4 Tips Penyusuan Susu Ibu Secara Ekslusif Bagi Wanita Bekerjaya

Anda rasa penting untuk penyusuan susu ibu secara eklusif.  Semua wanita yang bergelar ibu mahukan yang terbaik buat anak mereka. Justeru itu, pasti kebanyakan wanita yang bekerjaya memilih penyusuan campuran berbanding dengan penyusuan secara eklusif buat anak tercinta. Hal ini disebabkan ibu bimbang anak akan kurang berasa kenyang sekiranya susu tidak mencukupi. 

TETAPI sekiranya ibu mahu anak mendapatkan penyusuan ibu secara ekslusif JANGAN amalkan penyusuan secara campuran ini. Ibu hanya perlu sokongan daripada ahli keluarga bagi menyediakan susu secara ekslusif kepada bayi. Dan pada masa yang sama ibu memerlukan tips dan cara yang betul dalam penyediaan penyusuan ibu secara ekslusif buat bayi.


Penyusuan ibu secara eklusif
Antara tips yang mampu membantu wanita bekerja menyediakan penyusuan susu ibu secara ekslusif kepada bayi adalah:-

1) Pemilihan penjaga bayi

Pemberian susu formula mungkin mudah untuk pihak penjaga TIDAK memberi kepada bayi kerana susu formula memerlukan perbelanjaan. Justeru itu, pihak penjaga TIDAK akan semudahnya mengeluarkan duit untuk susu formula. TETAPI, bagi pemberian air masak MUNGKIN sukar bagi penjaga ikuti sekiranya sudah menjadi tradisi mereka selepas sahaja minum susu pemberian air masak sebagai pencuci mulut.

Justeru itu, sebagai wanita yang bekerja pemilihan penjaga atau pengasuh adalah penting bagi memastikan mereka mengikuti arahan yang diberikan.

Mengapa air masak tidak sesuatu bagi bayi yang berusia 6 bulan kecbawah?

  • Air mampu mengenyangkan bayi TETAPI ianya tidak mampu membekalkan sebarang tenaga atau kalori kepada bayi yang MEMERLUKAN tenaga untuk tumbesaran.
  • Mampu menganggu penghasilan susu ibu. Hal ini disebabkan kebiasaannya bayi yang sudah mengambil air masak akan kurang menghisap puting ibu. Jika bayi tidak disusukan dengan kerap, susu ibu akan mengambil masa yang lebih lama untuk dihasilkan dan ini boleh melambatkan atau mencegah pengaliran susu.
  • Pengambilan air mampu meningkatkan risiko penyakit bawaan kuman seperti cirit-birit. Justeru itu, amatlah tidak digalakkan bayi yang berusia 6 bulan ke bawah untuk mengambil air masak KECUALI susu ibu sahaja.

2) Paced Bottol Feeding

Pemberian Botol Paced (Paced Bottol Feeding) adalah kaedah penyusuan botol yang menyerupai penyusuan ibu. Paced Bottol Feeding ini merupakan satu kaedah bagi bayi mempelajari kaedah mengawal, memproses dan mengenali erti kenyang menggunakan botol susu.

Tujuan utama Paced Bottol Feeding ini adalah memberikan bayi kebaikan susu ibu MENGGUNAKAN BOTOL semasa ketiadaan ibu. Dengan menggunakan kaedah ini maka bayi akan terbiasa menggunakan botol tetapi khasiat susu asalnya daripada susu ibu.

PERINGATAN

Ibu perlu bijak dalam pemilihan puting susu. Pastikan pemilihan puting susu menyerupai puting susu ibu hampir 90% agar bayi tidak terasa seperti menghisap puting susu BUKAN puting ibu. Sekiranya bayi merasai puting sedikit berbeza ditakuti bayi tidak akan minum susu yang diberikan. Pemilihan puting juga membantu aliran susu ke puting dan mulut dengan betul.

 

Cara paced bottol feeding ini adalah:-

  1. Pilih botol bersaiz kecil dan puting aliran perlahan.
  2. ​Pegang bayi di pangkuan dalam kedudukan separuh tegak, menyokong kepala dan leher.
  3. ​Apabila bayi menunjukkan isyarat lapar, gelitik bibir bayi sehingga dia membuka mulutnya dengan lebar.
  4. ​Masukkan puting ke dalam mulut bayi.
  5. ​Pegang botol secara mendatar ke lantai.
  6. Biarkan bayi mula menghisap puting tanpa susu, kemudian hujung botol cukup untuk mengisi puting kira-kira separuh dengan susu.
  7. ​Biarkan bayi menghisap selama kira-kira 3-5 menelan berterusan (20-30 saat).
  8. ​Setelah 3-5 kali bayi menelan susu secara berterusan, letakkan botol ke bawah, memberi bayi sedikit rehat.
  9. ​Teruskan Pemberian Suapan Ini sehingga bayi menunjukkan tanda kenyang (tidak lagi menghisap selepas rehat, berpaling atau menolak dari puting)

ELAKKAN ibu sendiri yang memberikan susu botol, bagi mengelakkan bayi keliru mengapa ibu TIDAK memberikan susu badan TETAPI memberikan susu botol

Ajari Paced Bottol Feeding kepada bayi 2 – 3 minggu sebelum ibu memulakan pekerjaan bagi mengelakkan bayi TIDAK menghisap susu semasa ibu bekerja. Sekiranya mampu, dalam masa 2-3 minggu ini TETAPKAN terus masa penyusuan bayi agar mudah untuk pengasuh memberikan susu.

3) Kerap mengepam susu kedua-dua belah bahagian payudara

Penyusuan ibu secara eklusif

Tujuan pengepaman susu kedua-dua belah payudara adalah bagi memastikan susu ibu TIDAK berkurangan walaupun sudah memulakan pekerjaan.

**Tetapkan masa pengepaman susu agar TIDAK berlakunya bengkak susu**

Semasa mengajar anak menghisap susu menggunakan botol, ibu disarankan memberi bayi susu menggunakan botol secara sedikit demi sedikit (1oz) sekali minum. Jadi, dengan itu ibu boleh menyimpan susu mengikut kehendak bayi ketika di pusat penjagaan agar bayi tidak lapar.

“Mudah sebenarnya penyusuan ibu secara ekslusif walaupun sibuk bekerja”

4) ELAKKAN memberikan bayi susu ketika sudah lapar

Setiap manusia ada cara untuk mengurangkan rasa lapar sama juga seperti bayi, mereka juga ada cara bagi mengetahui sama ada bayi lapar atau tidak. Tanda paling ketara menunjukkan bayi itu lapar adalah dengan melihat bayi menangis.

Sekiranya ibu memberikan bayi susu ketika menangis kebarangkalian untuk bayi TIDAK menghisap susu adalah tinggi. Justeru itu, ELAKKAN pemberian susu semasa bayi lapar dan menangis.

Dengan mencuba tips yang diberikan ini, maka ibu bekerjaya juga mampu untuk memberikan anak penyusuan secara ekslusif walaupun ibu sibuk bekerja.

Rujukan:-
1) http://www.health.state.mn.us
2) http://www.myhealth.gov.my/breastfeeding-danger-of-water/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh