4 Langkah Bijak Dalam Mengurangkan Gula Dalam Diet Seharian

Langkah bijak dalam mengurangkan gula dalam diet seharian ada banyak tetapi 4 cara ini merupakan aktiviti yang kerap kita lakukan. Justeru itu, 4 langkah ini merupakan salah satu langkah bijak dalam mengurangkan gula dalam diet seharian. 

“Penambahan gula dalam makanan dan minuman sememangnya sedap tetapi akibatnya sangat teruk kemudian hari”

Justeru itu, bagi mereka yang mahu mengamalkan gaya hidup yang sihat anda boleh mengikuti 4 langkah ini. Walau pun kadang-kadang kelihatan langkah ini adalah langkah yang mudah tetapi ianya BUKAN suatu langkah yang mudah untuk di ikuti dalam seharian kerana setiap satu perbuatan itu sudah menjadi rutin harian dalam kehidupan anda.

4 Langkah Bijak Dalam Mengurangkan Gula Dalam Diet Seharian

Langkah bijak dalam mengurangkan gula

Kredit INFO kepada Nutrionist KKM

TAHUKAH ANDA!!!

Penggunaan gula secara berlebihan akan meningkatkan paras gula dalam sehari. Justeru itu, pesakit yang mempunyai masalah kencing manis WAJIB mengawal pengambilan gula dalam sehari.

Antara 4 langkah bijak dalam mengurangkan gula dalam diet seharian adalah seperti:-

1) Minuman manis DIGANTIKAN dengan minum air kosong

Langkah bijak dalam mengurangkan gula

Pengambilan minuman manis sangat berbahaya kerana ramai yang TIDAK sedar pengambilannya secara TIDAK langsung akan menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah.

Justeru itu, bagi mereka yang mempunyai masalah penyakit kencing manis WAJIB MENGANTIKAN minuman manis kepada minuman kosong. TETAPI sekiranya anda TIDAK mampu maka anda boleh ikuti tips ini untuk mengawal pengambilan minuman manis dalam sehari.

Tips mengawal pengambilan minuman manis adalah dengan:-

  • Amalkan pengambilan minuman manis sekali sehari BUKAN minuman dalam tin tetapi minuman yang DIBANCUH sendiri
  • PASTIKAN TIADA pengambilan minuman manis SELEPAS pukul 6 petang
  • ELAKKAN diri daripada mengambil minuman manis ketika makan di luar GANTIKAN pengambilan minuman manis kepada air kosong 
Baca Juga :   Menu Makanan Berpantang Bersalin Pembedahan atau Czer

2) Banyak gula tambahan DIGANTIKAN dengan hadkan pertambahhan 1 sudu gula teh sahaja

Langkah bijak dalam mengurangkan gula

Dalam setiap satu penyediaan minuman KHUSUSNYA akan ditambah beberapa sudu gula di dalamnya. Justeru itu, ianya akan menambahkan lagi kemanisan di dalam minuman tersebut.

Walau bagaimana sekalipun ianya akan menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah tanpa terkawal. Justeru itu, anda perlu BIJAK dalam mengawal kadar penggunaan gula dalam sehari. 

Cara yang paling mudah untuk mengawal pertambahan gula dalam minuman dalam sehari adalah dengan:-

a) HADKAN penggunaan gula hanya 1 paket dalam sebulan
b) Sediakan sudu khas hanya untuk gula bagi memastikan TIADA pengunaan gula secara berlebihan dalam sehari
c) Lakukan pemantauan sendiri bagi mengawal penggunaan gula dalam sehari 

Ketiga-tiga cara ini boleh diamalkan bagi mengawal penggunaan gula secarra berlebihan. Walau bagaimana sekalipun setiap perubahan itu haruslah datangnya dari hati anda sendiri untuk berubah. Sekiranya anda TIDAK ada niat untuk berubah maka ianya akan menjadi sedikit sulit untuk berubah. 

3) Gula DITAMBAH dalam masakan DIGANTIKAN dengan gunakan perasa semula jadi

Langkah bijak dalam mengurangkan gula

Dalam setiap satu penyediaan makanan akan menggunakan gula sebagai penganti bahan perisa atau bagi memastikan masakan menjadi salah satu makanan yang lebih sedap. Justeru itu, sebagai tukang masak yang bijak anda perlu ELAKKAN penambahan bahan perisa seperti gula dan GANTIKKANYA dengan perasa semula jadi seperti 3 sekawan (Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang).

Penggunaan bahan semula jadi ini dapat mengurangkan penggunaan gula dalam masakan. Walau bagaimanapun, penambahan gula dalam kuantiti yang sedikit TIDAK akan memberi kesan terhadap peningkatan paras gula dalam darah tetapi sekiranya banyak akan mengganggu pembacaan paras gula dalam sehari. 

Baca Juga :   Langkah Persediaan Menghadapi Banjir

4) Kuih Manis DIGANTIKAN dengan biskut atau kuih yang TIDAK menggunakan gula yang banyak

Kuih manis merupakan salah satu makanan yang menjadi pilihan ramai, justeru itu sebagai rakyat Malaysia WAJIB ketahui makanan tersebut sesuai atau tidak untuk anda. BUKAN anda langsung TIDAK BOLEH mengambil makanan atau kuih yang manis tetapi anda perlu bijak dalam mengawal pengambilannya dalam seminggu.


Anda boleh pelbagaikan pemilihan kuih manis dalam seminggu seperti:-

  • Hanya mengambil kuih manis sekali atau dua kali seminggu
  • GANTIKAN kuih manis dengan kuih biasa seperti karipap, apam ayu, pau dll
  • GANTIKKAN dengan biskut kosong atau roti kosng

Dengan cara ini, anda mampu untuk menikmati makanan yang sedap dalam cara yang sihat. Walaupun sukar untuk mengikuti cara ini, tetapi dengan amalan yang betul dapat mengurangkan bebanan anda untuk menahan nafsu makan anda. TIDAK salah untuk makan tetapi anda perlu mengawal pemakanan anda. 

***ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN DAN PILIH***

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh