5 Cara Mengajar Anak Membaca Dengan Berkesan

Anak adalah anugerah Allah SWT yang tidak ada tolak bandingnya. Justeru itu, setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik buat anaknya dari pelbagai aspek termasuklah dari aspek akademik. Justeru itu, ibu bapa perlu mengambil satu langkah kehadapan bagi memastikan anak mampu menjadi seorang yang bijak pada masa akan datang.

Salah satu langkah kehadapan yang perlu ibu bapa ambil adalah mengajar anak-anak membaca pada usia yang kecil lagi. Hal ini disebabkan oleh minat membaca tidak boleh ditanam dalam masa yang pendek TETAPI minat membaca perlu di tanam sejak dari kecil lagi.

Cara mengajar anak membaca dengan berkesan

Antara cara mengajar anak membaca dengan berkesan seperti di bawah sangat penting kerana minat membaca perlu dipupuk dari peringkat awal perkembangan anak-anak. 

1) Mulakan membaca seawal mungkin

Cara mengajar anak membaca
Bagi menanamkan minat membaca dalam kalangan anak-anak yang masih kecil, ibu bapa perlu memulakan amalan membaca seawal mungkin (pada usia 6 bulan dan keatas lagi). Pasti ramai yang berkata, ketika usia itu mereka tidak boleh berkata-kata. Justeru itu, bagaimana mereka hendak membaca.

TAHUKAH ANDA!!!
Ketika usia 6 bulan dan ke atas, sel-sel otak sedang berkembang maka dengan memberikan mereka buku WALAUPUN mereka tidak boleh membaca akan menaikkan minat mereka terhadap buku ketika mereka meningkat usia (1 atau 2 tahun).

Selain itu, dengan mengulangi perkataan-perkataan yang mudah dapat membantu anak kecil mengingati perkataan tersebut. Ianya dapat merangsang minda untuk lebih mengingati akan sesuatu dan membantu mereka mudah menghafal ketika meningkat usia. Mudah sebenar cara mengajar anak membaca dari kecil lagi. 

2) Bacakan buku seawal mungkin

 

Ibu bapa yang gemar membacakan buku cerita sebelum anak tidur amat membantu anak-anak untuk minat membaca dengan lebih cepat. Hal ini disebabkan semangat mereka untuk mengetahui apa yang bakal berlaku selepas itu. Justeru itu, cara mudah bagi menarik minat anak membaca adalah dengan membacakan mereka buku cerita sebelum tidur.

“Anak adalah cerminan bagi ibu bapa, justeru itu lenturlah anak menjadi seorang insan yang minat membaca agar mudah untuk mereka membaca pada masa akan datang”

Walaubagaimana sekalipun, ibu bapa jangan pernah sesekali membanding antara anak. Hal ini kerana setiap anak mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tidak dapat diungkap dengan pandangan mata kasar. Justeru itu, didiklah anak mengikut kemampuan anak tersebut BUKAN mengikut didikan anak yang lain. Cara mengajar anak membaca mungkin berbeza setiap anak. 

3) Mengajar anak membaca serta fahamkan maksudnya

“Biar lambat asal ingat sampai bila-bila”

Ibu bapa perlu menggunakan kata-kata ini agar kita mampu mengajar anak membaca dengan penuh kesabaran. Selain itu, jadikan tujuan membaca agar anak faham bukan sekadar bijak dalam membunyikan perkataan sahaja. Sekiranya ibu bapa mahu anak lebih tertarik dalam pembelajaran, ibu boleh menanyakan soalan agar anak berinteraksi semasa belajar membaca.

Sebagai contoh:-

  • Ketika mengajar bayi membaca ucapkan dengan perkataan dan tunjukkan sekali benda tersebut agar lebih mudah bayi fahami
  • Manakala bagi mengajar kanak-kanak usia 2-3 tahun membaca perbanyakkan bertanya soalan agar kita boleh ketahui tahap kefahaman mereka akan apa yang dibaca.
  • Bunyikan huruf dalam setiap bacaan

4) Pilih bahan bacaan yang menarik

Pemilihan jenis bahan bacaan juga penting agar anak-anak lebih tertarik untuk membaca. Terlihat mudah bukan hanya memilih bahan bacaan yang menarik agar anak tertarik untuk membaca. TETAPI kadang-kadang pemilihan bahana bacaan boleh menjadi sukar sekiranya bahan bacaan tidak menjadi tarikan kepada anak-anak.

Justeru itu, ajaklah anak-anak sekali dalam membuat pemilihan bahan bacaan agar ianya lebih menarik minat anak membaca. Bagi menanamkan minat anak membaca ibu bapa perlu sentiasa kreatif agar tiada pemberontakkan yang bakal berlaku. Ini adalah salah satu cara mengajar anak membaca dengan lebih efektif.

5) Jadilah suri tauladan yang terbaik buat anak-anak

Sebelum menanamkan minat membaca dalam kalangan anak-anak, ibu bapa juga WAJIB menanamkan minat membaca dalam diri. Ianya bagi memudahkan lagi urusan untuk mengajar anak supaya lebih minat membaca.

***Kerana ibu bapa adalah suri tauladan yang terdekat buat anak-anak***

Salah satu cara mudah untuk ibu bapa menanamkan minat membaca dalam kalangan anak-anak adalah dengan kerap mengajak anak pergi ke perpustakaan. Cara ini adalah salah satu cara yang mudah untuk menarik minat anak membaca sekaligus ibu bapa mampu menunjukkan contoh yang baik dalam bidang pembacaan.

Sesungguhnya setiap anak akan mengikut apa sahaja yang ibu bapa lakukan. Justeru itu, ibu bapa merupakan suri tauladan yang terbaik buat anak-anak. Dengan kejayaan dalam mengajar anak-anak membaca mampu membuatkan ibu bapa sentiasa gembira akan kejayaan tersebut.

“Sesungguhnya anak adalah acuan yang dibuat oleh ibu bapa BUKAN guru di sekolah”
 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh