4 Jenis Style Pembelajaran Anak-Anak

Anak adalah anugerah yang terindah buat pasangan suami isteri. Hal ini disebabkan anak adalah pengikat kasih sayang antara pasanagan yang baru sahaja berkawin. Justeru itu, tiada pasangan yang tidak mahu untuk mendapatkan anak. Sebelum menjadi seorang ibu atau bapa, mereka WAJIB ketahui dan fahami4 jenis style pembelajaran anak-anak bagi membangkitkan lagi semangat untuk menjadi seorang ibu atau bapa. Hal ini disebabkan penjagaan anak bukanlah semudah kita menjaga diri kita sendiri. Ianya memerlukan permahaman yang tinggi akan tingkah laku anak-anak itu sendiri.

4 Jenis style pembelajaran anak-anak

Bukan mudah untuk fahami style pembelajaran anak-anak tetapi sekiranya ibu bapa sudah ketahui style pembelajaran anak-anak. Ianya akan memudahkan ibu bapa dalam menyelesaikan masalah pembelajaran anak dan menyelesaikan masalah pembelajaran anak-anak.

Antara 4 jenis style pembelajaran anak-anak yang boleh bakal ibu atau bapa boleh pelajari adalah:-

1) Auditori

“Auditori bermaksud anak-anak menerima pembelajaran menerusi pendengaran sebagai informasi dan pengetahuan”

Bagi anak yang menggunakan style auditori ini, mereka tidak mementingkan tampilan visual TETAPI mereka mementingkan pendengaran semasa guru sedang mengajar agar mereka mudah fahami dan mengingati setiap satu yang diajar oleh guru. Anak yang menggunakan style auditori ini sangat peka pada audio dan bunyi. Mereka mempunyai telinga yang sangat sensetif dengan bunyi dan mereka mudah terganggu dengan sesuatu bunyi.

Justeru itu, bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang gemar menggunakan pembelajaran secara auditori ini ELAKKAN mereka belajar secara atas talian tanpa menggunakan earphone.

Sekiranya tidak menggunakan earphone, fokus semasa belajar akan hilang dan menyebabkan mereka tidak suka untuk belajar. Anak-anak yang menggunakan pembelajaran secara auditori ini merupakan anak-anak yang bijak dan mudah faham apa yang dipelajari oleh mereka.

Ciri-ciri anak yang gemar belajar secara Auditori ini adalah:-

  • Meminati lagu berbanding gambar
  • Mudah menghafal lagu dan surah
  • Mereka KURANG MINAT atau TIDAK MINAT untuk membaca dan menulis tetapi apabila mendengar cerita mereka akan lebih menyukainya
“Tips anak yang menggunakan style auditori ini adalah PENGULANGAN agar mereka mengingati pembelajaran yang dipelajari oleh mereka setiap hari dan ELAKKAN penggunaan kata-kata kesat dihadapan mereka kerana mereka akan mengingati setiap perkataan yang diperkatakan”

2) Visual

“Anak yang gemar belajar menggunakan visual ini bermaksud mereka amat menitik beratkan penglihatan mereka semasa belajar. Justeru itu, pembelajaran secara visual akan menyebabkan mereka mudah mengingati pembelajaran yang dipelajari oleh mereka”

Bagi mengenali ciri-ciri anak yang menggunakan style visual dalam pembelajaran adalah:

  • Mereka gemar membaca buku sekiranya sudah boleh membaca
  • Mudah mengingati muka orang walaupun hanya sekali bertemu
  • Mudah terleka sekiranya menonton televisyen
  • Suka berimaginasi sendirian

Anak yang gemar menggunakan teknik visual ini hanya akan mengikuti sesuatu perbuatan sekiranya ibu bapa menjadi contoh yang terbaik buat mereka. Justeru itu, bagi mengelakkan diri stress menghadapi anak yang belajar secara visual ini ibu bapa dinasihati untuk menjadi role model kepada mereka agar mereka faham apa yang baik dan apa yang buruk.

3) Kinestatic

Style pembelajaran anak-anak

“Kinestatic adalah cara pembelajaran secara pergerakan”

Anak kinestatic ini adalah anak yang sangat aktif dan lasak. Justeru itu, anak-anak seperti ini sukar untuk berasa takut akan sesuatu. Hal ini disebabkan, anak seperti ini beranggapan setiap benda yang berada dihadapanya adalah objek yang mereka boleh jadikan alat permainan. Anak kinestatic ini banyak belajar sesuatu perkara yang baru menerusi pergerakan tubuh mereka seperti apa itu sakit sekitanya jatuh, luka, benjol dll.

Anak Kinestatic ini paling mudah untuk dikenali. Antara ciri-ciri anak kinestatic ini adalah:-

  • Susah untuk duduk diam dalam satu tempat
  • Gemar mencuba suatu perkara yang baru
  • Setiap peluang yang diberi tidak akan disia-siakan
  • Berasa murung sekiranya dipaksa untuk duduk diam

Bagi anak kinestatic ini, ibu bapa perlu ELAKKAN menggunakan perkataan “TIDAK” kerana ucapan TIDAK adalah satu lesen baru untuk mereka lakukan sesuatu yang lagi ekstrem dan mencabar. Justeru itu, kurangkan penghalangan tetapi nasihati mereka agar berhati-hati dalam mencuba suatu perkara yang baru.

4) Tactile

Style pembelajaran anak-anak

“Anak yang gemar belajar secara Tactile bermaksud anak yang suka belajar menerusi sentuhan”

Anak seperti ini agak kreatif kiraan mereka mampu melakukan sesuatu menggunakan sentuhan mereka sebagai contoh mereka gemar bermain lego kerana mereka mampu membina sesuatu mengikut kehendak mereka.

Ciri-ciri anak yang gemar belajar sesuatu menggunakan teknik tactile ini adalah seperti:-

  • Gemar bermain sesuatu mainan yang boleh dipasang atau permainan yang menggunakan otak
  • Gemar memegang sesuatu sekiranya pergi ke mana-mana

“ELAKKAN anak tactile ini memegang pen atau pensil ketika berada di rumah orang lain kerana ditakuti mereka akan menconteng dinding rumah orang lain”

 

Anak seperti ini mampu menjadi seorang anak yang bijak kerana mereka gemar membaca, menulis dan melukis. Pada masa yang sama, mereka mudah untuk belajar sesuatu yang baru.

Sebagai ibu bapa, mereka perlu besabar dalam mendidik anak agar anak menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan. Mendidik anak perlu penuh dengan kasih sayang TETAPI BUKAN penuh dengan kemanjaan kerana kemanjaan tidak boleh dijadikan sebagai satu teknik mendidk yang berjaya. Kenali potensi anak anda kerana setiap anak mempunyai kelebihan yang berbeza-beza dan kepintaran yang berbeza.

“Kejayaan tak akan jatuh bergolek, ianya memerlukan kesabaran dan kecekalan semasa menjaganya”

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh