5 Cara Menangani Stress Di Tempat Kerja

Pada musim pandemik COVID -19 ini pasti ramai yang mengalami masalah stress kerana pelbagai faktor. Terutamanya di tempat kerja mahupun di rumah. 

Antara faktor individu stress adalah:-

  • Masalah kewangan bagi mereka yang kehilangan pekerjaan
  • Masalah keluarga kerana perlu bekerja TETAPI anak tiada yang menjaga

Atau

  • Masalah di tempat kerja kerana kerja semakin bertambah TETAPI masa bersama keluarga semakin berkurang

Faktor-faktor ini adalah penyumbang utama masalah stress dalam kalangan masyarakat terutamanya bagi mereka yang bekerjaya. Sekiranya masalah stress ini tidak dibendung dari awal lagi, ditakuti ianya akan meruntuhkan institusi dalam masyarakat TERUTAMANYA institusi kekeluargaan.


***Tahap stress seseorang itu berbeza mengikut tahap stress mereka***

Cara menangani stress di tempat kerja


Stress merupakan salah satu tindak balas fizikal, emosi dan mental yang di alami oleh seseorang apabila mereka tidak mampu melakukan sesuatu tuntutan yang diharapkan. Justeru itu, masalah stress ini akan wujud secara sendirinya.

“Stress mempunyai tahap mereka tersendiri, sekiranya tahap stress di level yang rendah maka stress itu boleh mendorong kepada kejayaan seseorang TETAPI sekiranya stress itu di tahap tinggi maka ianya akan membahayakan diri individu tersebut”

Justeru itu, anda perlu bijak mengawal masalah stress ini. Jangan pernah ambil mudah mereka yang mengalami masalah stress ini. Terkadang mereka memerlukan masa bagi merawat masalah ini.

Tapi, bagaimana cara menangani stress di tempat kerja dan cara mengawal stress ini?

Mudah sahaja untuk mengawal masalah stress ini, antaranya adalah:-

1) Beribadah

Cara menangani stress di tempat kerja


Dengan meningkatkan ibadah kepada Sang Pencipta mampu membantu mengurangkan lagi masalah stress yang sedang anda alami. Selain itu, dengan beribadah juga mampu melegakan segala kekeliruan yang dialami dan melegakan minda.

“Dengan mendekatkan diri dengan Sang Pencipta anda mampu kembalikan semula aura positif dalam diri”

2) Bertenang

Bertenang adalah salah satu kompenen penting dalam mengawal stress. Hal ini disebabkan, semasa stress hormon kita tidak stabil maka kita WAJIB bertenang seketika bagi memastikan hormon di dalam badan kembali stabil.

“Tahukah anda, sekiranya hormon tubuh tidak stabil ianya mudah menyebabkan seseorang itu melakukan sesuatu perkara di luar kawalan mereka”

Justeru itu, pentingnya anda belajar bertenang sekiranya anda sudah mengalami stress. Dengan bertenang boleh membantu dalam mengurangkan kitaran stress negatif pada peringkat permulaan.

Semasa kita dalam tempoh bertenang, tarik nafas sedalam-dalamnya dan lepaskan secara perlahan-lahan, ianya mampu membantu untuk kita mengurangkan kadar stress dalam diri. Tarik nafas merupakan salah satu terapi mudah buat mengurangkan kerungsingan dalam fikiran kita terutamanya stress disebabkan oleh masalah pekerjaan.

Baca Juga :   Pemulihan Post COVID -19

3) Berkongsi perasaan dengan orang lain

Cara menangani stress di tempat kerja

Tujuan berkongsi perasaan ini adalah bagi mengurangkan masalah stress dalam kalangan masyarakat. Tetapi tugas utama pendengar adalah mendengar segala keluhan yang dilontarkan oleh mereka TANPA memberikan satu keputusan kepada masalah yang mereka hadapi.

Dengan berkongsinya masalah ini, hampir 70% kerungsingan yang mereka hadapi mampu dikurangkan. Selain itu, dengan meluahkan segalanya kepada orang lain (PASTIKAN MEREKA YANG BOLEH SIMPAN RAHSIA) mampu melegakan lagi mereka yang mengalami masalah ini. Dengan itu, ianya mampu mengurangkan lagi kadar stress dalam kalangan masyarakat.

“Perasan masih ada yang mengasihi anda akan wujud kerana, ada lagi yang sungguh mendengar keluh kesah kita”

4) Berehat

Semasa stress sebenarnya otot di dalam otak sedang bekerja keras untuk menstabilkan semula emosi. Justeru itu, antara terapi dalam mengawal masalah stress adalah berehat sekiranya kita sudah mula merasai kewujudan stress itu.

Antara terapi semasa berehat adalah:-

  • Dengar alunan zikir agar ianya dapat memberikan ketenangan jiwa secara perlahan (Sekiranya tidak boleh tunaikan solat kerana Allah SWT yang kurniakan)
  • Mendengar alunan muzik yang menyenangkan jiwa dan lembut (ELAKKAN daripada mendengar alunan muzik yang kuat atau extrem)
  • Menggunakan aroma therapy bagi merelaksasikan diri agar lebih tenang.
  • Beriadah di kawasan yang menyenangkan contoh beriadah di tepi pantai atau padang menghijau.


Luangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Lakukanlah aktiviti yang anda sukai agar segala kerungsingan mampu dilupakan. Beriadah juga dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stress.

5) Berfikiran positif

Salah satu stress semakin teruk adalah di sebabkan oleh kewujudan prasangka dan salam faham yang tinggi terhadap orang sekeliling. Justeru itu, belajar untuk sentiasa berprasangka baik kepada orang lain agar masalah stress dapat dibendung. Sekiranya kita tidak mampu sentiasa bersangka baik kepada orang yang sudah menyakitkan hati maka sentiasa pandang posisi baik orang tersebut agar hati kita tidak disakiti oleh masalah itu sendiri.

“Berfikiran positif mampu meningkatkan sentimental value dalam diri seorang”

Bagi meningkatkan diri sentiasa berfikiran positif, anda perlu mencari sendiri ilmu itu agar ianya mudah untuk dipratikkan dalam diri kita.

“BUANG rasa ego bahawa kita betul dan orang lain salah, Tetapi pandanglah seseorang itu dalam pelbagai aspek kerana tiada seorang pun dalam dunia ini yang perfect

Percayalah, bersikap positif ini amat membantu dalam mengawal masalah stress ini.

Pilihan untuk menangani masalah stress ini ada di tangan anda. Sekiranya anda mahu jauhi maka anda boleh amalkan cara yang diberikan TETAPI sekiranya anda mahu sebaliknya maka sebaliknya anda dapat.

Rujukan:-
1) http://www.myhealth.gov.my/cara-mengawal-stres/

Baca Juga :   Pemantauan Gejala Semasa Pengasingan Diri Di Rumah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh