat sikiranya ianya melibatkan anak. Justeru itu, bagi MENGELAKKAN anda berlaku kasar terhadap anak maka cubalah hindarkan diri berjumpa anak ketika marah. Pergi ke kawasan yang menenangkan jiwa agar segala kemarahan itu hilang.

Misalnya jika di rumah, pergi ke ruangan lain untuk melegakan perasaan atau emosi kita sebagai ibu bapa untuk mengelakkan kita marah dengan berlebihan kepada anak. Dalam masa yang dapat dapat memberi masa dan ruang kepada anak untuk melayan emosi dan fikiran dia. 

3) Dapatkan nasihat orang lain



Dalam mendidik anak, perkara penting yang perlu ibu bapa amalkan adalah bertanya pendapat mereka yang lebih arif sekiranya anak melakukan kesilapan atau kesalahan. Hal ini disebabkan terkadang bukan semua perkara yang kita lakuakan adalah betul. Justeru itu, pandangan orang lain juga boleh dijadikan salah satu ilmu dalam mendidik anak.

Selain itu, anda juga boleh melakukan perbincangan dengan ahli keluarga berkenaan dengan keterlanjuran anak akan sesuatu hal. Dengan melakukan perbincangan ini mampu membantu mengurangkan stress dalam kalangan individu yang sedang mengalami stress dan masalah keluarga.

Selain mendapatkan nasihat daripada mereka yang lebih arif, dan lakukan perbincangan, anda juga boleh mencari motivasi diri yang berguna menerusi cara:-

  • Mendengar ceramah agama
  • Mendengar ceramah agama di media sosial (PILIH ceramah yang membantu cara mendidik anak atau cara bersabar)
  • Membaca buku teknik mendidik anak dan lain-lain
“Ilmu bukan datang bergolek tetapi ilmu perlu dicari agar kita sentiasa mendapat apa yang dimahukan”

4) Bertenang dan menarik nafas yang dalam bagi mengurangkan rasa marah



Bertenang merupakan salah satu terapi yang terbaik dalam mengurangkan perasaan marah. Justeru itu, dalam segala hal bertenang dan tarik nafas agar TIDAK TERSALAH membuat keputusan. Sekiranya masih TIDAK boleh hilang rasa marah itu maka berselawat agar ketenagan itu wujud di dalam diri. 

“Ketenangan mampu MENGHALANG seseorang daripada membuat keputusan yang salah”

5) Menjadikan diri seorang yang pemaaf



Biasakan diri menjadi seorang yang pemaaf dan menerima segala kekurangan yang ada. Setiap manusia TIDAK dilahirkan sempurna tetapi kesempurnaan itu boleh dikecapi sekiranya kita tidak terlalu melihat kesempurnaan dalam hidup.

***Sesungguhnya kemaafan itu lebih indah daripada kemarahan***

Diharapkan segala perkongsian berkenaan dengan cara mengawal marah ketika anak melakukan kesilapan ini membantu para ibu bapa dalam mendidik anak. Anak BUKAN patung yang boleh dicampak ke sana ke mari tetapi anak adalah anugerah yang perlu dijaga dengan betul. Sesungguhnya anak adalah amanah dari Tuhan. Bagaimana cara kita bertingkahlaku dalam proses mendidik, begitu juga anak akan belajar tingkahlaku tersebut dalam kehidupan sehariannya seperti cara dia melayan kawan dia apabila dia marah. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh