5 Cara Memikat Hati Mertua

5 Cara memikat hati mertua. Memikat hati mertua bukanlah suatu perkara yang mudah kerana kebiasaannya menantu dan mertua akan mempunyai perbezaan yang ketara berbanding persamaan. Justeru itu, sebagai orang baru dalam satu ahli keluarga itu, menantu WAJIB bijak membawa diri tanpa mengharapkan pasangan sentiasa berkepit bersama. Anda perlu berada di alam nyata bahawa anda adalah seorang isteri/ suami kepada anak seseorang.

Memikat hati mertua

Di sini kami akan menyediakan beberapa cara mudah untuk memikat hati mertua:-

1) Rajin menolong mertua di dapur (bagi menantu Perempuan)

Sudah menjadi lumrah seorang yang bergelar ibu mahu anaknya makan masakan daripada air tangannya sendiri. Justeru itu, menantu biasa mendengar perkataan

“Tak apalah, awak duduklah depan mak dah hampir siap memasak”

Ya, ini merupakan perkataan yang biasanya membuatkan menantu menjadi malas hendak membantu mertua di dapur. TETAPI apa kata apabila kata-kata itu keluar sahaja daripada mulut ibu mertua kita, kita berikan jawapan seperti ini bagi memikat hati mertua semula;

“Oooo, ibu dah siap masak ke, kalau macam itu saya tolong ibu basuh pinggan yang ibu gunakanlah. Atau saya teman ibu di dapur ya sambil kita berbual-bual”

Nampak sedikit bahawa kita ikhlas hendak membantu mereka di dapur. Pada masa yang sama, kita mampu melihat cara dan resepi yang ibu mertua kita gunakan untuk menyediakan makanan kesukaan buat semua ahli keluarga. Walaupun kita tidak membantu tetapi dengan kehadiran kita di dapur mampu membuatkan ibu mertua tahu bahawa menantunya mahu membina hubungan erat dengannya.

Jangan berbual-bual kosong SAHAJA, tanyalah mertua makanan kesukaan suami / resepi makanan kesukaan suami bagi merancangkan lagi perbualan bersama mertua

2) Berikan ruang buat mertua untuk bersama anaknya

Sekiranya pulang ke kampung halaman pasangan, berikan ruang buat mertua untuk bersama anaknya. Terkadang kita lupa bahawa mertua itu adalah ibu bapa kepada pasangan kita jadi berikan mereka ruang untuk bersama seketika. Masa pasangan bersama ibu bapanya, pasangan boleh melakukan aktiviti lain bagi menghilangkan rasa bosan keseorangan.

Bukan kita tidak boleh berada bersama pasangan ketika mereka bersama ibu bapa TETAPI terkadang bagi pasangan yang baru berkahwin ditakuti pasangan tersebut berasa kekok untuk mendengar perbualan keluarga pasangan kerana ianya merupakan perkara baru buat mereka

3) Bawa buah tangan setiap kali pulang ke kampung

Tujuan sebenarnya membawa buah tangan ketika pulang adalah sebagai tanda peringatan menantu kepada mertua. TETAPI membawa buah tangan pulang ke kampung BUKANLAH satu kewajipan yang PENTING, perkara yang penting adalah MASA yang diluangkan buat ibu bapa.

Kita sering mendengar “masa itu emas” justeru itu, jangan pernah membazirkan masa yang terluang dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Daripada masa itu tetbuang begitu sahaja lebih baik masa yang ada itu kita luangkan bersama ibu bapa.

4) Rajin menyediakan makanan buat keluarga (bagi menantu wanita)

Perkara pertama yang digeruni oleh menantu wanita adalah menyediakan makanan buat ahli keluarga pasangan. Perkara ini paling digeruni kerana ditakuti masakan yang disediakan tidak menepati cita rasa mertua.

Tetapi buat pengetahuan wanita semua rasa makanan adalah jatuh ditempat kedua, perkara yang penting adalah keinginan kita menyediakan makanan buat mertua bagi mereka masa berehat ketika keberadaan kita di sana.

Bukan semua mertua akan mengutuk masakan menantu TETAPI sekiranya mertua menegur masakan yang disediakan menantu, menantu perlu mengambil segala TEGURAN sebagai pembakar semangat untuk menyediakan masakan yang lebih sedap pada masa akan datang. Dan ambil peluang yang ada untuk belajar memasak bersama mertua.

5) Sentiasa Beringat Syurga pasangan (suami) di bawah telapak kaki ibu

 

Setiap kali kita beringat bahawa syurga seorang suami di bawah telapak kaki ibu pasti kita akan sentiasa berbuat baik dengan mertua agar mereka redha dengan segala perkara yang dilakukan oleh anaknya. Jangan pernah sekalipun melayani mertua seperti pengemis. Tidak salah untuk kita melayani mertua seperti mana kita melayani ibu bapa kandung kita sendiri.

Besar balasannya jika kita berbuat baik dengan mertua kita. Salah satu balasannya adalah, seluruh kehidupan kita akan mendapatkan keredhaan Allah SWT dan ibu bapa. Selain itu, dengan berbuat baik kepada mertua akan menjadi ikutan tauladan kepada anak-anak. Hal ini kerana ibu bapa adalah guru pertama yang anak-anak jumpa. Jadilah suri tauladan yang terbaik buat anak-anak.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh