4 Panduan Melatih Anak Fokus Ketika Membuat Sesuatu

Melatih anak fokus sangat penting kerana mereka perlu fokus dalam pembelajaran. Sudah menjadi suatu kebiasaan di sekolah para guru akan mendengar ibu bapa memberi nasihat anak agar mereka fokus dalam kelas. Tetapi tahukah ibu sebenarnya bagi melatih anak fokus semasa belajar memerlukan ibu bapa mengajar dahulu mereka FOKUS DI RUMAH  Ianya bagi mengelakkan anak-anak daripada hilang fokus di sekolah. 

Panduan Melatih Anak Fokus Ketika Membuat Sesuatu

Panduan Melatih Anak Fokus Ketika Membuat Sesuatu

“Rumah merupakan tempat pertama anak mendapatkan pelajaran”

Justeru itu, ibu bapa perlu bijak dalam mengajar anak fokus akan sesuatu perkara. Jangan pernah berasa putus asa sekiranya anak tidak fokus akan sesuatu. Kita boleh mengajar mereka fokus akan sesuatu asalkan kita bersabar dan kerap mengajar mereka untuk fokus.

Pada peringkat awal tumbesaran minda kanak-kanak (9 bulan sehingga 18 bulan), ibu bapa sudah boleh mengajar anak-anak cara untuk memberikan tumpuan secara bersama. Tumpuan bersama bermaksud, anak belajar menumpukan perhatian akan sesuatu objek dengan individu lain. Ianya merupakan salah satu cara komunikasi yang baik buat anak-anak melalui pandangan mata sahaja.

“Perkongsian tumpuan ini dapat membantu anak lebih peka akan keadaan sekeliling. Dalam masa yang sama ia dapat membantu perkembangan anak dalam pertuturan, bahasa, komunikasi dan akademik”
**Mudah untuk membuat anak fokus tetapi ibu bapa hanya perlu pelajari cara yang sesuai untuk anak fokus**
“Setiap individu mempunyai daya fokus yang berbeza. Justeru itu, jangan pernah memaksa anak untuk fokus sesuatu yang mereka tidak suka. Ajari mereka secara perlahan-lahan agar mereka minat untuk fokus akan sesuatu pekara yang baru”

Antara PANDUAN yang boleh di ikuti oleh ibu bapa bagi MEMASTIKAN ANAK FOKUS akan sesuatu perkara adalah dengan:-

1) Kurangkan gangguan

 

  • Ketika bercakap dengan anak, ibu bapa perlu bertanya satu-satu soalan bagi memastikan mereka mampu menjawab soalan dengan mudah dan dapat mengelakkan mereka daripada mendapat gangguan luar.
  • Tutup tv atau radio semasa melakukan aktiviti bersama bagi menjamin anak fokus akan satu perkara yang sedang dilakukan.
  • Simpan segala gajet atau letakkan mode senyap di telefon pintar anda semasa bersama anak. Ianya bagi mengelakkan anak hilang fokus ketika melakukan sesuatu
“Bunyi merupakan salah satu faktor kanak-kanak kurang memberikan tumpuan akan sesuatu perkara kerana minda tumpuan mereka sudah diganggu oleh bunyi yang mereka dengari itu”

2) Aktiviti yang menarik

 

Anak merupakan anugerah Allah SWT, mereka juga adalah cerminan kepada ibu bapa. Justeru itu, dalam mendidik anak untuk fokus akan sesuatu ibu bapa perlu bijak dalam menyediakan aktiviti yang menarik agar mereka minat untuk ikuti.

“Pada usia kanak-kanak, TIDAK  DIGALAKKAN ibu bapa memaksa anak melakukan sesuatu yang mereka tidak minati ditakuti mereka akan mudah berasa bosan melakukan sesuatu”

Pilih aktiviti yang anak minati, sambil melakukan aktiviti kita boleh menarik anak untuk berkomunikasi dengan lebih baik. Selain daripada memberikan mereka kuasa autoriti dalam memilih permainan, ibu bapa juga boleh menyediakan satu aktiviti bergambar seperti mainan puzzle bagi mengekalkan lagi fokus mereka akan sesuatu perkara.

Puzzle merupakan mainan bergambar yang sangat bagus kerana permainan ini mengajar anak memberikan fokus 100% dalam menyelesaikan masalah penyambungan gambar tersebut. Justeru itu, permainan ini amatlah disarankan kepada ibu bapa

3) Rangsangan bahasa

Ibu bapa boleh memberi komen ketika bermain dengan anak bagi melihat reaksi sekiranya ada ganggu ketika mereka sedang fokus. Cuba ibu perhatikan sebentar respon daripada anak anda. Adakah respon kepada ekspresi muka, isyarat, bunyi atau pertuturan yang dihasilkan oleh anak. Sekiranya respon yang diberikan adalah tahap tumpuan mereka akan sesuatu perkara itu.

“Respon dari segi reaksi muka, isyarat, bunyi atau pertuturan itu sudah menunjukkan betapa anak anda fokus akan sedang dilakukan”

4) Gunakan intonasi yang berbeza

Umum sudah ketahui bahawa bunyi merupakan salah satu masalah dalam memastikan anak-anak sentiasa fokus akan perkara yang dilakukan. Tetapi bunyi juga mampu membuatkan anak menjadi tertarik untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.

Justeru itu, ibu bapa mahupun guru boleh menggunakan intonasi yang berbeza bagi menarik tumpuan kanak-kanak akan sesuatu. Ibu bapa boleh menggunakan penekanan bunyi semasa mengajar anak-anak supaya ianya terus tersemat didalam minda anak-anak.

“Bunyi boleh menjadi musuh ketat kepada anak-anak dalam mendapatkan semula fokus mereka dan bunyi juga boleh menjadi sahabat anak-anak untuk mengingati sesuatu”

Bukan mudah untuk menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak-anak. Tetapi ianya akan mudah apabila ibu bapa itu sendiri mempunyai rasa tanggungjawab untuk mendidik anak menjadi seorang insan yang sempurna

**Anak perlu belajar untuk menjadi cemerlang, ibu bapa perlu belajar untuk menjadi ibu bapa yang terbaik**

Rujukan:-
1) http://www.myhealth.gov.my/tingkatkan-tumpuan-bantu-anak-bercakap/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh